Chae Won hanya mampu menggigit bibir. Sabar menanti keputusan juri yg akan diumumkan waktu itu juga.
Entah mengapa, dari tadi lagi dia rasa tak sedap hati.
"Park Chae Won-ssi, setelah selesai interview tadi, pertama sekali kami mahu minta maaf. Tapi kami rasa kamu tak sesuai dengan company kami.. "
Tertunduk Chae Won mendengar keputusan akhir juri itu. Tak, bukan keputusan terakhir. Dia memandang buku notanya.
Rancangannya. Ya, masih ada peluang!
"Sebentar." Juri juri itu mengalihkan pandangan kepadanya.
Chae Won membuka buku notanya. Dia bangun dan menghampiri juri yg berada di meja tengah, Kim Jae Ha.
"Puan." dia menunjukkan tandatangan yg didapatkan tadi satu persatu. "Adakah puan tahu apa ini? "
Dia bertanya tenang. Dalam hati tidak berhenti berharap pada harapan terakhir yg bergantung pada rancangannya.
Kim Jae Ha menelan air liur. Ya, dia kenal sangat apa yg ditunjukkan itu. Dia memandang Chae Won didepannya. Curiga.
"Adakah puan mahukan ini? "
Kim Jae Ha menggigit bibir. Rakannya disebelah masih terpinga pinga dengan tindakan Chae Won kala ini. Apa sebenarnya niat gadis ini? Mereka saling meneka di dalam hati.
"Saya boleh je hadiahkan puan ini kalau puan nak.. "
Terkejut Kim Jae Ha dengan perkataan yg baru saja keluar dari mulut Chae Won. Benarkah? Untuk dia? Benda itu?
Chae Won tersenyum sinis. Sikit lagi nak masuk perangkap. Haha, misi aku akan berjaya. Lepas ni bolehlah tidur nyenyak tanpa fikirkan kekosongan duit poket.
"Tapi.. "
Kim Jae Ha dibuat tak tenang. Apa lagi tapi tapi ni? Mesti ada muslihat? Apa orang selalu kata. Ada udang disebalik mi.
Chae Won tersenyum manis. Riak wajahnya dari kelam tiba tiba berubah drastik ke muka yg comel. Rasa gembira, senang, kelakar and macam macam lagi bersatu dalam perasaannya. "Tapi boleh tak puan bagi saya satu lagi peluang. Boleh lahh. Satu je lagi. Saya akan buat yg terbaik." Chae Won merayu.
Juri juri itu menggeleng melihat tindakan luar jangkaan oleh Chae Won. Kim Jae Ha mengeluh. Buku itu dipandang sekilas, lalu dia bangun untuk memperbetulkan kembali kenyataan. Walaupun dia terpaksa menipu.
"Saya minta maaf sangat sangat. Tapi semua tu saya dah lama ada. Cantik lagi. Lagipun dah 3 tahun saya move on... "
Riak Chae Won terus berubah. Senyuman hilang serta merta pada wajahnya.
"Ne...?" tak percaya dengan apa yg didengarnya, Chae Won masih berfikir keras untuk mempertikaikan.
What? Jadi usaha aku ni sia sialah? Kuang ajar punya encik biodata. Kenapa tak cakap dia dah move on? Penat penat aku pergi fanmeeting group tu, dapatkan tandatangan diorang, pura pura jadi fan diorang, tapi rupanya aku ni cuma buang masa je kat situ.
Malu, kecewa, marah dan sebak. Semua ada. Perasaan yg tadi baik baik tetiba berubah ke arah sebaliknya. Chae Won memandang sayu ke arah buku notanya. Meskipun sebenarnya masih ada secebis harapan, sikit je lagi. Tapi dia dah cukup malu untuk teruskan.
Dia menundukkan kepalanya.
Chae Won pasrah. Bukan hanya tak dapat kerja tu, malah dipermalukan pula. Dia yg terlebih berusaha kot sampai sanggup pergi ke fanmeeting satu boygroup yg dipanggil BTS walaupun langsung tidak dikenalinya. Ingatkan boleh bodek juri tu dengan tandatangan BTS, tapi yg jadi lain pula.
Akhirnya, dia perlahan lahan keluar dari bilik interview dengan penuh kecewa. Terasa bagai harapan hidupnya musnah. Hancur berkecai macam kerang yg dipijak pijak.
Nak pusing belakang? Jangan haraplah. Dia dah tak suka mengingatkan lagi apa apa pun yg berkaitan dengan interview ni. Satu perasaan yg sebenarnya tak boleh diungkapkan dengan kata kata. Begitu apa yg dirasakan oleh Chae Won sekarang.
Mereka hanya melihat Chae Won berlalu dengan perasaan serba salah.
*****
Dia duduk di bangku taman berhampiran. Dia datang ke sini hanya untuk menenangkan fikiran atas semua yg berlaku hari ini.
Kenapa aku rasa semua perbuatan aku hari ini sia sia?
Sekejap dia memandang payung yg diambilnya saat keluar dari teksi tadi. Entah kenapa, dia tiba tiba tersenyum mengingatnya. Satu satunya kejadian yg menggembirakan hati setakat ini.
Dalam asyik sibuk mengelamun, tiba tiba dia mendapat panggilan dari satu nombor tak dikenali. Chae Won kehairanan sebentar.
Aik, sape pula nak call aku time cam ni?
Chae Won mengangkat panggilan itu,
"Yogusaeyo?"
Share this novel