Bab 19

Drama Series 37011

Bab 19

Keadaan sunyi antara mereka berdua.Candle light dinner yang mewah telah ditempah awal awal.Otak Zahil masih lagi ligat menyusun ayat ayat yang ingin dibicarakan.Aina merasakan sedikit janggal dengan keadaan mereka begitu.

"Erm..ibu sihat?"Zahil memulakan bicara.Masih mengumpul semangat.
"Sihat alhamdulillah"balas Aina.Zahil angguk 'apalah kau ni tanya benda yang kau dah tahu buat apa?!'marah hati nya.

"Okey,memandangkan kita dah selesai makan.Abang nak terus terang dengan Aina"jelas Zahil.Aina jongket kening walaupun hatinya seakan akan boleh agak apa yang ingin Zahil katakan.

"Sudi tak Aina jadi suri hati abang untuk selama lamanya?"soal Zahil lembut.Aina tercegang,terkedu,terkaku.Habis semua terkeluar.

Keadaan menjadi senyap.

"A..abang,Aina sebenarnya..Aina dah ada someone special dalam hidup Aina.Lagipun,Aina hanya anggap abang sebagai abang Aina sendiri.Tak lebih dari tu"jelas Aina tanpa ragu ragu.

"Abang tahu semua tu.Tapi takkan lah sedikit pun perasaan Aina takde pada abang?"soal Zahil.Aina geleng perlahan.Zahil hampa.Musnah harapan nye ingin menjadi adik ipar pada Wazir.Perasaan dia ikhlas namun telah ditolak.

Aina perasan muka hampa Zahil bersuara.
"Tapi takpe,lepas ni kita boleh jadi kawan kan.Tak semestinya Aina tolak perasaan abang kita perlu jadi musuh right?"beritahu Aina ingin menceriakan suasana.Namun gagal,Zahil hanya memberikan senyuman pahit.

"Takpelah.Jom lah abang hantar Aina balik.Tak manis pulak keluar lama lama"putus Zahil.Dia bangun dari kerusi diikuti dengan Aina.Rasa bersalah mula menyelubungi hati Aina.
_________________________________

Malam.
Dhia sedang membaca novel telefon nya berbunyi.Tertera nama Anis.Senyuman diukirkan, panggilan diangkat.
"Hello assalamualaikum"Dhia memulakan perbualan.

"Waalaikumsalam,weh kau ape cita skarang? Sejak kahwin ni dah balik honeymoon pun tak call aku.Dah lupa kawan ke"soal Anis terasa hati.

Dhia gigit bibir.
"Eish mana ada.Aku tak pernah lupa kau lah.Cuma banyak sangat benda yang dah jadi.Jadi aku busy sikit"beritahu Dhia.

"Uitt,apa yang banyak sangat benda yang dah jadi tu?"usik Anis tersengih sengih.

"Ehh sibuk je kau ni.Ade lerr.Jaga laki sendiri sudah lah!"
"HAHAHA.Wazir mana?"soal Anis.Dhia mati kutu.
"Err entah"gagap Dhia.
"Hah? entah?"pelik Anis

"Eh ta..tak.Maksud aku,dia tengah buat kerja.Ha kerja"jelas Dhia.Manalah dia tahu suaminya tengah buat apa.Bukan tinggal sebilik pun kan.

"Oklah.Kau dengan dia macam mana sekarang?"tanya Anis lagi.

"Macam mana apa?"
"Eish kau ni slow lah.Kau dah mula suka dia ke belom?"

"Ohh pasal tu ke? Hurm..entah lah.Aku tak pasti dengan perasaan aku sekarang ni"
"Hah boleh pulak macam tu.Cuba lah tanya hati tuuu"suruh Anis.

"Dah dah tanya dah! Tak tahu tak tahu!! Aku baru kenal dia kan.Tiba tiba kena kahwin.Kau rasa? Ingat senang ke nak pupuk perasaan tu?"soal Dhia.

"Eish kau ni,cubalah bukak hati tu sikit.Jangan ego sangat boleh tak!"bidas Anis.

Dhia buat bodoh je.
"Weh esok jom keluar.Kita pergi lunch sama sama"ajak Anis.Dah lama tak jumpa sahabatnya sejak masing masing berumah tangga.

"Wow nak!! Aku rindu gila nak jumpa kau"setuju Dhia ceria.

"Okehh cunn! Kau jangan lupa minta izin Wazir pulak tau"pesan Anis.
"Ye lah.Aku tahu lah.Kau ingat aku ni jahil sangat ke?"soal Dhia tak puas hati.

"Eleh,kau tu bukan boleh harap sangat.Eh dah lah esok kita jumpa.Bye assalamualaikum"Anis mengakhiri perbualan.

"Waalaikumsalam"talian dimatikan.Soalan Anis berlegar legar di pemikiran Dhia.
"Apa perasaan aku kat dia eh?"soal Dhia sendiri.
________________________________

Kerja dah selesai.Wazir mengemaskan meja yang berselerak dengan kertas kertas kerja.Tiba tiba dalam sibuk dia mengemas lengannya tertolak sebuah kotak di atas meja.Habis berterabur isi kotak yang jatuh di atas lantai.

"Aduhh"rungut Wazir.Mengutip kembali barang barang yang jatuh tadi.Matanya tertancap pada sebuah gambar.Gambar yang menyimpan seribu satu kenangan.Gambar pertunangan dia dengan bekas tunang nya.

Malas mahu memikirkan kisah yang dah lepas.Cepat cepat dia mengutip kembali barang barang lain.Yang dah lepas biarlah lepas.Buang masa je fikir.
_________________________________

Keesokan pagi.

Terjengul jengul kepalanya melihat luar bilik.
"Okey line clear!"bisik Dhia.Dia turun tangga dengan perlahan lahan takut dikesan.

Tidak perasan diri diperhatikan sang suami.
"Apa minah ni buat nih?"soal nya sendiri.

Wazir mengikut langkah isterinya.Dhia sampai didapur.Baru kakinya hendak melangkah masuk bilik air.Suara Wazir berbunyi.

"Eh eh,nak gi mana ni?"soal Wazir berdiri dihadapan Dhia.Dhia mengundur ke belakang.

"Err..nak mandi lah"jawab Dhia.
"Kenapa tak mandi dekat bilik awak? Tu saya punya"tunjuk Wazir pada bilik air.

"Alaa..takde air lah.Saya nak mandi kat sinilah"ujar Dhia pecahkan rahsia.

"Ooo takde air.Habis tu kenapa nak mandi kat sini?"soal Wazir lagi.

"Erm..kat sini kan ada...bekas tadah air.Saya nak mandi air tu lah"kata Dhia perlahan menunduk kan wajah.

"Eh eh sedap awak je.Habis tu saya nak mandi macam mana?"soal Wazir tak puas hati.

"Mandi lah kat office"jawab Dhia mudah.
"Senang diaaa je cakap macam tu.Habis tu awak pun mandi lah kat butik awak"balas Wazir.

"Alaaa..saya pompuan awak laki takpelah"kata Dhia.
"So? Ade saya kesah?"Wazir membuat muka tiada perasaan.Dhia mencebik.

Wazir memegang tombol pintu bilik air.Tidak sempat dia membuka pintu.Tangan Dhia mendarat di atas tangannya.

Masing masing memulas tombol pintu.Berebut nak masuk bilik air.Dhia penat memperlahankan perbuatannya.

Wazir ternampak peluang,terus dia menarik pintu bilik air dan meloloskan dirinya.Dhia tercegang.

Terpaksalah dia datang awal ke butik dengan membawa pakaian.Mandi di sana.
'Kurang asam punya laki! Tak bertolak ansur pun!'jerit hati Dhia.

sorry kalau ada typo hope korang enjoyy. jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. bye!!

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-06-01 00:35:02 

shortless, la dear... x puas aunty baca...hu hu hu

YAZNI-ERNIE
2021-06-01 00:28:05 

dear...tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience