Bab 9

Fantasy Series 1875

"Nah." satu handphone berwarna pink dihulurkan kepada Chae Won. Chae Won sedikit kaget.

"Untuk saya..?"

Choi Jo Shin mengangguk. Lalu diberikan telefon itu kepada Chae Won. "Itu phone awak untuk kerja sebagai manager. Semua nombor kami dah ada dalam tu. Apa apa yg berkaitan kerja, boleh guna handphone tu.. "

Mata Chae Won bersinar sinar. Wah, dapat kerja, siap bagi handphone lagi?! Percuma pula tu! Hebatnya kerja jadi manager ni. Tak sangka pula.

Dia menjadi sedikit teruja. Dibelek sebentar handphone barunya itu. Nampak macam jenama baru. Mesti mahalkan? Cuma satu je yg membuatnya sedikit kecewa.

Kenapa warna pink? Ya, aku tak suka pink. Aku suka hijau!

Dia memberontak dalam hati. Opss, dalam hati je.
"Komawo!" sebab dah dapat barang percuma, takkan nak main pakai cam tu je. Berterima kasih itu sepatutnya dah wajib.

Choi Jo Shin hanya mengiakan saja.

Tiba tiba terdengar bunyi barang pecah.

"Bunyi apa tu?" Chae Won bangun untuk melihat dari arah datangnya bunyi itu. Choi Jo Shin hanya menggeleng perlahan. Ada sajalah masalah yg berlaku setiap hari.

Chae Won melihat Taehyung, Namjoon dan Jhope berkurumun menghadap sesuatu di dapur.

"Haaha, ni bukan ke cermin noona.. " Taehyung sengaja menjadikan Namjoon lebih pucat. Habislah.

"Ha?! Kenapa dengan cermin saya? " mereka bertiga terkejut mendengar teriakkan dari belakang. Mereka serentak memusingkan badan. Masing masing memasang wajah pucat sebaik saja melihat Chae Won sudah terpacak di depan mata.

"Err.. noona. Tak dek apa apa...." Jhope cuba menyembunyikan kenyataan. Namjoon melangkah satu langkah kebelakang. Tiba tiba dapat rasakan sesuatu yg tak baik akan terjadi.

Chae Won terus meluru ke arah mereka. Tubuh mereka ditolak ke tepi. Dan sekali gus pandangan tertumpu kepada satu cermin mini yg telah retak seribu.

Oh, no! Cermin BerryNut kesayanganku! Chae Won jatuh terduduk melihat cerminnya berkeadaan seperti itu. Tampak sungguh tragis. Cermin, kau dah banyak berjasa untuk aku. Tak sangka riwayat kau tamat begitu saja di rumah besar ni.

"Noo.. my BerryNut.. "

Dia tertunduk sekejap. Kemudian dia memandang mereka bertiga dengan pandangan tajam yg membunuh. Dengan suara digaraukan dia berkata,

"Siapa buat ni...?" walaupun kedengaran biasa saja, entah mengapa ketiga tiga mereka macam dah pucat semacam.

"Heeehee, not me.. " Taehyung segera melarikan diri dari masalah dengan alasan dia kononnya tak bersalah. Jhope melihat Taehyung pergi dengan kerisauan. "Ya, jangan tinggalkan saya seorang.. "

Namjoon menepuk bahu Jhope. "Bertabahlah. You're not alone here.. " Namjoon berkata pasrah.
Jhope melihat wajah Chae Won yg membengis. Garangnya manager noona ni. Ah, busaowo..

"Hah! Siapa yg bertanggungjawab untuk ini?! " jelas kedengaran garang suaranya. Namjoon dan Jhope mula kecut perut. Mereka menelan air liur yg terasa kering.

"Cakap. Siapa puncanya? " Chae Won bercekak pinggang sambil melihat mereka berdua. Hah, nasib baik aku lagi tua dari engkorang semua. Tak deklah nak kurang ajar sangatkan. Lagipun aku memang ada hak untuk marah.

Namjoon menggigit bibir. Dia menyiku Jhope. "Cakaplah.. "

Jhope memandangnya dengan pandangan takut. Perlahan lahan dia membuka mulut.

"Tadi.. saya dan Taehyung terlanggar meja masa main kejar kejar. Tetiba cermin noona yg namanya err... Berry apa entah itu, jatuh sebab diletak hujung sangat dan.. retak sikit.. "

Selepas menceritakan kejadian itu, dia segera menundukkan muka. Tak mampu untuk bertentangan mata dengan noona yg garang ni.

"Retak sikit? Macam ni retak sikit?!" fuhh, naik darah aku macam ni. Hish, kau ni Chae Won, baru masuk kerja hari ni dah nak marah marah. Sabarlah sikit lain kali. Mungkin budak tu tak sengaja.

"Yg retak seribu tu Namjoon buat sebab terpijak guna kasut baru dia.. "

Haa, ni mesti kes nak cuba kasut baru kan. Baguslah sangat kualiti kasut tu sampai cermin aku pun retak bila dipijak.

Chae Won mengeluh berat. Rasa marah masih ada tapi dia malas nak marah marah di hari pertama bekerja. Dia membongkokkan badan dan mengutip satu persatu serpihan kaca cermin yg pecah.

Namjoon dan Jhope masih berdiri di situ. Dari tadi tak habis habis mengucapkan kata maaf.

"Mianhae, noona.. "

Chae Won tak membalas apa apa. Dia hanya teruskan mengutip serpihan cermin kesayangan itu.

Hah, cermin kesayanganku. Aku minta maaf sebab tak jaga kau elok elok. Kalau tak mesti kau masih ada bersama aku sekarang.

Namun tanpa mereka sedari, kejadian itu disaksikan oleh Choi Jo Shin dan member yg lain sebaik saja mendengar teriakkan Chae Won. Mereka cuba menahan ketawa melihat Namjoon dan Jhope kena marah sampai begitu sekali.

"Kesian Jhope hyung.. " Taehyung menggeleng kepala. Dalam hati sedikit pun tak rasa menyesal tinggalkan Jhope tadi.

"Teruk betul kau ni Taehyung.. " Jimin pun menggeleng melihat Taehyun yg tak sedar diri. Kalaulah dia tak larikan diri, mesti dah jadi salah satu antara mereka yg berdiri di sana.

Tapi terima kasih untuk otak yg bijak. Taehyung dapat larikan diri dari kesalahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience