Jin dari tadi tak habis habis memandang ke arah Chae Won yg masih sibuk dengan Taehyung. Entah mengapa, perasaannya kuat mengatakan ada sesuatu yg tidak kena pada Chae Won sejak pertama kali mereka berjumpa di dalam rumah ini. Otaknya berfikir keras.
"Kenapa sejak hari tu lagi aku rasa macam pernah nampak je noona sebelum ni. Nama pun macam pernah dengar... "
Jin berbisik sendiri. Banyak persoalan muncul dalam mindanya. Siapa sebenarnya noona ni?
*****
Seminggu kemudian...
Chae Won memandu van bercermin hitam mewah yg dikhaskan untuk mereka itu, menyusuri jalan yg sesak. Di dalamnya, semua member sedang nyenyak tidur kerana keletihan selepas baru saja selesai menghadiri reality show yg bernama 'Idol Soulmate' dimana, para tetamu yg merupakan idol dijemput untuk melakukan sesuatu yg istimewa untuk fan mereka yg bertuah.
Chae Won memandu dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Tiba tiba, Jungkook terbangun dari tidurnya.
Dia menggeliat sebentar di atas kerusi. Matanya digosok gosok. Tak selesa tidur di atas kerusi. Sakit leher kerana dibebani dengan kepala yg terlentuk.
Dia memandang para hyungnya. Mereka semua sedang nyenyak tidur. Macam mana mereka boleh nyenyak tapi dia tak boleh? Entahlah. Mungkin mereka terlalu penat? Tiada siapa tahu.
Dia melihat Chae Won yg sedang memandu. "Noona.. "
Chae Won menjeling ke cermin pandang belakang. Bayangan Jungkook yg telah membuka mata luas menghiasi biasan cermin. "Wae?"
Kenapa pula ni? Chae Won mengeluh dalam hati.
"Kimbap bogoshipo.. " dia memegang perutnya yg lapar tiba tiba.
Ha, lapar lah tu. Itulah kenapa tadi tak habiskan makanan yg dah disediakan. Kan aku juga yg susah bila kau lapar.
Mata Chae Won meliar ke arah tepi jalan. Mencari mana lagi kedai serbaneka yg buka. Setelah itu dia memarkingkan van di tepi jalan.
Chae Won memusingkan tubuh menghadap ke belakang. "Ha, nak apa tadi?"
"Kimbap..." Jungkook berkata.
Chae Won memakai mask dan topi untuk menutupi wajahnya lalu turun dari van menuju ke kedai serbaneka.
Dia memasuki kedai itu. Loceng berbunyi menandakan ada pelanggan yg masuk.
"Selamat datang." pekerja itu menyambut mesranya. Dia hanya mengangguk.
Chae Won mencari rak dimana terletaknya kimbap segera. Setelah menjumpai rak itu, dia mengambil beberapa jenis kimbap segi tiga pelbagai perisa. Dia juga mengambil satu botol air mineral sejuk. Lalu semua itu dibawa dikaunter pembayaran.
"Berapa ni?" dia mengeluarkan dompetnya.
"21 won." dia menghulurkan duitnya. Kemudian dia mengambil plastik itu dan keluar.
Sebelum melangkah keluar, dia melihat patung teddybear berwarna warni di atas satu rak. Dia memandang pekerja tadi. "Maaf, tapi ini berapa?"
Pekerja itu melihat patung yg ditunjukkan Chae Won. "Oh, itu hanya 16 won untuk satu."
Chae Won melihat kembali patung tadi. Dia tersenyum. Cantik.
*****
"Nah," satu kimbap segi tiga dikeluarkan dan selebihnya diberikan kepada Jungkook di belakang. Jungkook menyambutnya dengan wajah gembira.
Dengah gelojoh, Jungkook mengeluarkan kimbap dan membuka bungkusannya. Tanpa membuang masa, kimbap itu disuap ke mulut untuk memenuhi kehendak perutnya.
Chae Won memandang Jungkook sekilas. Dia menoleh pula ke arah kotak yg berisi teddybear yg baru saja dibeli tadi.
Hari ini sungguh memenatkan..
Share this novel