Bab 23
Cepat Dhia merampas 'benda' itu ditangan Wazir.Disumbat dalam beg pakaian nya.Merona merah wajahnya.'Kurang asam!'jerit hati Dhia.
Malu Dhia.Cepat cepat dia sumbat saki baki baju dalam beg.Wazir senyum nakal.Dia tahu isterinya malu.
"Tu awak punya ke?"soal Wazir cari pasal.Dhia jeling.
"Habistu takkan awak yang pakai benda alah tu!"marah Dhia.
Beg pakaian nya di zip.
"Ouuu.Takpelah kalau macam tu..saya dah tahulah.."senyuman nakal terbit di bibir Wazir.Dhia jeling tajam.
"Dah takpayah nak mengarut.Bawa turun beg ni.Awak pun keluar sekali"halau Dhia.Wazir bangun.
"Eleh malu la tu,saya jumpa awak punya 'baju' kan"usik Wazir lagi.
"Eiii dah keluarr"Dhia menolak beg nya dan Wazir keluar dari bilik.Pintu ditutup.
"Cepat siap.Saya tunggu kat kereta!"jerit Wazir dari luar.Senyuman masih melekat dibibir.
"Ya!!"balas Dhia dari dalam.Shawl dililit kepala.
______________________________
Aircond dibuka.
"Pap!"tangannya ditepuk.Dhia menutup kembali aircond tadi.
"Kenapa?"soal Wazir.
"Kan saya dah cakap dulu.Jangan bukak aircond..nanti saya pening pastu muntah"balas Dhia.
"Bukak tingkap je"suruh Dhia.Wazir jeling,tingkap dibuka.Kereta mula dipandu ke jalan.Muzik dibuka menghalau kesunyian kereta.
Dhia sibuk membaca novel.Wazir pula fokus pada pemanduan.Masuk waktu Asar Wazir singgah di masjid sebentar.Mereka menunaikan kewajipan disana.
Selesai, perjalanan mereka diteruskan.Dua jam selepas itu kereta Wazir mula masuk ke kawasan kampung.
Dhia angkat kepala sedar akan keadaan sekeliling diliputi dengan kehijauan.
Mengeluarkan kepala dari tingkap.Udara segar dihirup.
Tenang dia rasakan.Novel tadi sudah entah kemana.Wazir senyum melihat gelagat isterinya.
Kaca mata hitam dipakai menyerlahkan lagi ketampanan nya.
Dhia betulkan duduk kembali.
"Kenapa pakai spek?"soalnya.Dalam kampung pun nak pakai spek ke?
"Silau"balas Wazir pendek.
"Ni kampung awak?"tanya Dhia.Wazir hanya angguk.
"Bestnye! Untunglah ada kampung.Mesti setiap kali raya balik kampung kan?!"soal Dhia teruja.
"Hurm.."hanya itu yang dibalas Wazir.
"Bestnye!! Saya takde kampung.Tak dapat nak rasa pengalaman macam tu"cerita Dhia.Sawah padi hijau itu dilihat.Terasa hilang segala masalahnya.
"Saya takde kampung.Yelah atuk neneknya belah umi dan abi semua dah takde.Jadi setiap kali raya tak balik kampung.
Lagipun atuk neneknya saya tak duduk kat kampung.
"Diorang membesar kat bandar"Wazir hanya diam mendengar cerita isterinya.
Dengan udara segar yang masuk dalam kereta membuatkan Dhia merasa lagi tenang.Berkibar pakaian mereka terkena angin.
Sedondon pula pakaian mereka.Wazir memakai t-shirt putih di dalam dan kemeja biru tua diluar tanpa dibutangkan dipadankan dengan seluar jeans hitam.
Dhia pula memakai dress biru tua yang dihias bunga bunga kecil dan shawl putih.Kereta Wazir masuk ke perkarangan rumah kayu moden.
Keliling nya dipenuhi dengan sawah padi yang cantik kehijauan.Kereta dimatikan.Kelihatan seorang wanita tua menunggu mereka diluar rumah.
Dhia mengambil beg ingin keluar namun ditahan.
"Kejap,saya nak cakap sikit ni.Jangan guna panggilan awak saya depan opah nanti tau"pesan Wazir.
Dhia jongket kening.
"Hah? Kenapa pulak?" tanya Dhia pelik.
"Kalau opah dengar nanti dia tak suka"jelas Wazir.
"Pulak? Habistu saya nak panggil awak apa?"soal Dhia lurus.
"Panggil je lah pape pun.Tapi jangan guna awak saya"pesan Wazir lagi.Dhia mengeluh.
Mereka keluar dari kereta.Senyuman diukirkan.Wanita tua itu turut senyum.
"Assalamualaikum opah.Opah sihat?"Wazir menyalami tangan wanita itu.
"Waalaikumsalam sihat."balas Puan Salmiah.Dhia turut salam.Puan Salmiah senyum.
"Ouh inilah bini engkau ya.Cantik"puji Puan Salmiah.
Wajah Dhia dipegang.Dhia terkebil kebil namun senyuman masih dikekalkan.
"Ehh mestilah cantik.Tengok lah suaminya dia"Wazir bangga diri.
Mengeluarkan beg beg mereka dari bonet kereta.
"Eleh.. engkau bukan hensem mana pun"kutuk Puan Salmiah selamba.Dhia menahan dari ketawa.
"Amboii sedapnye kutuk kita.Mentang mentang lah dapat cucu menantu baru dah lupa cucu dia sendiri"rajuk Wazir berjauh hati.
"Ahh suka hati engkau lah.Tua tua pun nak merajuk lagi.Dah Dhia jom kita masuk.Biar dia angkat beg sorang sorang"ajak Puan Salmiah lembut.
Dhia angguk.Mereka masuk ke dalam rumah.Ternganga Wazir dia ditinggalkan sendirian.Diangkat masuk juga beg beg itu kedalam rumah.
______________________________
Air dalam gelas dikacau perlahan.Berkerut dahinya.Baju yang ketat dipakai nya membuatkan lelaki lelaki miang memandang tidak dihiraukan.
"Macam mana aku nak tarik balik perhatian dia dekat aku eh?"soal Nadia sendirian.
"Cantik sangat ke bini dia tuh? Tah tah kena paksa kahwin"teka Nadia sendiri.
"Takkan la Wazir boleh lupakan aku semudah tu je kan.Baru 2 bulan kot.Mustahil lah!!"
"Dia kan saaayang gila dekat aku.Kalau aku goda dia sikit mesti dia balik dekat aku balik kan.Wazir mesti tak boleh lupakan aku lagi..."terliuk liuk badannya menggedik.
"Sayang..wait for me...i akan balik pada u semula"ujar Nadia dengan senyuman meleret.Dia bangun keluar dari restoran.Ingin pulang.
Sedang dia berjalan menuju ke kereta.Lengan nya direntap kasar.
"Ahh!"terkejut dia melihat wajah bengis Faris didepan nya.
"Bagi aku duit!!"jerkah Faris kasar.Dah berapa hari dia asyik kalah je main judi.
"I mana ada duit!"jawab Nadia menarik lengannya dari dipegang.
"Kau tak payah tipu aku lah.Aku tahu kau dah baik dengan family kau kan.Mesti ada duit punya!!"
"I takde lah! Takde!! Tak paham ke?!!"marah Nadia merentap lengannya.
"Hei pompuan!! Kau jangan nak tipu aku lah!! Aku bukannya bodoh!! Bodoh!!"rambut Nadia kini menjadi mangsa.Ditarik rambut perang itu.
"Arghh!! Sa..sakit"rintih Nadia.
"Kalau kau taknak sakit.Kau bagi aku duit sekarang!!"jerkah Faris.
Terketar ketar tangan Nadia mengeluarkan duit dari begnya.Dihulurkan duit pada Faris.Duit diambil kasar.Faris tersenyum sinis.Rambut Nadia dilepaskan.
"Ha..ada pun.Nanti aku datang lagi ye sayang"Faris mencuit dagu Nadia.Nadia melarikan mukanya.Faris senyum sinis lalu beredar.
Nadia melihat keliling.Habis orang tengok dia.
'Arhh malunya aku.Ni semua pasal jantan tak guna tu lah!! Jahanam!!'marah Nadia dalam hati.
Dia berlari ke kereta sambil menunduk kan kepala.Malu!!
_____________________________
"Duduklah"jemput Puan Salmiah mengambil tempat di kerusi.Dhia senyum duduk di kerusi.
Wazir yang baru selesai mengangkat beg turut duduk disebelah Dhia.
Dhia menjarakkan jarak antara mereka.
'Dia ni kan selalu duduk dekat.Tahulah nak suruh nampak mesra bahagia tapi janganlah over sangat.Tak selesa aku dibuatnya!'rungut hati Dhia.
"Diorang bila datang sini?"soal Puan Salmiah.Terkebil kebil Dhia tak paham.Sapa??
"Erm..ibu cakap insyaallah malam esok diorang sampai"jawab Wazir.
"Hurm takpelah kalau macam tu.Ni korang dah solat Asar belum?"tanya Puan Salmiah lagi.
"Dah opah"balas Dhia dengan senyuman.
"Ha baguslah.Korang pergi lah berehat dulu.Mandi dulu ke.Malam ni kita sambung borak"suruh Puan Salmiah.
"Dhia buat macam rumah sendiri je ya"kata Puan Salmiah lembut.
"Okey"Wazir pula yang menjawab.
"Aku tak cakap dengan engkau lah"
"Laaa..yeke?"
"Ish susah kalau bercakap dengan orang yang pekak nih"rengus Puan Salmiah bangun meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
Dhia tertawa kecil.Wazir menjeling isterinya disebelah.
"Amboi happy nampak"perli Wazir.Dhia buat bodoh je.
Wazir bangun ingin masuk ke bilik.Dhia turut ikut.Wazir berhenti ingin memulas tombol pintu.Berpaling ke belakang.Terkejut Dhia nasib baik tak terpeluk macam haritu.
Wazir senyum.
"Tadi..saya dah angkat beg kan"soal Wazir.Dhia hanya angguk.
"Jadi..sekarang awak bawak la beg tu masuk bilik"suruh Wazir.
Dia meloloskan diri ke dalam bilik.Seperti biasa Wazir berbaring di atas katil melepaskan lelah.Ternganga Dhia dibuatnya.Namun diturunkan juga arahan suami.
Tak buat kang dosa pulak.Beg diletakkan di tepi almari.Dhia duduk di kerusi meja solek.Dikerling Wazir di atas katil. 'Aih dah lelap dah.Penat sangat ke?'.Shawl putihnya dibuka.
Dhia bangun dan duduk di tepi Wazir yang dah lena tu.
"Wazir..bangun"kejut Dhai perlahan.Tapi jangan harap suaminya nak bangun kalau sekadar kejut macam tu.
Takkan nak jerit macam haritu.Ni kan rumah orang kalau opah dengar macam mana?
'Eish dia ni lah tidur mati betul!!'marah hati Dhia.
Dhia senyum.Bantal diambil dan memukul suaminya berkali kali.
"Wazir bangunnnn"kejut Dhia lagi.Tangannya masih bekerja keras memukul badan Wazir.
Terpisat pisat Wazir membuka mata.Dhia senyum,bantal diletakkan di tempat asal.Wazir jeling.
"Nak apa?"soal Wazir.
"Tak eloklah tidur lepas Asar"kata Dhia.Wazir kembali menutup mata.
"Wazir!!"lengan Wazir digoncang kuat.Terbuka luas mata lelaki itu.
"Ya ya tak tidur!"Wazir angkat tangan tanda mengalah.Dhia senyum.
"Okeh kalau macam tu...bilik air kat mana?"soal Dhia.
"Sana"tunjuk Wazir ke arah jendela.Dhia bangun menjenguk di sebalik jendala.Ada sebuah bilik air jauh sedikit di luar rumah.
Berkerut dahi Dhia.'Takkan mandi sana kot'desis hati Dhia.
"Ma..mandi sana ke?"soal Dhia.
"Hurm"leka Wazir bermain telefon.
"Err..awak tak nak mandi?"tanya Dhia.Wazir senyum melihat Dhia.
"Awak nak ajak saya mandi sekali?"kening lebat nya dijongket.Laju Dhia geleng.
"Haishh! Bukan lah.Tak..takde la mana tau awak nak mandi dulu ke"ujar Dhia menunduk wajah.
Sebenarnya dia nak tengok selamat ke tak mandi kat tandas tu.Dah la kat luar.Buatnye ada orang intai.Tak ke naya.Dah la nak masuk Maghrib dah ni.
Wazir kembali memetik telefon.
"Tak.Pegi lah mandi dulu.Jap lagi saya mandi lah"balas Wazir.
Terasa berat punggung Dhia nak bangun.Tudung sarung dipakai.Tuala dililit dileher.Perlahan lahan dia melangkah keluar bilik.
Dah macam rusa masuk kampung lagaknya.Terjenguk jenguk kiri kanan.Dhia berdiri jauh dari tandas usang tu.
"Eii..betol ke ni mandi sini.Dah macam nak roboh je.Dah la takde bumbung.Kalau berak ni habis merebak bau.Eiiii "lengan digaru garu pedih akibat nyamuk.
Dhia berjalan ke depan sikit.Cuba membuka pintu tandas.Baru sedikit dia menarik perlahan pintu sudah...
Kriukk!
Dhia tersentak.
'Mampos! macam mana ni??! Apa nak buat ni?! Kalau tercabut pintu ni macam mana aku nak mandi!! Halahhh!'jerit hati Dhia.
"Family dia kan kaya.Kenapa tak buat tandas baru?! Tandas yang dah antik ni jugak nak guna!! Macam mana niii?!"jerit Dhia perlahan.
"Dhia.."ada suara berbunyi di belakang membuatkan Dhia terkaku.Perlahan lahan dia memalingkan muka.
"Ouh opah!"lega Dhia..ingatkan makhluk mana tadi.Senyuman diukir.
"Kau buat apa dekat situ"soal Puan Salmiah.
Dari tadi lagi dia melihat cucu menantu nya terjenguk jenguk di situ.
"Err nak mandi lah opah"balas Dhia.
Puan Salmiah kerut dahi.
"Nak mandi?"soalnya pelik.Laju Dhia angguk.
"Kenapa nak mandi situ.Tu tandas jaman dulu.Dah tak boleh pakai dah"jelas Puan Salmiah.
Hilang senyuman Dhia.
'Kurang asam punya laki!'marah Dhia.
"Err.."
"Ni mesti budak tiga suku tu kan suruh kau mandi kat sini"faham maksud Puan Salmiah,Dhia angguk.
Puan Salmiah menarik nafas.
"WAZIR ADHA!!"jerit Puan Salmiah.Wazir yang syok ketawa mengintai isterinya tadi menelan air liur.
Laju dia lari ke pintu dapur.
"Ye opah"muka selamba dibentuk seolah tiada apa berlaku.
Puan Salmiah bergerak ke arah Wazir.Dhia turut ikut dibelakang.Memandang tajam wajah sang suami.
Tangan Puan Salmiah menjalar naik ke telinga kiri cucunya.Dipiat sekuat hati.Terkejut si Wazir.
"AAAAAAA sakit opah!"jerit Wazir.Dhia senyum menahan tawa.
"Kenapa kau suruh bini kau mandi kat sana? Kat situ dah bersemak samun dah.Kan bahaya dia tu perempuan.Lagipun kau tau kan tandas tu dah tak boleh guna!!"marah Puan Salmiah melepaskan telinga Wazir.
"Alaa gurau je"telinga nya terasa panas digosok.
"Eleh gurau.Huhh!!"Puan Salmiah masuk ke dapur.
Dhia turut ikut.Sengaja di langgar bahu Wazir dengan muka toya.Wazir jeling.Dia menutup pintu dapur.
Telinga nya masih panas digosok laju berjalan ke bilik.
_____________________________
Buat pertama kalinya sepanjang perkhawinan mereka,mereka solat berjemaah.Solat Maghrib dan Isyak di imamkan oleh Wazir dan Dhia menjadi makmum nya.
Selesai mengaminkan doa,Wazir yang memakai kurta dan kain pelikat berpusing menghadap Dhia.Sejuk hatinya melihat wajah Dhia lengkap bertelekung itu.
Tangannya dihulurkan.Dhia jongket kening.Buat buat tak paham.
"Salam lah"suruh Wazir.
Lambat lambat Dhia menyambut tangan Wazir.Tangan kasar itu disalam dan cium.Dadanya berombak laju tidak dipedulikan.
Wazir merasakan sebuah perasaan bahagia menjalar dalam diri.Memegang erat tangan Dhia yang ingin menarik kembali selepas salam tadi.
Dhia tercegang.Wazir merapati Dhia.Dia merenung tepat mata si isteri.
"Saya nak tanya sikit"ujar Wazir matanya masih tidak berganjak.
Dhia jongket kening.Tak mampu nak bercakap disaat dadanya sudah mahu pecah ni.Berdegup kencang gila.
'Uihh bahaya ni.Aku rasa dah naik sejuk dah tangan aku ni!'bisik hati Dhia.Wazir senyum manis.
"Apa perasaan awak dekat saya?"soal Wazir dengan tone suara yang tersangat lembut.
Dhia terdiam!!
sorry gais lama tak update. sorry kalau ada typo jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. enjoy!! bye!!
Share this novel