-30 June
-Big Hit Entertainment
"Okay, mari mulakan latihan kita.." Namjoon seperti memberi arahan, member lain mula mengambil tempat masing masing untuk berlatih menari.
Setelah 30 minit berlatih tanpa henti, mereka mula kepenatan. Jimin menyerbu peti air mineral sejuk di hujung ruang latihan. Dia mengesat sedikit sebanyak peluh yg mengalir di wajahnya.
"Ya, Jimin-ah. Tolong ambilkan botol air itu.. " Jimin memandang ke arah Suga yg kepenatan. "Ambilah sendiri hyung.. "
"Penatla.. kaki hyung sakit.. " Suga mengurut kakinya dari tadi. Jimin mendekati Suga.
"Mana yg sakitnya?" dia bertanya penuh prihatin. Botol airnya diberikan kepada Suga.
"Ani, sikit je ni.. "
Jimin menggeleng mendengar jawapan Suga.
"Kalau sakit lagi lepas ni jangan salahkan saya.. " Jimin berlalu meninggalkan Suga seorang diri di situ.
*****
Chae Won datang sebentar untuk melihat keadaan mereka berlatih. Dia disambut oleh Choi Jo Shin di situ.
"Chae Won-ssi, ada apa datang ni? " Choi Jo Shin bertanya. Chae Won tersenyum. "Ani, tak ada apa apa pun sebenarnya. Saja datang tengok.. "
Jangan nak menipu. Kau datang nak tumpang guna wifi kan. Mengaku jelah. Mentang mentang wifi jiran dah tukar keyword. Ah, tengok. Jiran pun ubah keyword sebab tak nak kau bazirkan wifi dia.
"Ah.. " Choi Jo Shin mengangguk perlahan.
"Oh, ya." dia mengambil satu kertas yg diletakkan di atas meja. Lalu kertas itu diberikan kepada Chae Won. "Ini jadual mereka dalam dua bulan ni. Nanti kalau ada apa apa perubahan saya call. Tapi buat masa sekarang, nilah jadual yg tetap."
Kertas itu bertukar tangan. Chae Won membaca satu persatu kesemua aktiviti dalam jadual tersebut. Dia mengeluh.
Tengok Chae Won. Kerja sebenar kau akan bermula. Habislah kau. Mana perkataan 'bebas' tu dah pergi?
"Ne, komawo." dia menunduk. Pandangannya tiba tiba teralih ke arah member yg sedang giat berlatih.
"Noona! Annyeong!" Taehyung melambai ke arah Chae Won sebaik sahaja perasan kehadirannya. Sejak budak ni dah sihat, makin ceria mukanya. Tapi tetap tak boleh dilupakan, dialah yg paling banyak karenah. Chae Won tersenyum kelat melihat Taehyung yg tersenyum manis sehingga tertutup sebelah mata ke arahnya. Dia meletakkan begnya di atas meja lalu mengeluarkan handphone miliknya.
Time ginilah best main IG, Twitter and FB. Elok sangatlah kat company ni wifi kemain laju. Nak nak lagi buat story gambar diorang tengah practice. Eh, eh, tak boleh. Nanti company marah pulakk.
Sedang sibuk Chae Won melayan handphonenya, Jungkook tiba tiba duduk disebelahnya. Chae Won hanya membiarkan saja tanpa memberi sebarang reaksi.
Di tangan Jungkook, dia memegang satu skarf bertelinga arnab. Jungkook memakainya lalu melentukkan kepala di bahu Chae Won.
Chae Won terkejut. "Eh, apa ni?"
Jungkook langsung tak menjawab. Penat sangatlah tu. Bahu aku juga tempat kau nak tidur. Chae Won merungut dalam hati. Dia memandang wajah Jungkook. Cepat betul budak ni tidur.
Dan satu lagi perkara. Skarf arnab yg dipakai Jungkook. Dia memandang sebentar. Ini macam skarf aku dulu.
Ah, yelah. Skarf tu aku bagi kat seseorang masa aku pergi fanmeeting. Jadi Jungkooklah yg dapat itu? Seriuslah. Mesti Jungkook tak ingat aku yg bagi pada dia.
"Jungkook-ah.. " Chae Won cuba mengejutkan Jungkook yg terlena sebentar.
"Mmm.. " kedengaran suara Jungkook malas malas. Jangan nak mengada okay. Bahu aku ni tempat kau lelehkan air liur basi tu.
"Mana dapat skarf ni? " Chae Won bertanya sambil melihat handphonenya kembali. Lantaklah dia jawab ke tak. Aku cuma nak kepastian je.
"Adalah.. seorang fan ni bagi.. "
Haa, dah agak dah. Ni skarf aku. Wekk, pakai juga budak ni. Mesti seronokkan dapat hadiah daripada aku. Padahal belum birthday kau lagi. Untunglah artis. Bila bila masa je boleh dapat hadiah daripada peminat.
Chae Won membiarkan saja Jungkook tidur di bahunya dan terus melayan handphonenya sampai kesudah.
Oh, dan tak lupa juga. Thank you company sebab tak letak keyword!
*****
"Sakit lagi ke?" Choi Jo Shin meletakkan ais di kaki Suga yg melecet.
Suga hanya diam. Diam sebab sakit atau tidak dia pun tak tahu.
"Chae Won!" dia mencari Chae Won yg tiba tiba menghilang entah ke mana.
"Ne.. yeogi." dia berpusing. Melihat Chae Won yg bersandar di dinding dan Jungkook yg tertidur sedang melentukkan kepala di bahunya.
"Haa, tolong tengokkan sikit Yoon Gi di sini. Saya nak beli ubat sekejap."
"Ne, arasso. " mata Chae Won masih tidak beralih dari telefonnya. Denguran Jungkook langsung tidak dihiraukan. Chae Won jangan lupa pula Choi Jo Shin suruh kau buat apa tadi.
Share this novel