Bab 3

Fantasy Series 1875

"Argghhh!! " Chae Won melepaskan geram selepas melihat jarum minyak kereta menunjukkan huruf E. Ah, sial! Kenapa minyak boleh habis pula time macam ni? Menyusahkan betul

Dia segera keluar dari keretanya dan berlari ke tepi jalan. Cuba menahan mana mana teksi. Biarlah duit habis sekalipun, asalkan tak terlalu lewat.

"Ah, jebal, jebal! " tolonglah mana mana teksi. Datang sini. Aku dah lambat sesangat ni!

Tangan dilambai lambai macam orang gila di tepi jalan. Chae Won merengek di situ. Matanya tidak habis habis melihat ke arah jam setiap 1 minit. Risaunya tanpa apa dah. Yelah, sekali terlepas, terus hilang peluang.

Setelah 5 minit menunggu dengan penuh gila, datanglah sebuah kereta hero bling bling penyelamat hidup menghampirinya. Chae Won tanpa membuang masa terus memasuki teksi itu.

"Ahjussi, kenapa lambat sangat datang?! Saya dah lama tunggu. Cepatlah, bertolak! " terkejut pemandu teksi itu ditengking oleh Chae Won. Masuk masuk je dah nak marah marah. Dah kenapa perempuan ni? Apa salahnya.

Dia mengikut saja kehendak Chae Won itu. Kereta itu pun bergerak menuju ke jalan utama. Sesekali pemandu lelaki itu melihat wajah Chae Won melalui cermin hadapan.

Ya, cepat sikit pandu tu! Aku dah lambat ni! Sibuk juga dia nak jeling jeling muka aku.

Rupanya Chae Won perasan perbuatan pemandu itu. Pemandu itu pun tersenyum apabila mengetahui perbuatannya sudah diketahui dengan riak muka Chae Won yg terlebih over.

"Untuk pengetahuan awak, saya bukan ahjussi."

Chae Won memandang pemandu itu.

Lah yer ke? Patutlah macam muda semacam. Sorrylah kalau aku 'tertua' kan umur kau.

Chae Won mengalihkan pandangan ke tingkap. Langit yg tadinya sangat cerah tiba tiba mendung.

"Ada payung tak?"

Haa, pahal pulaklah pemandu ni nak tanya soalan yg konon prihatin ni? Biarlah aku ada payung ke tak dek payung ke, tak yahlah nak buat buat macho. Nak termuntah aku.

"Tak."

Pemandu itu tersenyum. "Masa nak turun nanti, ambillah payung kat bawah tu."

Chae Won melihat di bawah kakinya. Satu kaki payung yg masih cantik elok terletak. Dia nak suruh aku ambil payung ni? Gila ka? Aku ni tak ambil barang percuma macam tu je. Apa dia fikir sampai nak bagi aku payung ni.

"Ambil tau nanti. Kami memang sediakan payung untuk penumpang yg tiada payung kalau hujan."

Pulakk. Syarikat mana yg punya teksi ni? Banyak betul duitnya nak beli payung untuk para penumpang.

Sedikit sebanyak jawapan pemandu itu membuatnya sedikit lega. Okay, thanks untuk payung yg tak seberapa ni. Sekurang kurangnya tak dek lah basah baju aku nanti.

*****

"Park Chae Won." untuk kali terakhir namanya dilaung, namun masih tiada apa apa yg muncul. Pekerja itu hampir saja ingin menanda merah namanya dan menyebut nama yg seterusnya.

But, yeah. She's here.

"Sayaaaaaaaaa! " Chae Won berlari sepantas kilat ke arah pekerja itu. Pekerja itu terkejut. Automatik tangannya terhenti untuk menanda merah namanya.

"Giliran awak."

Chae Won menarik nafas. Wah, sipi sipi. Sikit je lagi. Kalau terlewat sesaat tadi tak tahulah apa jadi.

Chae Won dengan berbekalkan separuh semangatnya, melangkah masuk ke bilik interview. Pandangannya dihiasi dengan wajah tiga orang juri yg tampak begis. Dia menelan air liur. Tapi dalam tiga orang itu, dia melihat juri yg telah diselidiknya atau yg akan menjadi sasaran utamanya berada di tengah meja itu. Chae Won tersenyum. Harap harap misinya akan berjaya.

Dia pun mengambil tempat di kerusi kosong di depan para juri.

"Park Chae Won-ssi? "

Chae Won mengangkat muka. "Ya, saya. "

Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa awak pakai baju ini?" matanya terus memandang pakaiannya. Ha, alamak! Lupa nak tukar baju! Macam mana boleh lupa pulak nak tukar baju ni.

Chae Won menepuk dahi. Dalam hatinya mengomel panjang tak kesudah. Ada saja benda yg serba tak kena pada dirinya.

Para juri didepannya mengangkat bahu. Awal awal lagi dah tolak markah kerana penampilan yg kurang menyenangkan. Ada ke orang interview pakai baju shirt putih nipis. Dengan rambutnya ditocang, tak nampak bersemangat langsung nak pergi interview.

Chae Won mengeluh berat di dalam hati. Mahu menangis pun ada sebenarnya. Rasa kecewa dengan diri sendiri.

Chae Won jangan mudah putus asa. Ini baru permulaan. Belum apa apa lagi. Dan ingat rancangan kau. Jawab macam yg kau selalu jawab.

Dia memotivasikan diri dalam hati. Tiba tiba rasa terharu teramat. Wah, terima kasih hati kerana sudi bagi nasihat pada aku.

Chae Won mengangkat muka dengan semangat baru. Bangkitlah dari tidur lena kau Chae Won dan hadapinya. Lupakan semua yg dah berlaku. Inilah masanya yg menentukan arah tuju hidup kau selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience