Bab 15
Dhia merenung wajah Wazir disebelah nya yang masih lena tidur.Tadi lepas solat Subuh demam Wazir belum kebah tapi pening suaminya sudah hilang.
Dhia meneliti seluruh wajah suaminya yang putih bersih itu tanpa calar pun,bulu mata panjang,kening lebat,bibir merah, berjambang nipis.Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
Tipu lah kalau kata hati dia tak terusik dengan Wazir selama ini.Lagi lagi kes kelmarin dia terpeluk lelaki itu.Adoii malu den!Nasib Wazir tidak bersuara lagi soal itu.
'Payah betul ye nak sihat'suara hati Dhia berbunyi.
Dhia bangun dari baringan perlahan lahan tidak mahu kejutkan suaminya.Dirinya dibersihkan.Dhia memesan grabfood.Takkan lah dia nak pergi makan sorang sorang kan.Bihun goreng untuknya dan bubur ayam untuk suaminya.
Pesanan sudah sampai tapi Dhia masih tidak kejutkan Wazir.Di jamu dirinya terlebih dahulu.Barulah dia bergerak mengejutkan Wazir.
"Wazir..bangun"kejut Dhia lembut.Namun,seperti kelmarin,Wazir masih tidak berganjak dari tidur.
"Wazir!!Bangunn!!"ditepuk kuat badan Wazir.Mungkin nampak kurang ajar tapi kalau dia tak buat macam tu memang tak bangunlah lelaki itu.Wazir terpisat pisat membuka mata.
Badannya disandarkan di kepala katil.Dhia mengambil bubur ayam dan ubat diletakkan atas ribanya.Disua bubur ayam pada Wazir namun lelaki itu menggeleng.
"Saya boleh makan sendiri"ujar Wazir mengambil makanan di tangan Dhia.Sejujurnya dia malu apabila disuap Dhia dia kan dah besar.Dah la isterinya layan dia macam budak kecik.
Dhia hanya memerhati suaminya menghabiskan makanan.Dihulur pula ubat pada Wazir.Cepat cepat Wazir meneguk air putih lepas makan ubat.Dhia mengemaskan bekas makanan yang digunakan tadi.
Wazir melihat gelagat isterinya.Rasa bersalah pun ada, yelah mereka datang ke Sabah kerana ingin berbulan madu..tapi dah ditakdirkan dia demam nak buat macam mana.Wazir bangun ingin bersiap.
"Awak nak pergi mana?"soal Dhia melihat suaminya ingin menukar pakaian di tandas.
"Kita keluar jom! Pergi siap"arah Wazir.Dia masuk ke tandas menukar pakaian.
Keluar dari tandas meja solek didekati.
"Apa kena dengan awak ni? Tengah demam macam ni pun nak keluar lagi.Rehat je lah"Dhia berdiri di sebelah suaminya yang sedang menyisir rambut.
Bercekak pinggang.
"Lah..kalau asyik rehat pun tak elok lah.Dah sakit sakit dah badan saya ni asyik baringg je.Kalau keluar,jalan jalan bergerak ok lah sikit.Boleh bersenam"jawab Wazir.
'Banyak lah kau punya bersenam!! Kalau lagi teruk demam kau..siap kau nanti!!'marah Dhia dalam hati.Walaupun dia sebenarnya happy dapat pi jalan jalan yelah asyik duk terperuq ja dalam bilik.Buat apa? kann.Dhia turut bersiap siap ingin keluar.
__________________________________
"Tingg!!"lif terbuka.Ramai ramai pekerja keluar dari lif tersebut termasuk Aina.Tergesa gesa dia berjalan menuju ke keretanya selepas mendapat mesej Faris.Zahil yang perasan gadis itu menahan.
"Aina!"panggil Zahil.Aina berhenti mencari kelibat yang memanggilnya tadi namun tiada.Berpaling kedepan kembali terkejut dia melihat wajah Zahil di depanya.Zahil senyum.
"Eh abang,abang ke yang panggil Aina tadi?"soal Aina mengawak riak terkejut.
"Haah Aina nak pergi lunch ke ni? Boleh abang join?"tanya Zahil.Aina diam.
"Ermm.. sebenarnya Aina dah janji nak lunch dengan kawan"tolak Aina dengan baik.
"Ouh,takpelah kalau macam tu..mungkin lain kali je"ujar Zahil hampa namun masih mengekalkan senyuman manisnya.
"Urmm..kalau macam tu Aina pergi dululah ye.. assalamualaikum"kata Aina berlalu meninggalkan Zahil.
"Waalaikumsalam"salam Aina dijawab.Zahil mengeluh berat.
"Haihh.Wazir dah kahwin..aku ni bila lagi?Huh nak kahwin..calon pun taknak kat aku..nak buat macam mana.."bicara Zahil sendiri.
__________________________________
"Apa sebenarnya yang jadi ni?! Kenapa u text i cakap tak jadi nak hantar rombongan meminang pulak?!"soal Aina keras pada Faris di depan nya.
Otak Faris ligat berputar mencari idea.Wajah sedih dibentuk.
"Sebenarnya..semalam family call bagitau i yang nenek i accident kat oversea nuh.Nenek i perlukan pembedahan.. family i tak cukup duit nak tampung kos pembedahan nenek i"Faris menarik nafas kononnya sebak sangat lee tuw.
"Jadi buat masa ni i kena fikirkan pasal kesihatan nenek i dulu.Family i suruh i transfer duit sikit.Masalah nye duit i tak cukup..i bukan nak mintak simpati u...tapi i nak mintak tolong u..boleh tak kalau u pinjam kan duit u sikit kat i.I janji nanti i akan ganti balik"Faris amat berharap cerita rekaan nya menjadi.Aina berkira kira sama ada mahu percaya atau tidak.
"Ermm..berapa?"soal Aina.Faris simpan senyum.
"Err tak banyak..50 ribu je.."jawab Faris.
"50 ribu?!!"terbuntang biji mata Aina mendengar nya.
"Tapi baby..i janji I akan ganti duit u secepat mungkin"janji palsu Faris.
"Urmm..yelah..bila u nak?"soal Aina.
"Paling cepat sebelum pukul 8 malam ni"kata Faris.
"Hah?! cepatnya!! ish ye la yela..nanti i transfer kat u"jawab Aina.
"Dah la..order..i kena masuk ofis lagi nanti"ujar Aina.
"Tapi..baby...i takde duit.."rengek Faris.Aina mengeluh.
"I bayar la nanti"Faris senyum dapat makan free harini.
___________________________
Dalam banyak banyak hari dia bersama Wazir.Hari ini paling membuatkan Dhia happy.Mereka membeli belah di shopping mall.
Membeli oleh oleh untuk ahli keluarga..makan makan..tengok wayang.Dhia memilih baju untuk dirinya.Memilih saiz untuk dirinya.Saiz S diambil.Diletakkan di depan tubuhnya.
"Cantik tak?"tanya Dhia pada Wazir yang sedang menunggu nya.
"Erm..kurang la..saya rasa lagi cantik kalau awak ambik dress hijau ni"cadang Wazir.
Dhia ambil baju yang dihulur Wazir.Malas nak fikir terus Dhia pergi bayar.Sejujurnya..kaki dia sudah sakit tawaf satu mall ni.
"Dah la jom la kita balik kaki saya dah sakit la"kata Dhia mendekati suaminya.Wazir melihat kaki Dhia yang disarung dengan sarung kaki.
"Alaa... shiannye wife hubby..sakit kaki ya..jom kita balik..nanti hubby tolong urut kaki wife ye"ujar Wazir memeluk bahu Dhia.Terbeliak mata Dhia melihat tindakan Wazir.
Dah la masih dalam kedai..perkerja pekerja duk tengok pulak tuh.'Dia ni memang nak kena la'marah Dhia dalam hati.
Mereka berjalan keluar dari butik muslimah.Di kutil lengan Wazir sekuat hati.
"Auchh!! sakit lah wife!"Wazir masih lagi mengusik isterinya.Saja dia berbuat begitu mahu melihat muka merah comel isterinya bila marah.
"Boleh tak jangan ngada ngada..malu lah orang tengok.Satu lagi..tolong jangan gunakan perkataan wife hubby tu boleh tak..geli tau tak"marah Dhia perlahan.
Wazir senyum.Tangannya yang memeluk bahu Dhia dilepaskan.
"Elehh kelmarin dia peluk kita takpe pulak.Suka hati hubby la..mulut hubby bukan mulut wife"ejek Wazir.Dhia terdiam malu dengan apa yang jadi kelmarin.
"Dah la jom balik..hubby pun dah penat ni"ajak Wazir.Masing masing memegang barang masing masing.Ada tangan sendiri kan gunalah.Tak payah suruh orang pegang untuk kita.
sorry gais lambat update.saya ada kerja tadi. tolong jangan lupa doakan saudara saudari kita di Palestine ye. thanks sudi baca!! hope korang enjoyy. saya masih baru tau dalam penulisan ni. sorry kalau ada typo. bye!!
Share this novel
it's ok, dear. i'm appreciated with u. today, ader updatex....kadi tripple ble x
salam subuh my lovely niece. tqvm. lama aunty tunggu tau mlm td. sampai tertidi