Bab 8

Fantasy Series 1875

"Yg chubby ni Su....ga..?" Chae Won menunjuk ke arah Jungkook.

"Ani! Saya bukan Suga hyung! Dan saya tak chubby! " menjerit Jungkook mendengar kata kata Chae Won. Dia disamakan dengan Suga hyung? Oh, tolonglah. Langsung tak sama!

Chae Won mengetuk kepala sekali apabila tekaannya salah. Kau ni Chae Won memang pelupa sangatlah. Itu bukan Suga.

Namjoon yg duduk di hujung sofa menggeleng. "Yg penting awak kenal saya Namjoon."

Chae Won memandang ke arahnya. Okay, jadi dia Namjoon.

Hakikatnya dia sendiri tak ingat sangat nama mereka. Terima kasih kepada Namjoon yg mengingatkannya sekali lagi.

"Ne.. kalau bukan Suga.. siapa? Sorry." Chae Won berputus asa. Tak dapat ingat wajah Jungkook yg masih terihat asing lagi baginya.

"Biar saya kenalkan diri sekali lagi. Nama saya Jeon Jungkook. JEON JUNGKOOK. Boleh panggil apa apa je. "

Chae Won mengangguk perlahan. "Okayy.. En.Jeon?"

"Ani! Jangan panggil En.Jeon! Saya muda lagi!" Jungkook mula marah dengan muka comelnya. Chae Won tersenyum kelat sekali lagi. Kesalahan kedua.

Haih, budak ni. Cakap boleh panggil apa apa je.

"Okay. Nama awak Jeon Jungkook. Panggil.. Jungkook..? " teragak agak kedengaran suara Chae Won. Yelah, entah entah silap cakap lagi.

Kemarahan Jungkook reda selepas mendengar jawapan Chae Won. Hah, akhirnya kenal juga siapa aku. Susah betul noona ni!

Jungkook bangun dan meninggalkan ruang tamu. Huh, merajuk lah tu. Mengada ngada sungguh. Biasalah manusia, mesti ada salah silap.

Chae Won memandang Jimin yg masih di situ.

Jimin tersenyum beria. "Hah, siapa saya? "

"Err.. Park...? " Chae Won berusaha keras untuk mengingat lelaki ini. Yg dia ingat, budak ni sama nama keluarga dengannya.

"Ya, ya! Park apa?" Jimin teruja mendengar jawapan Chae Won yg hampir sempuna. Ya, hanya harus katakan Ji Min saja!

"Park.... Jo Min....?"

Senyuman indah pudar dari wajah Jimin. Dia bangun dan menedang sofa yg tak berapa nak keras sebagai tanda protes. Lalu meninggalkan Chae Won seperti Jungkook tadi. Ha, nampaknya merajuk Jimin ni lagi teruk.

Chae Won menepuk dahi. Aduh, mesti tersilap lagi! Mianhae!

Tapi yg mana dia tersilap? Chae Won menggaru kepala. Dia pun tak tahu.

*****

Setelah habis sesi perkenalan yg memenatkan otak, Chae Won memutuskan untuk mengelilingi dan meneroka sebentar rumah mereka sementara menunggu Chai Jo Shin sampai.

Ketika sibuk meneroka dapur yg luas itu, dia ditegur seseorang. "Noona.. "

Chae Won berpaling. Taehyung memandang tepat ke wajahnya.

"Wae?"

Dia memasang wajah kucing. "Daeguppa..."

Lah, lapar lagi ke? Rasanya tadi baru makan.

"Lagi?" Chae Won bertanya. Taehyung mengangguk sambil tersenyum.

"Tadi tu makanan ringan sebab tu tak kenyang.. "

Haaa, macam macamlah alasannya. "Jadi sekarang macam mana?"

Taehyung monyok. Noona tak faham ke maksudnya? "Tolong masakkan makanan.. " dia meminta malu malu.

Chae Won memandang Taehyung dengan pandangan yg agak pahit. Masakan makanan? Untuknya?

Sekejap dia memandang tangannya. Aku bukannye pandai sangat masak. Setakat goreng telur dengan masak ramyeon pandailah.

Ding Dong

Bunyi loceng kedengaran di segenap rumah. Chae Won menarik nafas lega. Itu mesti Choi Jo Shin. Bolehlah nanti dia minta Choi Jo Shin yg masakkan untuk budak Taehyung yg lapar tak kesudah ni.

Aik, Chae Won, dia suruh kau yg masak, bukan Choi Jo Shin. Kau ni, baru beberapa jam bekerja dah nak mengelat. Suruh masak je kot.

Teruk betullah kau ni bekerja Chae Won. Patutlah lama sangat menganggur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience