Bab 12

Fantasy Series 1875

Kipas itu masih lagi diperhati lama. Otaknya juga masih berfikir keras tentang perkara itu. Dalam hati cuba pertikaikan tapi hakikatnya itulah dia. Dia masih tak percaya.

Dibuka pula buku nota yg terdapat autograf mereka di dalamnya.

"Kim Seok Jin.. " betulah. Tak syak lagi. Ni kan nama Jin. Macam mana boleh aku tak perasan selama ini.

Tapi seriuslah? Aku jadi manager mereka? Kebetulan apakah ini?

*****

Loceng ditekan sekali lagi.

Ding Dong.

Chae Won membuka pintu. Dia awal awal lagi dah ada di situ. Yelah, risau juga dibuatnya keadaan Taehyung makin teruk. Tapi, sebab paling utama dia datang awal ialah..

Kelihatan Choi Jo Shin di depan pintu. "Haa, sampai pun awak. Ingatkan tak datang.. "

"Eh, mana boleh tak datang. Itu bukanlah ciri namja yg bertanggungjawab. " Chae Won memutarkan biji mata. Jadi kau tu bertanggungjawab sangatlah? Semalam call pun malam baru nak angkat.

"Hehe, gurau saja. Jangan buat muka cam gitu. Saya memang namja yg bertanggungjawab. Tak syak lagi~"

Wekk, perasan.

Choi Jo Shin masuk ke dalam rumah dan membiarkan saja Chae Won yg tak habis habis pasang muka menyampah dengannya. Dia segera melihat lihat di bilik Taehyung. "Dah baik ke dia ni?"

"Tak lagi." Choi Jo Shin terlompat terkejut apabila Chae Won tiba tiba berbisik macam hantu di telinganya. Alamak, perempuan ni pun. Kalau ye pun menyampah jangan buat macam tu. Aku ni dah la penakut..

Eh, silap. Mana ada aku ni penakut. Aku berani. Haha. Dia ketawa hambar.

Chae Won menjeling tajam Choi Jo Shin.

"Nak pergi klinik ke. Macam tak larat je dia tu?"

"Larat tu. Mengada je lebih." Chae Won menjawab. Dah memang itulah yg sebenarnya. Nak perhatian saja.

tokk.. tokk..

Pintu diketuk. Taehyung bangun dan melihat manager hyung dan noona di depan pintu.

"Aduh. Aduh. Panas lagilah badan ni.. " Taehyun segera mengaduh kesakitan di depan mereka. Nampak seperti fake, tapi memang badannya masih panas. Tapi tak deklah seteruk semalam.

"Ha, tengok tu. Kan dah cakap. Mengada je budak ni." Chae Won menunjukkan bukti didepannya. Sudah terang lagi nyata, suara itu dibuat buat. Choi Jo Shin mengangguk setuju.

"Mmm, betullah. Biar jelah kot dia dekat sini. Dah baik dah ni.. " nadanya kedengaran sungguh sinis. Kemudian dia ketawa dengan ketawa setan. Chae Won juga tak mahu ketinggalan dalam drama pendek ini.

"Ha, Taehyung. Baring baring apa lagi kat situ? Jomlah gi klinik. Kan dah sihat dah." padu membuatkan Taehyung ternganga. Sekarang dia dijadikan barang ketawa dua ekor mahkluk jahat didepannya. Terasa seperti dibuli sesuka hati.

"Hyung! Noona!" Taehyung merengek marah melihat mereka tak habis habis ketawakannya. Tiba tiba dia menangis macam budak kat atas katil itu. Mereka mengalihkan pandangan ke arah Taehyung.

"Alala, tengok tu. Menangis pula dia. Jomlah kita pergi klinik sama sama.. " mereka berhenti ketawa. Choi Jo Shin menghampiri Taehyung dan cuba bergurau lagi. Ha, merajuk dah budak ni.

Chae Won masih tak berhenti tersenyum. Biarlah Choi Jo Shin saja yg memujuk Taehyung. Dia yg mulakan. Bukan salah aku~

*****

"Suhu badan dia dah turun dah. Tak lama lagi baik la ni. Cuma jangan lupa makan ubat." ha, kan dah cakap. Sekejap je dah sembuh budak ni. Tengoklah siapa yg rawat dia semalam.

"Tapi... " doktor itu menyambung kata. Mereka berdua berdebar menanti perkataan doktor. Entah entah si Taehyung ada penyakit kronik. Minta mintalah jangan. Lagi susahlah kerja aku.

"Benarkah itu Taehyung BTS?" doktor itu cuma mahu kepastian. Chae Won mengeluh. Haih, doktor ni buat orang risaulah.

"Ya. Saya harap doktor tolong rahsiakan perkara ni. " Choi Jo Shin segera menjawab dengan teragak agak.

"Benarkah? Bolehkah saya dapatkan tanda tangannya? Anak saya peminat nombor satu BTS. " doktor itu meminta. Yelah, peminat nombor satu konon. Menyampah pula dengarnya. Ramai lagi kat luar sana yg mengaku konon peminat nombor satu.

"Err...boleh. Nanti saya minta ya. Tapi tolong rahsiakan kehadiran kami."

"Ya ya. Sudah tentu! Terima kasih banyak banyak!" doktor itu memberi penghormatan kepada mereka.

Tengok doktor tetiba aku tertanya tanya. Popular sangat ke BTS ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience