Prolog

Fantasy Series 1875

Dari tadi Chae Won sibuk menunggu di hadapan skrin komputer dengan penuh berdebar. Tunggu apa? Tak lain dan tak bukan dia sedang menunggu keputusan tes pertama untuk masuk ke interview.

Hari ini mungkin akan jadi hari yg bersejarah bagi Chae Won. Setelah sekian lama memegang gelaran penganggur, akhirnya dia akan ada pekerjaan tetap. Itu pun kalau dia lulus ujian itu.

Okay, semuanya bergantung kepada nasib. Dia dah buat yg terbaik.

Sekarang hanya menunggu kiraan detik. Dia mengerling ke arah jam dinding. 9:03 p.m.. Dari tadi menunggu, tak sampai sampai lagi sebarang e-mel. Apa ni?

"Haih.. " Chae Won mengeluh kecil. Dia meletakkan komputer ribanya di atas meja lalu berbaring di atas katil. Matanya memandang siling. Fikirannya kosong. Mungkin dia terlalu berharap sampaikan tak dapat terima kenyataan.

Lama kelamaan matanya menjadi berat dan kurang dalam 5 minit dia tertidur.

Ting!

Bunyi e-mel masuk kedengaran. Automatik membuatkan mata Chae Won terbuka luas.

Dia segera bangun dan mendekati laptopnya.

"Assa! " Chae Won menjerit keriangan.

Nama : Park Chae Won
Umur : 27 tahun
- -
- LULUS

Perkataan 'LULUS' diperhati sekali lagi. Yelah, entah entah tersalah tengok ke. Tapi hakikatnya membuatnya tersenyum nipis. Dia tak salah tengok. Ya, dia tak rabun lagi. Mana mungkin perkataan yg jelas terang lagi bersuluh itu tersalah tengok.

Haih, ini baru lulus tes pertama.

Chae Won ketawa seorang diri di dalam biliknya.

*****

"Juri pertama Kim Jae Ha? "

Chae Won membaca sedikit sebanyak biodata para juri yg akan menemubualnya nanti. Sebelum interview nanti sekurang kurangnya dia kenallah juga seorang dua. Bolehlah dibodek nanti.

Nama : Kim Jae Ha
Umur : 32 tahun
Pekerjaan : Pengarah Grafik
- -
- - Minat kepada BTS.

"Dia minat BTS? Siapa pulak BTS ni? " Dia mengangkat sebelah kening. Rambut yg tidak gatal digaru. BTS? Macam pernah dengar je nama tu.

Chae Won pun mencari nama itu di google.

"Oh, boygroup korea selatan.. patutlah. " Chae Won mengangguk sendiri setelah mengetahui siapa yg dimaksudkan BTS itu.

Tiba tiba satu link keluar di skrin komputernya.

"Aik, apa pula ni? " Dia menekan link tersebut.

Chae Won membaca poster yg terpapar di skrin.

"Fanmeeting BTS, limited only... "

"Fanmeeting ni apa pula? " sekali lagi Chae Won menggaru kepala. Teruk sangatkah pengetahuannya? Semua benda pun tak tahu. Nasib baiklah ada google. Siapalah yg ciptakan google ni. Bagus betul.

"Mesyuarat peminat. Fanmeeting.. Ah.. kenapa boleh tak perasan pulak! " kepala yg tidak bersalah itu diketuk berkali kali. Inilah bila baca perkataan yg asing yg sebenarnya perkataan itu mudah saja. Itulah, otak lambat sangat nak tangkap.

"Dia kata limited only." Chae Won berbalik kepada link tadi. Dia memerhati paparan itu hampir 5 minit. Otaknya buntu mahu pergi atau tidak.

"Jap, kenapa pula aku sibuk fikir nak pergi ke tak ni? Bukannya aku kenal siapa mereka tu. "

Secara tiba tiba Chae Won menutup komputer ribanya. Dia berdiri tegak di hadapan komputer itu lalu memandangnya dengan wajah ragu ragu. "But it says, limited only... "

Chae Won masih berfikir keras. Kalau pergi pun buat apa? Dapat apa?

Dia kemudian mengingat semula sebab dia boleh tersasar ke situ.

"Ah, ne.. Juri tu suka BTS. Mungkin aku boleh dapatkah tandatangan mereka untuknya. Dapatlah peluang.... " Chae Won tersenyum sinis memikirkan ideanya. Wah, bijak juga kau ni Chae Won. Ish, peluang bagus ni. Cantek punya plan.

Kalau dah tulis limited only, lain kali jangan fikir panjang. Sebab limited itulah, hanya limited orang je dapat link ni. Jadi jangan sia siakan sebab kau dah masuk dalam golongan limited only. Kalau tolak memang nananana ler. Dah nampak peluang pergi tolak buat apa? Kan dah cakap, limited only. Bukan semua orang dapat.

Hish, banyak pula cakap otak aku ni.

"Okay, bila tarikh ni? " setelah selesai membuat pendaftaran ahli, dia menyemak kembali maklumat penting yg tidak dihiraukan tadi.

"16 Jun. Okay.. "

Chae Won memandangnya sekali lagi.

"16 Jun? What? 16 Jun itu kan tarikh interview! "

OMG! Apa nak buat ni? Dah daftar and confirm nak pergi, macam manalah boleh sama pula tarikhnya. Chae Won menepuk dahi. Habislah. Itulah, kenapa tak baca dulu sebelum buat apa apa. Kenapalah aku ni selalu je buat keputusan sebelum fikir masak masak.

Chae Won akhirnya mengeluh. Nak buat macam mana lagi? Dia kena buat perancangan yg betul supaya dapat ke interview tepat pada masanya dan pada masa yg sama sempat mendapatkan tandatangan BTS. Kalau nak batalkan rugi pula.

"Just see what happen..." Dia memandang mejanya yg dipenuhi segala macam barang seperti buku dan alat solek. Pasrah. Otaknya penat mahu memikirkan itu sekarang. Lagipun sudah malam dan dia mahu masuk tidur sebentar lagi.

Why susah sangat nak hidup ni? Ada je masalah yg datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience