Bab 18
Kerja yang berlambak atas meja langsung tidak disentuh.Macam mana nak buat kerja kalau fikirkan tak tenang?!Sejak semalam penat dia berfikir macam mana nak pujuk perempuan.Dah lama dia tak pujuk perempuan nih.
Kalau kata Aina dengan Husna merajuk dengan dia,biarkan diorang sejam dua pastu dah elok lah.Nak kata Puan Huda merajuk dengan dia tak pernah pulak.
Pagi tadi masa dia keluar dari bilik nak pergi kerja,tengok tengok bilik Dhia dah kosong.Awal betul keluar kerja.Ke nak lari dari dia??
"Aduhh.Penat la nak fikir macam ni!"rungut Wazir meramas rambutnya.Zahil yang baru masuk biliknya tersenyum.Duduk di kerusi depanya.
"Aii pengantin baru serabut nampak.Takkan baru balik honeymoon dah stress kot?"perli Zahil.Wazir memandang sahabatnya.
"Wei,macam mana nak pujuk perempuan?"soal Wazir.
"Hah? HAHAHAHAAHAHA"meledak ketawa Zahil dengan soalan itu.
"Laa..apasal kau gelak pulak ni.Aku serius lah.Tolong la aku.Dah penat aku fikir ni.Dah lama tau aku tak pujuk perempuan"rungut Wazir.
"Laa Dhia merajuk dengan kau ke? Patutlah kusut je aku tengok.Kesian nye.Ni mesti kau yang cari pasal kan".Wazir jeling.
"Eh kau nak aku tendang kau keluar dari bilik ni?! Tolong lahh!"marah Wazir.
"Uishh rileks rileks.Jangan marah marah.Kau kena cool down dulu.Ok macam ni,kau pujuk dia dengan benda yang dia suka.Bagi dia hadiah ke apa apa je yang dia suka"cadang Zahil.
"Tapi masalahnya sekarang ni,aku baru je kenal dia.Tup tup dah kena kahwin.Mana lah aku tahu pasal tu semua.Kau paham takk"jelas Wazir.
"Ouh ye tak ye jugak kan.Lupa pulak aku"Zahil sengih.Wazir jeling.
"Dah la kau ni tak membantu aku langsung"ujar Wazir bangun dari kerusi mengemas meja nya.Seperti mahu pulang.
"Eh eh kau nak gi mana tu"tanya Zahil melihat Wazir sudah memegang beg ingin keluar dari bilik.
"Balik lah"balas Wazir.Dia ingin kerja separuh hari saja hari ni.
"Habistu kau nak pujuk Dhia macam mana?"soal Zahil.
"Pujuk lah macam mana pun.Aku kan laki dia"jawab Wazir keluar dari bilik.
_____________________________
Stok stok tudung yang baru sampai memenuhi bilik.Dhia membuat kerja dengan pantas.Sungguh dia banyak kerja.Setiap kali stok baru sampai mesti Dhia menjadi orang yang paling sibuk.
Ke sana ke mari.Berkerut kerut dahinya.Walaupun sebenarnya dia tiada mood nak buat kerja.Hatinya masih panas dan geram dengan Wazir.
Meera yang perasan wajah majikan nya stress menegur.
"Akak okey?"tanya Meera prihatin.Dhia hanya angguk memberi senyuman.
"Eh takk"digeleng kembali kepala nya.
"Hah?" tak paham Meera dengan bosnya tu.
"Ish Meera,saya rasa saya nak balik lah dah tengaharini"bagitau Dhia.
"Hah,akak tak sihat lagi ke?"pelik dia.Kan baru kahwin.Orang baru kahwin mesti tersengih sengih je bahagia tapi tidak bosnya muka stress je.Macam ada masalah.
"Tak bukan,saya cuma takde mood je nak kerja harini"jelas Dhia.
"Ouh takpelah kalau macam tu"
"Okey,saya balik dulu ya"Dhia mengambil beg dan kunci kereta sedia untuk pulang.
Pagi tadi saja je dia keluar awal awal.Malas nak bertembung dengan makhluk Allah sorang lagi tu.Baik balik rehat.Fikirkan lelaki itu buat sakit hati je.
______________________________
Aina masuk lambat harini kat office.Terlajak tidur sebab melayan drama sampai pagi.Mendapat lah dia.Terdapat money bouquet di atas mejanya.Pelik pulak jadinya.
"Erm..Kak Mel..Kak Mel tahu tak sapa yang letak money bouquet kat meja Aina ni"tunjuk Aina pada money bouquet atas mejanya.Kak Mel kerut dahi.
"Erm entah lah tak perasan pulak sapa yang letak"jelas Kak Mel yang sebelah office nya.Hanya terhalang dengan dinding kaca.
"Ouh yeke takpelah.Terima kasih"balas Aina hampa.
"Sama sama".
"Ting! Ting!"bunyi mesej masuk di telefon Aina.Aina lihat.
Assalamualaikum.Lambat masuk office harini.-Zahil
Waalaikumsalam.Haah,Aina terlajak tidur.-Aina
Ouh,dah tengok money bouquet yang abang bagi?-Zahil
Abang yang bagi?- Aina
Haah,kenapa?-Zahil
Kenapa abang bagi? Apa maksud abang? Abang nak cakap yang Aina ni mata duitan ke?-Aina
Eh bukan,bukan macam tu maksud abang.Aina tengok dulu apa yang abang tulis dekat kad money bouquet tu dulu.Lepas tu text abang apa jawapan Aina.-Zahil
Aina kerut dahi.Kad? Dia tilik money bouquet tu,ada satu kad kuning lembut terselit di celah celah duit itu.
Sudi tak Aina keluar makan malam dengan abang malam ni? _ Zahil
'Keluar makan?? Kenapa nak keluar makan dengan aku?'bisik hati kecilnya.Masih lagi berkira kira jawapan nya.Beberapa saat kemudian,mesej Zahil masuk kembali.
Macam mana Aina sudi tak?-Zahil.
Zahil menunggu dengan sabar.Aina masih berfikir dengan ajakkan Zahil.Lama dia berfikir lalu dia membuat keputusan.
Sudi.-Aina.
Okeh,nanti abang jemput Aina kat rumah.-Zahil
Okey.-Aina
Terima kasih.-Zahil
Sama sama.-Aina
Tersengih sengih Zahil.Gembira ajakkan dia diterima.Aina turut tersenyum kecil.Disentuh lembut money bouquet pemberian Zahil.
Sepanjang Dhia bercinta dengan Faris,tidak pernah Faris memberikan apa apa padanya.Hanya dia yang keluar kan duit untuk kekasihnya itu.
________________________________
Keretanya di parking di luar pagar rumah.
"Asal kereta dia ada jugak nih! Ish!! tak pergi kerja ke?!"dihentak kaki kuat.Ingat kan balik rumah boleh la ambil mood balik.
Rupanya makin panas ade la.Beg diambil dan masuk rumah.
Terteleng teleng kepala menjenguk setiap sudut rumah.
"Takde pulak"malas kusutkan lagi fikiran.Dhia naik ke bilik ingin tukar baju.Selesai menukar pakaian,diambil pakaian pakaian yang di pakai di Sabah haritu untuk dibasuh.
Dia turun ke dapur ternampak Wazir sedang minum air.Wazir berpaling.
Terkejut dia.Tersembur air putih dalam mulutnya pada wajah Dhia.Dia dengar je kereta Dhia masuk rumah tadi.
Tapi tak sangka pulak tuan kereta tu tiba tiba muncul di depan mukanya.
Hendak ketawa dia melihat wajah Dhia yang basah lecun tu,namun putus hasratnya melihat wajah masam Dhia.'Aduhh makin parah ni'rungut nya dalam hati.
Dhia memejam mata menahan sakit hati yang makin bertambah.Muka nya dilap dengan telapak tangan.'Dia ni kannn!!'marah Dhia dalam hati.
Malas pedulikan muka bersalah Wazir,mesin basuh didekati.Baru je dia nak letak pakaian pakaian nya,Wazir bersuara.Wazir mendekati Dhia.
"Aipp!! No!! Tak boleh.Saya je boleh gunakan mesin basuh ni.Kalau awak nak basuh pakaian awak,awak pergi basuh kat lain"suruh Wazir.
"Aih, kenapa pulak macam tu.Habis saya nak basuh pakaian saya kat mana?"soal Dhia tak puas hati.
"Pergi lah basuh kat tempat lain.Dobi ke"ujar Wazir selamba.'Dobi?! Eii dia ni kan memang suka cari pasal betol lah!'jerit hati Dhia.Dhia jeling.
Langkah dihayunkan ingin keluar dari dapur.Namun,entah dimana silapnya,dia terpijak saki baki air yang tersembur tadi dilantai.Wazir perasan Dhia hampir jatuh terus ingin menyambut.
Namun malang nasibnya.Dia turut jatuh bersama Dhia.Lebih malang lagi Dhia jatuh di atas belakang nya.'Aduh nasib baik tak patah hidung aku'hati Wazir bersuara.
Semuanya pantas berlaku menyebabkan Dhia sedikit blur.
"Err..lama lagi ke awak nak duduk atas saya ni?"soal Wazir perlahan.
Baru Dhia perasaan,dia jatuh atas suaminya.Cepat cepat Dhia bangun.Merah wajahnya menahan malu.Laju langkahnya berjalan namun Wazir sempat menangkap lengannya.
Kedua dua lengan Dhia dipegang.Dhia melarikan bebola matanya daripada bertembung.Kedudukan mereka terlalu rapat.
"Awak marah saya lagi ke? Takkan lah benda kecik tu pun awak nak perbesarkan?"soal Wazir lembut.Anak mata Dhia ditenung.Dhia merentap kasar lengan nya.
"Kenapa awak suka cari pasal dengan saya? And kenapa awak perlu kaitkan benda tu? Awak cakap kat tempat awam tau tak.Kalau orang lain dengar macam mana? Tak malu ke?!"marah Dhia.
Wazir diam.Membiarkan isterinya melepaskan apa yang terbuku di hati.
"Okey takpelah kalau awak tak malu.Tapi saya yang akan malu tau tak! Apa awak teringin sangat ke nak period?! Asyik cakap benda tu aje."sambung Dhia lagi.Wazir senyum.
"Lelaki mana boleh period lah wife"balas Wazir.
Senyum dia melihat jelingan Dhia.
"Okey okey.Saya janji saya takkan cakap benda tu lagi.Okey? Please janganlah merajuk lagi"pujuk Wazir lembut.Dhia mengalah.
"Ok fine.Tapi jangann buat lagi"Dhia memberi amaran.Wazir angguk.
"Tapii ada satu syarat"ujar Dhia.
Wazir jongket kening.
"Saya nak basuh baju kat situ.Please"tunjuk Dhia ke arah mesin basuh dengan comel.Wazir tertawa kecil melihat gelagat isterinya.
"Iya boleh.Saya tipu je tadi tu"kata Wazir.Dhia senyum.
"Dah la saya naik atas dulu"ujar Wazir.Dhia angguk.Wazir menghadiahkan senyuman manis pada Dhia.Tak cukup dengan itu dikenyitkan sebelah matanya dan terus naik ke bilik.
Terkaku Dhia melihat lesung pipit bekas senyuman dan kenyitan mata tadi.
"Aww!! Parah kalau hari hari macam ni.Boleh cair aku"ujar Dhia gedik.Pakaiannya di bubuh dalam mesin basuh.
hi gaiss. terima kasih sudi baca karya saya. tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. enjoy!! bye!!! *sorry kalau ada typo
Share this novel
wowww...miss u la, dear
hi my lovely niece. ader updatex
it's ok, dear. aunty can sleep now. nite dear. sleep tight