Bab 7

Fantasy Series 1875

"Manager noona, adakah noona tahu siapa kami?"

Chae Won menggeleng membuatkan para member mengeluh berat. Sungguh? Tak kenal siapa mereka? Macam mana nak cakap, ye? Ketinggalan zaman?

Chae Won duduk di kerusi berhadapan dengan, 1, 2, 3, 7 orang jejeka hensem nak mampus. Tiba tiba teringat kata kata Choi Jo Shin 5 minit lalu,

"Saya nak keluar, ada hal sekejap. Tunggulah sini dulu, kenal kenal dengan mereka ~"

Dan sekarang tak sampai 5 minit, dia telah diserbu dengan pelbagai soalan bertalu talu. Dan dia terdiam untuk soalan ini.

"Tak mengapalah. Biar kita kenalkan diri masing masing." Jin mula menenangkan situasi yg kekok. Semua member pandang ke arahnya. Biar betul? Nak kena kenalkan satu persatu jugak ke?

"Err.. okay. Siapa nak mula dulu..? "

Mereka berpandangan sesama sendiri. "Jimin mula dulu.. "

"Tak nak! " Jimin memberontak. Jhope terlompat lompat macam katak. Entah apa hal dia tu. "Siapa lompat macam katak di mula dulu. "

Automatik Jhope duduk diam seperti biasa. "Saya rasa baik Namjoon mulakan dulu. Sebab Namjoonkan baik." Taehyung berkata sinis. Jimin bertepuk tangan menyokong padu pendapat Taehyung.

"Ya, ya! Setuju! "

Namjoon hanya memutarkan biji mata 360 darjah. "Shiro! "

"Ani, ani! Biar kookie mula dulu." Jungkook mengangkat tangan dengan beria. Semua memandangnya dengan pandangan yg suram. "Boooo... "

"Wae? " Jungkook kehairanan. Perlahan lahan dia menjatuhkan tangan dan berdiam diri. Suga menguap melihat keadaan yg tiba tiba menjadi serabut di depannya. Dia pun mengangkat tangan dengan penuh swag.

"Biar saya mula.. "

"Ani!! " serentak dengan itu keenam enam member lain menggeleng laju mendengar cadangan Suga. Suga mulakan? No! Rosaklah permulaan yg sepatutnya bagus.

Chae Won panik melihat kekecohan di depannya. "Okay, okay. Bertenang semua. Apa kata kita mulakan dengan yg paling tua..?"

"Yess!" Jhope menjerit keriangan. Jin memandangnya dengan pandangan membunuh.

"Siapa yg paling tua di sini..? "

Jin pun mengangkat tangan dan mula memperkenalkan diri. "Annyeong Hasaeyo. Naneun Kim Seok Jin imnida. Baik, pandai masak and semestinya the Worldwide Handsome!"

"Booobooo.. " perkenalan Jin mendapat tentangan buruk dari member lain. Perasan sungguh si hyung ni. Macamlah dia sorang je yg hensem.

"Okay.. seterusnya..? "

"Giliran Namjoon?" Jungkook bertanya. Seraya itu, Jimin mengangguk.

Namjoon menutup bukunya lalu diletak di atas meja

"Kim Nam Joon. Leader. Bagus. Bijak teramat. And...... Itu je ke? Entah." Namjoon mengangkat bahu. Apa lagi yg nak diperincikan tentang dirinya? Huh, dia pun tak tahu.

Chae Won hanya mengangguk. "Lagi? "

"King swag here.. " Suga mengangkat tangan. Dia tersenyum. Jungkook meluat tengok muka Suga. Macam nak termuntah tengok dia senyum.

"Suga as sugar yg manis teramat. Swag Always. And orang yg paling putih di sini. Nak kulit putih? Senang je. Awak hanya perlu terlahir putihh.. " Jimin menggeleng. Hyung, hyung. Teruknya.

Chae Won mengangguk perlahan. Err, okay. "Next? "

Jhope bangun dan lompat bintang sekali. Lepas itu dia menunduk. "Annyeong Hasaeyo, naneun Jhope imnida. Saya akan datang ke hati awak. Ehekk."

Namun tiada riaksi oleh sesiapa.

Suga tiba tiba bangun. "Saya tak boleh kekal di sini.. mungkin akan gila.. "

Lalu dia masuk ke dalam biliknya.

"Kenapa dengan dia?" Chae Won bertanya.

"Jangan layankan dia memang macam tu. Nak tidur lah tu.. " Taehyung menjawab. Chae Won hanya mengangkat kening. Okay, next.

"Hey, your turn! " Jimin menolak tubuh Taehyung yg mengelamun. Taehyung mengerang kesakitan. "Ya, bukankah saya lagi muda dari awak?! "

"Berhenti mengarut dan cepat perkenalkan diri! " Taehyung mencebik. Siapa dia nak mengarah arahkan orang sesuka hati.

"Saya Kim Taehyung dan akan selalu lapar.. "

"Okay, giliran sayakan? My name is Park Jimin. Tengok, nama keluarga kita samelah! Park Chae Won and Park Jimin. Haha, perfect! " Jimin terus mencelah sebelum Taehyung habis memperkenalkan diri. Chae Won tersenyum kelat mendengar kata kata Jimin itu tadi.

"And last..? " dia mengalihkan pandangan ke arah Jungkook. Jungkook tersenyum.

"Annyeong Hasaeyo. Naneun Jeon Jungkook imnida. I'm the most handsome here and the golden maknae.. "

Jeon Jungkook? Macam pernah dengar saja nama ni. Chae Won menggaru kepala. Sakit kepala memikirkan semua benda ni.

"Okay, dah kenal semua? " mereka bertanya serentak kepada Chae Won.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience