Bab 25

Drama Series 37011

Bab 25

Dhia terpisat pisat.'Dah pukul brape ni??'soal Dhia sendiri.Tangan nya meraba raba disebelah.

Kosong.Telefon di meja sisi diambil.Punat telefon dibuka.

"6:45?!! Ya Allah!"bingkas Dhia bangun pergi mandi ala kadar dan solat.Usai solat,doa ditadah.

"Heish! Mana dia ni pegi! Asal tak kejut aku solat Subuh tadi?!!"marah Dhia sendiri.

Dhia keluar dari bilik.Kelihatan tiada siapa diluar.Mungkin Puan Salmiah masih di bilik.

Shawl di kepala di betulkan.Dhia duduk di pondok kayu yang tersedia di depan rumah itu.

Angin sepoi sepoi bahasa menampar lembut pipinya.Menghirup udara segar menenangkan dirinya.

"Bestnye duduk kat kampung ni"ceria Dhia bersuara namun hanya seketika wajahnya bertukar marah.

"Si Wazir ni pun satu.Pegi mana? Dah la tak kejut aku tadi.Buat nya aku terlepas Subuh tadi macam mana?!! Heishh!!"dengus Dhia.
___________________________________

Peluh menitik jatuh.Habis berpeluh.Langkah jogging diperlahankan akhirnya berhenti.Wazir menongkat tangan nya di kepala lulut.

"Huh hah!! Huh hah!!" tercungap cungap dia mengambil nafas.Fikiran nya tetiba melayang kepada perkara yang terjadi selepas usai nya solat Subuh tadi.

# flashback #

Tangannya meraup muka.Doa dibaca sepenuh hati.Tepat tepat dia mengaminkan doa.Telefon nya berbunyi.Kerut dahinya melihat nombor yang tidak dikenali.Panggilan diangkat.

"Hello" Wazir memulakan perbualan.
"Hai sayang~~"meleret suara dihujung talian.
"Err...sape ni.Salah nombor ke?"soal Wazir.

"Babyyy! U lupa ke suara ni?"
"Sapa??"

"Nadia lah babyyy!".Wazir merengus.
"Nak apa pepagi buta ni"keras suara Wazir berbunyi.

"Erm....u..rindu i tak~~"menggedik suara Nadia.
"Tak!"balas Wazir kasar.

Terus dia mematikan panggilan.Memang sebelum ni dia pernah terjumpa Nadia.Tetapi dia tidak pernah bercakap dengan Nadia selepas apa yang berlaku.

Peristiwa yang berlaku 2 bulan lepas tetiba menyingah kotak memorinya.

Perasaan marah mula menyelubungi diri.Sejadah disimpan dan pakaian ditukar.Sudah terlupa ingin mengejut Dhia yang masih nyenyak tidur untuk solat Subuh.

# end flashback #

"ARGHHH!!! KENAPA KAU MUNCUL DALAM HIDUP AKU HAH?!!!"jerit Wazir kuat di depan hamparan sawah padi yang menghijau.Dia terduduk.Air matanya jatuh untuk sekian kali nya.

Sakit! Sakit bila dicurangi.Perempuan yang dia sayangi dan sudah bertahun tahun cinta mereka bertahan akhirnya musnah begitu sahaja.Teresak esak dia sendirian disitu.
________________________________

Dhia mengambil beberapa selfie nya berlatar belakang sawah padi.

"Huh hah! Huh hah!"Dhia menurunkan telefon dari menghalang wajahnya melihat siapa yang terbaring didepan nya.

Wazir duduk kejap.Menarik nafas tiga kali bagi menenangkan dirinya.Kemudian sambung berbaring.Matanya dipejam.

"Awak pegi mana?"soal Dhia berpeluk tubuh.
"Jogging"balas Wazir perlahan.
"Kenapa tak kejut saya solat Subuh tadi?"soal Dhia geram.

Wazir bangun membuka mata.Tersengih.
"Laaa awak dah boleh solat ke?"tanya Wazir selamba.

"Habistu yang awak solat berjemaah semalam tu dengan sapa? Hantu?"Dhia jeling tajam.

Wazir tersenyum.Kembali baring menutup mata.Kelihatan,Puan Salmiah membawa dulang seteko air dan beberapa cawan mendekati mereka.Dhia menurunkan tangan dari berpeluk tubuh tadi.

Enak Wazir berbaring.Tetiba rasa semacam panas di muka nya.Mata dibuka.Terkejut dia melihat dulang Puan Salmiah tadi sedap je landing atas muka dia.

"Adoiii opah apa ni.Panas lahh!! Ambik la balik.Kang kalau bangun ni tumpah karang"rungut Wazir.

"Eh! Laaa ada orang rupanya.Tak perasan pulak opah"balas Puan Salmiah selamba.Dulang tadi diangkat balik.

Diletakkan di tengah tengah.Tersengih sengih Dhia melihat mereka.Nak ketawa pun ada.

"Tu la.Sapa suruh kau baring kat sini.Dengan berpeluh peluh.Busuk tau tak.Pergi masuk mandi!"suruh Puan Salmiah.

"Kejap la..orang nak rehat ni"jawab Wazir selamba.Puan Salmiah menggeleng kepala.Sedang Dhia menuangkan air dalam cawan,tiba tiba ada sebuah kereta terpakir di depan pondok kayu itu.

Kelihatan sepasang suami isteri keluar dari kereta menuju ke arah mereka.
'Wow siap berpegangan tangan bagai.Ni mesti pengantin baru.HAHAAHAH"hati Dhia berbicara.

"Assalamualaikum"Leman memberi salam.Mendengarkan salam itu,Wazir bangun.
"Waalaikumsalam.Duduklah"sila Puan Salmiah.
Wazir bangun bersalaman dengan Leman.

Manakala Dhia dan Puan Salmiah bersalaman dengan Suhaila,isteri Leman.
"Sihat ke?"tanya Leman pada Wazir.Wazir senyum angguk.

"Sihat alhamdulillah.Erm..duduk dulu lah ye.Nak masuk mandi,baru balik jogging"ujar Wazir.Leman angguk.

"Opah,Wazir masuk dulu"
"Ye lah"balas Puan Salmiah.

Rasa kekok pulak Dhia.

'Baik aku ikut Wazir'.
"Erm opah..Dhia pun masuk dulu lah eh"Puan Salmiah angguk.

"Erm..jemput minum tau"kata Dhia pada Leman dan Suhaila.Kedua mereka angguk.Laju Dhia berjalan mengejar Wazir yang sudah hilang dari pandangan.
_________________________________

Dhia menunggu Wazir di bilik sementara Wazir selesai mandi.Pintu dikuak dari luar.
"Ya Allah!"terkejut Dhia melihat Wazir hanya memakai tuala separas pinggang.Terus dia menekup mukanya.

Tergelak kecil Wazir dibuatnya.Pakaian dipakai.
"Dah dah la tuuu tekup muka.Lemas kejap lagi tak pasal pasal"tuala kecil ditangan mengesat rambut yang basah.

Dhia angkat wajah.Lega Wazir sudah berpakaian.
"Diorang tu sapa?"tanya Dhia pada Wazir di sebelah.
"Sapa?"
"Tu..yang datang tadi tu"

"Ouh tu Leman dengan Suhaila"jawab Wazir.Tuala kecil disangkut.Kembali duduk disebelah Dhia.
"Ouh..sepupu awak ke?"

"Eh bukanlah.Diorang tu yang tolong opah untuk uruskan pasal esok"
"Pasal apa??"
"Adelah..nanti awak tahu lah"Wazir bangun.Jam dan topi hitam dipakai.

"Nak gi mana?"soal Dhia.
"Kan nak gi kebun"
"Ouh..nak gi skarang ke?"
"Haah sebab banyak buah nak ambik"

"Okey okey"Dhia bangun.Mengambil kasut sukan dalam bagasi.
"Cepat sikit.Saya tunggu kat luar"arah Wazir.
"Yaa"

Wazir masuk ke dapur ingin mengambil basin untuk diletakkan buah nanti.Basin basin tadi diletakkan dalam bonet.

Wazir menuju ke arah Puan Salmiah yang sedang berbincang dengan Leman.Perbincangan Puan Salmiah terhenti apabila cucunya datang.

"Erm..opah.Wazir dah nak pergi kebun ni"
"Ha yelah hati hati"Wazir bersalaman dengan Puan Salmiah dan Leman.

Dhia yang muncul di belakang turut bersalaman dengan Puan Salmiah dan Suhaila.

Mereka masuk ke kereta.Mula meninggalkan perkarangan rumah Puan Salmiah.
__________________________________

Kereta Wazir terpakir di depan kebun buah buahan yang boleh tahan luasnya.Mereka keluar dari kereta.Wazir mengambil basin yang dibawa tadi dalam bonet.

"Wahh luasnya!!"jerit Dhia.Tangan didepakan menghirup udara segar.Acah acah macam iklan pulak.Cehh.

"Dah tu,jom!"jerit Wazir yang sudah jalan mendahului Dhia di depan.
"Tunggu laa"Dhia membalas dengan jeritan sama.

"Hati hati,nanti jatuh"pesan Wazir.Wazir makin menapak jauh dari Dhia yang berjalan perlahan itu.

Sedang Dhia berjalan,entah macam mana kakinya boleh tersadung menyebabkan dia jatuh.

"Aargh!"susah payah Dhia mencuba untuk bangun.Berpulas kiri kanan, akhirnya berjaya jugak dia bangun.Tangan yang kotor tadi ditepuk sikit menghilangkan kotoran.

"Hai cik adik"tetiba dua pemuda datang menegur Dhia.Terpinga pinga wanita itu.
'Sapa pulak ni? Macam tak mandi je gaya.Tak terurus!'kata hati Dhia.

"Erm.."Dhia mengundur ke belakang apabila dua pemuda tadi makin dekat dengannya.

'Eii aku tendang jugak kang.Tak pasal pasal mandol.Erghh! Mana Wazir ni?!'jerit hati Dhia.

Dia takut.Takut kalau terjadi apa apa.
"Cik adik nak gi mana.Jangan takut.Kitorang nak berkenalan je la"ujar pemuda itu lagi.Dhia masih tidak dapat berkata kata.Takut.

"Kenapa ni?"suara garau yang berbunyi di belakang memberhentikan acara undur mengundur tadi.Dhia berpaling.Wazir!!

Terus dia lari memeluk lengan sasa lelaki itu.Memandang tajam dua pemuda tadi.Wazir melihat pelukan kemas Dhia di lengannya.Jelas wanita itu takut.

Wajah nya kembali dipalingkan di hadapan.Nasib baik dia tersedar tadi Dhia tiada belakang nya.Terus dia berpatah balik.Kalau tak..tak tahu la apa jadi.

"Korang nak apa?"soal Wazir lagi pada dua pemuda itu.Dua pemuda itu menggeleng takut.Berura ura ingin pulang.

"Erm..kitorang balik dulu bang"mencicit dua pemuda tadi lari.Dhia menjeling tajam.
'Gatal!!'marahnya.

Kini mangsa seterusnya,Wazir! Dhia berpaling ke arah Wazir.Melepaskan pelukan di lengan Wazir.

Memandang dengan tajam.Lelaki itu jongket kening tak paham.Last skali,lengan sasanya menjadi mangsa.

Dhia mencubit kuat lengan sasa itu.Tak cukup dengan itu,ditumbuk kasar lengan suaminya.
"Arghh apa ni!! Sakit lah!"jerit Wazir menyeringai sakit.

"Apa ni? Ini habuan sebab awak tinggalkan saya kat belakang tadi!"marah Dhia.Wazir gosok laju tempat dicubit dan ditumbuk Dhia.

"Sorry lah.Saya ingatkan awak kat belakang saya tadi"ujar Wazir.Dhia dah bertapak ke depan.
"Huh!!"Dhia mencebik.

"Nak gi mana tu?"jerit Wazir pada Dhia yang berjalan ke arah kiri dengan confident nya.
"Nak gi kebun lah!!"Dhia turut membalas dengan jeritan tanpa memusingkan badan.

"Bukan sana lah.Arah sini dear! Meh,kang hilang lagi tak pasal pasal"ajak Wazir mula berjalan ke depan.Dhia terhenti.

Mencicit dia lari ke arah jalan yang dilalui Wazir.Maluu!! Wazir senyum dengan gelagat si isteri.
_________________________________

Penuh basin dengan buah buahan.Ada rambutan,mangga,durian.Penat Dhia melepaskan lelah di pondok yang tersedia.Wazir datang membawa durian lagi.

"Banyak nya durian"
"Haah opah ada banyak pokok durian"

"Kenapa tak pakai helmet?"
"Hah? Helmet? Buat apa?"kerut dahi Wazir dengan soalan Dhia.

"Iye la.Pakai helmet la untuk kutip buah durian.Buatnya time kutip buah durian tu..ada lagi durian jatuh macam mana? Kalau kena kepala bahaya!! Sebab tu la kena pakai helmet.Selamat sikit"ujar Dhia sungguh sungguh.

Wazir tersenyum menggeleng dengan celoteh Dhia.Rambutan diambil.
"Nak rasa?"tanya Wazir pada Dhia.Laju isterinya angguk.Kulit rambutan dibuka.Dihulurkan pada Dhia.

Dhia memakan rambutan tadi.Wazir turut makan rambutan.
"Erm..manisnya"komen Dhia.Wazir senyum.Botol air mineral dicapai.Dia membasuh tangan.Dhia turut serta menadah tangan.

Tangan Dhia dipegang.Digosok gosok sedikit menghilangkan kotoran.Melebar senyuman nye.Entah mengapa Wazir merasa bahagia.Dhia pulak terkeras.

Dia ingatkan Wazir hanya tuang air atas tangannya tapi..yang lain pulak jadi.Selesai basuh tangan.

"Okehh jom balik"ajak Wazir.Dhia dan Wazir bangun dari duduk.
"Mat!! Usop!!"jerit Wazir memanggil.Tak lama kemudian,muncul dua lelaki berkemeja dan berseluar yang sedikit kotor.

"Eh abang,saya tak perasan pulak abang ada tadi"ujar Mat.
"Haah aku pun tak perasan.Bila abang datang??"soal Usop pula.

Wazir senyum.Dhia juga senyum walaupun dia tak kenal siapa diorang tu.

"Lama dah aku sampai.Nih aku nak mintak tolong korang angkat buah buahan ni masuk kereta.Boleh?"tanya Wazir.

"Boleh je.Takde hal lah bang"balas Usop.
"Err..ni ke wife abang?"soal Mat melihat Dhia.Dhia senyum.Wazir angguk.

"Haah,kenalkan wife aku,Dhia"terangguk angguk Mat dan Usop.

"Erm saya Usop"
"Saya pulak Mat akak"ujar Mat sopan.
"Hoi dia lagi muda dari kau lah"tegur Wazir.
"Ouh yeke maaflah"Mat garu kepala.Malu!

"Takpe,saya Dhia"balas Dhia pula.
"Apalah kau ni Mat,cantik macam ni kau boleh panggil dia akak"kata Usop.
"Amboi kau Usop.Aku bagitau Seri kang!"ujar Wazir.

Terlepas ketawa Wazir dan Mat.
"Bagitau je bang.Padan muka dia"sokong Mat.
"Eh eh jangan bang,tak pasal pasal nanti saya kena tidur luar"ujar Usop takut.

Meledak ketawa Mat dan Wazir.Dhia hanya tergelak kecil.

"Macam macam hal lah korang ni.Dah angkat buah buahan ni"suruh Wazir.
"Okeh bang"ucap Mat.Usop dan Mat mula mengangkat buah buahan tadi.Tinggal buah rambutan je untuk diangkat Wazir.

Lengan Wazir dicuit selepas beredar nya Mat dan Usop.Wazir jongket kening.
"Sapa diorang tu?"tanya Dhia.
"Tu pekerja opah.Yang tolong jaga kebun ni"terang Wazir.

Dhia angguk angguk.Basin besar yang berisi rambutan diangkat Wazir.
"Dah jom!"baru beberapa langkah dia melangkah.Lengannya disambar Dhia.

"Apa?"tanya Wazir memandang tangan Dhia yang masih setia di lengannya.Dhia perasan cepat cepat lepaskan lengan Wazir.Dikawal riaknya.Wazir senyum bahagia.

"Erm..kita nak balik dah ke? soal Dhia.
"Haah kenapa?"soal Wazir pula.
"Erm..kalau kita pergi sawah padi kejap boleh?"pinta Dhia.

"Hah? Buat apa..kat rumah opah kan dah ada.Lagipun saya dah penatlah"jawab Wazir.
"Alaa boleh laaa.Lupa ke opah suruh awak bawak saya ronda ronda kampung hah?"rengek Dhia.

Wazir menyimpan senyum melihat rengek kan isterinya.
'Comel'desis hatinya.
"Ha yela yela.Kita pergi"putus Wazir.
"Yeay!! Tenqiu awak!"jerit Dhia riang.

"Tapii ada satu permintaan"Wazir senyum senget.
"Apa?"soal Dhia berdebar.
"Panggil saya hubby dulu"minta Wazir.

Hilang senyuman Dhia.
"Takpelah kalau tak panggil tak payah la pergi sawah padi"Wazir ingin meneruskan perjalanan.Tapi lengannya disambar sekali lagi.

Wazir senyum.Taktik berjaya!!
"Erm erm..hubby"bisik Dhia ke telinga Wazir.Terlalu malu untuk berkata seperti biasa.

Dia menunduk kan wajah nya yang dah merona merah.Malu!! Wazir tersenyum lebar.
"Most welcome dear"bisik Wazir lembut ke telinga Dhia.

Terus Wazir berjalan meninggalkan Dhia yang sedang terpana itu.Habis merona merah wajah Dhia.Berlari anak dia mengejar Wazir yang dah jauh darinya.

hello gais. thanks sudi baca karya saya yang tak seberapa ni. jangan lupa doakan saudara saudari kita di Palestine ye. enjoy!! bye!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience