"Noona.. "
Chae Won mengangkat wajahnya memandang Suga yg tidak jauh darinya.
"Boleh tolong ambilkan ais lagi..?" Suga meminta perlahan.
Chae Won memandang Jungkook yg masih lena dibahunya. Haih, macam mana aku nak ambil dengan budak ni tengah tidur. Chae Won jadi serba salah. Kalau tak ambil nanti kaki Suga tu jadi teruk lagi, kalau ambil nanti kesian pula si Jungkook ni.
Chae Won masih teragak agak. Tiba tiba Namjoon berjalan di depannya dengan selamba.
"Ya, ya Namjoon-ssi! Tolong ambilkan ais lagi untuk Suga." tak ada pilihan lain, dia kena minta tolong seseorang. Nasiblah Namjoon yg lalu didepannya.
Namjoon memandangnya pelik. Tak bukan, dia memandang Jungkook yg sedang tidur dibahunya dengan pelik. Chae Won hanya tersenyum kelat melihat reaksi Namjoon.
Namjoon mengangkat bahu. Biarlah kookie tu. Lantas, dia mengambil ais di dalam peti simpanan.
Fuh, nasib baik ada Namjoon. Kan senang sikit kerja aku kalau macam ni. Chae Won tersenyum gembira. Dia kembali melihat handphonenya membiarkan sang leader yg menguruskan Suga di situ.
But,
Pangg!
Ais itu terjatuh dari tangan Namjoon dan jatuh pecah di atas lantai. Serpihan ais yg pecah itu terbang sungguh tragis sehingga terkena wajah Jungkook. Jungkook terkejut kerana tiba tiba terasa sejuk di wajahnya dan sekali gus tersedar dari tidurnya.
Namjoon memandang mereka dan tersenyum menampakkan lesung pipit,
"Opss, mian."
Chae Won ternganga melihat situasi itu. Lantai bilik latihan mulai basah dengan ais yg mula mencair. Dan tepat pada itu, Choi Jo Shin tiba di muka pintu.
"What just happen..?" Choi Jo Shin kaget melihat keadaan sekarang. Tak boleh harap betul. Ade saja benda jadi kalau aku pergi mana mana!
Mereka semua memandang ke arah Choi Jo Shin pula.
"Mian...hyung.."
*****
Jhope yg baru saja selesai berlatih itu, mendekati Jin berseorangan di sudut bilik. Entah, apa yg difikirkan. Serius benar nampak mukanya.
"Ya, hyung. Wae gaere?" Jin memandang Jhope yg mengambil tempat di sebelahnya. Dia mengeluh kecil.
"Ya, Hoseok-ah, bila kali pertama kita jumpa noona? " Jhope memandangnya pelik. "Mestilah masa manager hyung bawa dia ke rumah kita hari tu. Hyung tak ingat ke?"
Dah kenapa Jin ni. Amnesia ke apa. Dia pun tak tahu.
"Ani.. cuma hyung rasa hyung macam pernah jumpa je noona sebelum hari itu."
"Perasaan hyung sajalah. Kita mana pernah keluar rumah kecuali kalau ada apa apa. Kalau nak beli apa apa pun kena suruh manager hyung. Lagipun, kan hari tu kita tanya noona kenal tak kita, and hyung pun tahu dia kata tak kenal. Siap lupa lagi nama kita. Ha, dekat mana hyung rasa macam pernah jumpa tu?"
Jhope nampaknya langsung tidak mempercayai gerak hati Jin. Jin mengeluh sekali lagi. Ada betul juga cakap Jhope tu.
Tiba tiba dia teringat sesuatu. "Ya, Hoseok, percaya tak kalau hyung kata, kita pernah jumpa dia kat fanmeeting hari itu."
Jhope memandangnya sambil mengangkat kening. "Hyung, macam mana pula noona boleh ada kat fanmeeting kita pulak ni? Mengarutlah.."
Jin menggeleng. "Hyung rasa kita betul betul jumpa dia di situ. Dia datang dan minta autograf. Betul, hyung ingat!"
Jhope masih tidak percaya. "Betul ke..? "
"Ya, betullah. Hyung ada tanya siapa nama sebab nak tulis di sebelah autograf. Dia, dia cakap Park Chae Won. Muka pun sama."
Jhope memandangnya,
"Hyung, janganlah main main pula..."
*****
Jimin dan Taehyung berjalan masuk ke bilik latihan sebelah sebab lantai bilik latihan utama dah basah angkara ais yg dijatuhkan Namjoon sebentar tadi.
"Eh, itu bukan Jin hyung dan Jhope hyung.." Jimin menunjuk ke arah Jin dan Jhope yg macam membincangkan sesuatu.
"Jom. jom." Taehyung menarik tangan Jimin dan mendekati mereka.
"Hyung, cakap apa tu? Nak dengar juga! "
Jin dan Jhope berpandangan sesama sendiri.
Share this novel