Bab 18

Fantasy Series 1875

Jimin masuk ke bilik latihan sambil berpeluk tubuh. Wajah Chae Won langsung tidak sudi dipandang. Dia berjalan menjauhi Chae Won dan berlatih seorang diri.

"Kenapa tu?" Choi Jo Shin bertanya setelah perasan dengan perangai Jimin yg lain macam. Chae Won hanya mengangkat bahu.

"Adalah tu silap kat mana mana.. " malas aku nak melayan dia ni. Pandai pandailah kau nak merajuk macam mana. Tak nak makan ke. Tak nak tengok muka aku ke. Ada aku kesah? Kau juga yg ada masalah nanti.

Chae Won hanya berlalu meninggalkan mereka begitu sahaja.

*****

-2 July

-Big Hit Entertainment

"Taehyung!" Jungkook melaung kuat nama Taehyung sampai didengari di segenap bilik latihan. Taehyung menepuk bahu Jungkook dari belakang.

"Ah, wae? Bising betul!" Taehyung memarahi Jungkook. Jungkook memusingkan tubuhnya menghadap Taehyung.

"Taehyung-ah.. "

"Ya, sekejap sekejap..." suara Jungkook terhenti. Dia memandang Taehyung yg menghentikan kata katanya.

"Ya, Jungkook-ah. Hyung rasa, sudah tiba masanya awak panggil saya hyung~" dia berkata sambil berlagak macho.

Jungkook terbatuk tiba tiba apabila mendengar kata kata yg keluar dari mulut Taehyung. Dia memaparkan wajah pahit. Bibirnya terangkat sebelah.

"Ya, jangan nak main main. Mulai sekarang panggil saya hyung." keputusan Taehyung muktamad. Jungkook mencebik.

"Heh, jadi selama ni, saya tak panggil awak hyunglah?" dia bertanya.

"Ne, awak hanya panggil, Taehyung-ah~, Taehyung-ah~.." Taehyung tidak mempertikaikan soalan Jungkook. Jungkook sekali lagi mencebik.

"Yah, saya dah panggil awak hyung, awak je tak perasan! "

"Tipu! Apa yg hyungnya? "

"Ini. Saya panggil awak 'Tae hyung'. Bukan 'Taehyung'! "

Chae Won hanya mendengar dua maknae itu bergaduh di depannya. Masing masing masih tak nak mengalah. Alahai, perangai macam budak. Malas pula rasanya nak leraikan or masuk campur. Biarlah diorang buat bising sampai kesudah.

Chae Won mengambil air yg ada di atas meja dan meminumnya.

"Air apa ni?" Chae Won bertanya.

"Itu Amaricano Ice Milk. " Choi Jo Shin tiba tiba muncul di sebelahnya.

"Amaricano Ice Milk? Sejak bila pula wujud perisa ni?" Chae Won melihat lihat kembali air tersebut. Tak pernah dengar pun namanya.

"Entahlah. Tapi tu air Yoon Gi. Kenapa pergi minum? Nanti dia ma.. "

Chae Won cepat cepat meletakkan balik air itu di atas meja. Yah, kenapa tak cakap awal awal! Dah aku dah minum sampai separuh! Hish.

*****

"Tak habis habis lagi Jimin tu? Dah berapa hari ni?" Chae Won memandang sebentar Jimin yg menghindar darinya. Entah kenapa, rasa bersalah menyelubungi. Haih, janganlah merajuk lama lama, aku juga yg rasa bersalah.

Jimin masih merajuk. Dia nak buat apa? Nak pujuk? Pergi kat dia, minta maaf and settle.Oh, so old. Tak naklah guna cara lama yg ketinggalan zaman tu.

Chae Won menguap sebentar. Macam mana ye nak pujuk budak tu? Dia berfikir keras sebentar.

"Hai, noona." Jin menerpa ke arahnya. Chae Won hanya mengangguk saja. Otaknya masih sibuk berfikir cara terbaik untuk memujuk Jimin.

"Tengah fikir apa tu?" Jin bertanya. Noona ni nampak serius semacam je. Mesti ada apa apa ni.

"Ani. Cuma fikir sesuatu.. " Chae Won menjawab perlahan.

"Fikir apa?" Jin bertanya lagi.

Chae Won berhenti berfikir. Dia memandang Jin di sebelahnya. "Ya, Seok Jin-ah, macam mana nak pujuk si Jimin tu?" dia berterus terang dengan Jin.

"Ha, kenapa? Jimin merajuk dengan noona ke?"

Chae Won mengangkat bahu. Entahlah. Nampak gaya macam ye.

Jin menoleh ke arah Jimin. "Ah, senang saja. Noona hanya perlu bagi sesuatu yg boleh gembiranya. "

"Benarkah? Ah, komawo!" Chae Won berterima kasih kepada Jin yg memberikan sedikit tips. Dia memberikan senyuman manis kepada Jin.

Jadi apa yg boleh buat Jimin gembira?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience