Bab 6

Fantasy Series 1875

"Jin hyung, daeguppa.. " Taehyung mula merengek macam budak kecil. Badan digesek gesek ke tubuh Jin yg tegap itu. Ingat diri tu kucing ke nak gesek gesek.

"Ahh, malasnye nak masak. Pergilah call manager hyung, suruh belikan ramyeon." Jin mengeliat di atas sofa. Tubuh Taehyung ditendang tendang ke tepi. Menyibuk betul kucing ni. Datang datang kat orang minta makanan.

"Mmm... " rungut Taehyung dengan nada kecewa. Perutnya yg kosong itu digosok. Dari pagi tadi dia tak makan. Ni semua salah si maknae yg habiskan semua makanannya.

Namjoon yg dari tadi sibuk membaca buku mula mengangkat muka melihat Taehyung yg macam nak mati kebuluran atas karpet. Dia pun secara sukarela mengeluarkan handphonenya lalu menelefon manager hyung.

"Hyung, ada orang akan mati kebuluran dekat sini kalau hyung tak bawak balik makanan." dia berkata ringkas. Terdengarlah juga suara manager hyung membebel tapi Namjoon tampaknya buat tak dengar saja.

"Nanti hyung balik, suruh semua berkumpul kejap. Ada nak kenalkan seseorang. "

"Seseorang? Siapa pula ni.. " Namjoon bertanya acu tidak acu.

"Adalah.. "

Tengoklah. Sikit sikit nak berahsia. Namjoon menamatkan panggilan. Nak kena tunggu juga apa jadi. Siapalah yg akan diperkenalkan tu..

*****

Chae Won melangkah masuk perlahan lahan ke perkarangan rumah banglo itu. Matanya meliar melihat sekeliling. Ini tempat tinggal mereka?

Chai Jo Shin menekan butang loceng dengan selamba. "Ya, hyung datang ni. Bersama sedikit makanan.. "

Pintu automatik dibuka. Choi Jo Shin melangkah masuk. "Marilah masuk. "

Chae Won mengikuti saja langkah Choi Jo Shin.

"Hyung.. hyung.. tolong. Makanannn... " dah teruk sangat dah tu si Taehyung ini. Siap meniarap kat atas karpet lagi. Tangannya menggapai gapai plastik makanan di tangan Choi Jo Shin tapi tak kesampaian.

Choi Jo Shin melihat sekeliling. Okay, semua member dah ada. Masing masing macam rela tak rela saja mukanya. Penat? Tak tahulah.

"Chae Won-ssi, mari masuk." Chae Won melangkah mendekati Choi Jo Shin. Kesemua member beralih pandangan ke arah Chae Won yg mula masuk.

Wah, ramainya member diorang ni.

"Dugu?"

"Ne, ini ialah staf baru kita yg akan menggantikan tempat Manager Kim yg telah berhenti sebulan lepas. Namanya Park Chae Won. Mulai hari ini panggilnya noona." Choi Jo Shin memperkenalkan Chae Won secara ringkas di depan semua member.

Chae Won menunduk. "Selamat berkenalan. Sila beri tunjuk ajar."

"Okay." Namjoon mengangguk lalu meneruskan pembacaan yg tergendala seketika.

Jungkook tersenyum kelat.

Suga berlalu masuk ke bilik dan sambung tidur.

Jhope teruskan menonton televisyen bersama Jimin.

Jin agak terpinga pinga melihat Chae Won.

Dan Taehyung merangkap ke arah Chae Won. "Noona.. daeguppa.. "

Dia menarik narik baju Chae Won macam gaya budak 5 tahun. Mulutnya pun dimancungkan tahap mancungnya mulut itik.

Chae Won memandang Taehyung.

Haa, sape pula budak ni. Kenapa minta pada aku pula. Aku baru masuk kerja hari kot.

"Nak. Ambil ni." Chai Jo Shin menghulurkan plastik bungkusan makanan kepada Taehyung serta merta membuatkan Taehyung kembali bertenaga seperti biasa. "Komawo, manager hyung!" senyuman semanis gula diberikan kepada Choi Jo Shin.

Chae Won hanya terkesima melihat situasi yg dialaminya sekarang. Dengan keadaan rumahnya yg agak bersepak, mereka masing masing nampaknya sibuk dengan hal sendiri.

Member dia pun aku tak tahu berapa, ni pulak nak suruh aku uruskan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience