Bab 2

Fantasy Series 1875

"Your bias? "

"Ne? " Chae Won terpinga pinga sebentar. Gadis didepannya itu masih menunggu jawapan kepada soalannya.

Kepala Chae Won dibuat serabut. Bias? Apa jenis bende pula tu? Tak pernah pernah lagi aku dengar perkataan tu dalam hidup aku yg lama ni. Chae Won menggaru kepala. Kutu mana pulalah yg suka sangat hinggap kat rambut ni?

"Jungkook? " Gadis itu meneka setelah melihat kipas mini yg dipegang oleh Chae Won. Chae Won melihat kipasnya itu. "Ne.. Jungkook. "

Entah apa yg gadis tu maksudkan, dia masih tak tahu. Mungkin sebab lama sangat aku fikir, dia cuba teka. Elok sangatlah. Dapat juga cover.

"Wow, same! Saya pun suka Jungkook! " gadis itu menjerit keriangan.

Chae Won tersenyum kelat. Suka Jungkook. Okay, jadi 'bias' itu bermaksud 'suka' lah? Lah. Cakap jelah 'awak suka siapa?' apa yg susah sangat sampai buat aku tercegang. Kan senang sikit. Ni nak juga cakap bias bias, aku ni bukannya kpoper. Mana nak tahu bende apa 'bias' tu. Susah betul perkataan kpopers ni.

Tengok kan dah membebel. Nasib baik dalam hati je.

"Why suka Jungkook? " hah, ambik kau. Dia bagi soalan emas pula. Baru nak cover.

Aduh. Chae Won menepuk dahi. Dalam hati dirinya mengeluh berat. Adik, janganlah terlebih peramah pula. Aku juga yg susah nak menjawabnya.

"Just because he is handsome.. " teragak agak, akhirnya Chae Won menjawab juga. Itu jelah yg dia tahu. Nasib baik semuanya hensem hensem belaka.

Gadis itu terangguk angguk.

"Ah.. " dirinya mengiakan kata kata Chae Won. "Yes, he soooo handsome! "

Haih, mula dah sifat mengada yg terlebihnya.

"But I like Jungkook because he is very cute. And also he is the golden maknae in BTS!"

Yelah, yelah. Lantak kaulah nak suka budak nama Jungkook tu sebab apa. Ada aku kesah ke?

Tapi nak tak nak kena juga layankan budak depan ni.

"My turn?! "

But, yes!

Tiba tiba gadis itu hilang dari pandangannya. Sekali gus buatkan dia berada di barisan paling hadapan. Dalam diam, Chae Won tersenyum gembira. Satu halangan dah hilang.

And, lepas ini your turn pula Chae Won.

Okay, stay clam. Jangan nak mengada ngada macam gadis gadis yg lain itu. Serius, sakit mata tengok. Dengan wangiannya menusuk hidung. Kalau menusuk hati tak apa lagi, terus mati. Ni menusuk hidung. Kena jugalah tahan bau yg semerbak harumannya.

"Oh my.. its my turn.. "

Chae Won berbisik kecil. Perlahan lahan kakinya melangkah ke salah satu meja yg di duduki seseorang di depannya.

"Annyeong Hasaeyo." lelaki tampan didepannya tersenyum mesra. Haha, nak mampus tengok muka dia. Gila hensem. Chae Won tersenyum simpul.

Dia menunduk 180 darjah sebelum duduk. Amboi, hormat betul ye kau ni dengan dia. Entah entah kau lagi tua.

Ah, whateverlah.

Chae Won menghulurkan buku notanya. Lelaki itu pun memberi autografnya tanpa ragu ragu. "Siapa nama? " lelaki itu tiba tiba bertanya.

"Ne..? " Chae Won dibuat kaget sebentar.

"Ah.. Park Chae Won-ssi. " dia menjawab.

"Park... Chae... Won.. " lelaki itu menulis namanya di sebelah tandatangannya. Lepas tu siap dibuat love mini di tepinya. Apa orang kata? Nak bagi sweet gitu. Haha, perasan je sape sape yg rasa dirinya istimewa bila dapat mini love ni.

"Nah. " lelaki itu menghulurkan kembali bukunya. Chae Won menyambut baik buku itu. Yes! Satu autograf dah dapat.

Dia menjeling sebentar dihujung tandatangan lelaki itu. Tertulis namanya dan,

"Kim Seok Jin...?"

*****

And, now. The last one.

Chae Won mengerling ke arah jam. Dirinya tak senang duduk. Alamak, interview dah nak start ni!
Dia segera beralih ke meja terakhir. Dan macam dah biasa, dia disambut dengan senyuman manis seorang lagi lelaki yg hensemnye tahap menana.

Malas nak melambatkan masa. Chae Won hanya diam menunggu lelaki itu sehingga selesai.

Lelaki itu mengangkat wajah. Melihat ke arah Chae Won yg dari tadi nampak gelisah semacam.
"Wae? Gwinchana? " keluar pula soalan yg konon konon perhatian. Ani, saya tak apa apa! Tolong teruskan menulis dan berikan kepada saya! Jangan buang masa.

Kalaulah di situ tak ramai orang, mesti dia dah katakannya.

"Ani, gwinchana. " dia menjawab pendek. Lelaki itu tersenyum melihat Cha Won.

Alahai, janganlah senyum sekarang ni. Ingat dengan senyuman manis tu boleh hilangkan ke kerisauan aku ni?

Lelaki itu menggulurkan bukunya. Chae Won menyambut pantas. Dengan segera dia bangun.

"Sudah mahu pergi? "

Langkah Chae Won terhenti. Dia menoleh. Semua memandangnya. Hish, malunya. Kau ni Chae Won, coverlah sikit. Jangan main terjah je.

Chae Won kembali ke meja terakhir tadi. Mukanya menunduk. Malu sial.

"Awak ni comel."

Yes, memang aku comey. Kenapa? Ada masalah ke kalau aku comey?

Chae Won mengangkat muka. Lelaki itu tersenyum lagi. Entah mengapa, dia tiba tiba menanggalkan skarf bertelinga arnabnya. Tak mahulah dikatakan comel lagi disebabkan benda tu.

"Awak tak nak ke? "

"Ne..? " Chae Won sedikit kaget. Dia melihat skarfnya itu. "Kalau nak pakailah. "

"Jjinja? "

"Nah." skarf itu dihulur. Lelaki itu menyambutnya. Lah tak machonya. Skarf macam ni pun nak pakai ke?

And lelaki itu pun memakainya. Okay, boleh tahan comey juga kau ni.

Chae Won tersenyum nipis melihat lelaki didepannya. Dan sekali lagi dia terleka. Dia melihat ke arah jam. Alamak, ni betul betul dah lambat!

Dengan segera dia berlari meninggalkan lelaki itu yg tak sempat berterima kasih. Berterima kasih lain kali lah ye dik. Aku dah lambat sebab kau. Dia sudah tidak hiraukan semua mata yg memandangkan. Yg penting sekarang, dia sedang berlumba dengan masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience