Bab 20

Drama Series 37011

Bab 20

Zahil datang bilik Wazir seperti biasa.Wazir memusing kerusi ke depan dengar derapan kaki masuk ke biliknya.
"Kau dah kenapa?"Wazir jongket kening.
"Kenapa apa?"soal Zahil kembali.

"Ye la,asal muka macam tu?"
"Macam mana?"
"Eee kau ni kan.Kenapa muka tu tak macam selalu.Selalu senyum je"jelas Wazir.
"Harini?"soal Zahil.

"Harini macam kurang sikit senyuman kau tu"
Zahil mengeluh berat.
"Semalam aku dinner dengan adik kau"beritahu Zahil.
"Aina?"Zahil angguk.

"Aku adelah propose dia.Tapi dia tolak"cerita Zahil.
"Kenapa?"Wazir kerut dahi.Dia sudah tahu perasaan Zahil terhadap Aina.Zahil sendiri yang memberitahu dirinya.

"Dia cakap dia dah ada someone special dalam hidup dia.Aku tahu benda tu.Tapi hati aku tetap degil.."keluh Zahil.Wazir hanya diam mendengarkan cerita sahabatnya.

"Tapi bro..Aku bukan nak burukkan keadaan.And aku rasa Aina tak tahu yang aku tahu pasal benda ni"kata Zahil memandang sahabatnya.
"Apa??"wajah Zahil dipandang serius.
"Haritu..masa aku keluar pergi lunch.."

# flashback #

Zahil keluar dari restoran.Langkah kaki dihayunkan ke kereta memandangkan waktu lunch hampir tamat.Tiba tiba sosok tubuh yang sangat dikenali keluar dari Bank ATM.

'Aina!!'jerit hatinya.Cepat cepat disorokkan tubuhnya tidak mahu tertangkap.Dia menurunkan sedikit kaca hitamnya.Tajamkan telinga mendengar ayat ayat yang keluar dari gadis yang membuat panggilan telefon itu.

"Hello u,i dah transfer duit tu kat u.Nanti u check la.Tapii janji dengan i yang u akan ganti balik duit i.U tahu tak dengan 50 ribu tu dah macam macam i boleh beli.Promise me tau,u bayar balik.Yelahh.Sama sama.Dah la i kena balik ofis ni.Okey bye"Aina turun tangga dan masuk keretanya.

Zahil terpinga pinga.'50 ribu? Buat apa sampai 50 ribu??'soal hatinya.

# end flashback #

"50 ribu?!!"soal Wazir terkejut.Sungguh dia terkejut.50 ribu bukan satu amaun yang kecil.
"Haah.Dan aku syak duit tu untuk boyfriend dia.Takkan lah dia cakap i u,i u dengan kawan dia kan.Dengan Husna pun tak macam tu kan.Dengan ibu dia lagi lah"jelas Zahil

Wazir masih lagi berfikir fikir.
"Tapi aku tak tahulah.Itu aku punya firasat je.Baik kau tanya Aina betul betul dulu"cadang Zahil.Wazir angguk setuju.

Ting!! mesej masuk ke telefon Wazir.Diambil telefonnya.Mesej dibuka.

Assalamualaikum,awak saya nak pergi lunch dengan Anis boleh tak?.-Dhia

Waalaikumsalam,hurm..pergilah.-Wazir

Okey tenqiu hubby!!-Dhia

Welcome.-Wazir

Wazir tersenyum senyum.
'Eleh panggil jugak aku hubby.Hari tu cakap geli'kata hatinya.

"Ehem ehem.Hormat sikit orang yang single ni.Tahu lah bini yang text,tapi cover lah sikit senyum tu.Aku ni single lagi tau.Jealous pulak aku"kata Zahil

Wazir tergelak besar.Telefon ditutup.Meja dikemas sedikit.Digengam kembali telefon.

"Dah la kau.Jom lah pergi lunch"ajak Wazir menepuk bahu Zahil.Mereka keluar dari bilik Wazir.Melangkah keluar untuk mengisi perut.
________________________________________________

Selesai makan.Minuman didepan nya disisip.
"So,macam mana kau lepas kahwin ni?"soal Anis ingin tahu.Dhia mengangkat kepala.
"Biasa je"balas Dhia selamba.Minuman disisip perlahan.

"Hah? Biasa je?? Takkan tak berubah pape pun?"soal Anis lagi.Dhia berfikir sejenak.
"A..ade la.Berubah sikit je"jawab Dhia.
"Apa yang berubah??"

"Aku selalu sakit hati!"balas Dhia geram
"Aduh apasal pulak?"Anis tertawa kecil dihujung ayat.
"Dia tu selalu cari pasal dengan aku tau.Sakit hati betol!"Dhia memeluk tubuh.

Anis gelak.
"Ni aku nak tanya kau.Kau benci dekat dia ke??"soal Anis.Anis terlalu ingin tahu tentang hal ini.Dhia menjatuhkan tangan dari memeluk tubuh lagi.Dia berfikir.

"Hurm..benci? A..aku tak rasa yang aku benci dia kot"kata Dhia.
"Yeke?? kau jangan main main.Dah banyak tau kes yang jenis mula mula benci pastu sayang"Anis mengingatkan.

"Kes dekat mana yang banyak tu??"soal Dhia.
"Ade la..Aku tengok drama,baca novel..dah banyak macam tu tau"ujar Anis sungguh sungguh.Dhia menepuk dahi.

"Aduhh kau ni kan.Tak padan dah kahwin tapi otak masih budak budak"kutuk Dhia depan depan.Dia dan Anis memang suka kutuk mengutuk sesama mereka.

"Ehh betol lah aku cakap.And aku sure kat realiti pun ada!"Anis masih menegakkan kata katanya.

Dhia membuat muka menyampah.Malas nak fikir.Buat semak otak je.Anis menjeling.Dah kenal sangat dengan Dhia.Dhia melirik jam ditangan kanan nya.

"Eh,waktu lunch dah nak habis la.Jom lah pegi.Aku banyak kerja ni.Stok baru masuk"kata Dhia.

"Hurm yelah"mereka mengambil beg dan bersedia untuk pergi selepas selesai membuat pembayaran.Sampai ditempat kereta,mereka berpelukan.Kebetulan pula parking mereka bersebelahan.

"Nanti kita jumpa lagi tau.Jaga diri"pesan Anis.
"Kau pun sama tau"balas Dhia.Anis angguk.Mereka masuk kereta dan pergi ke detinasi masing masing.
________________________________________________

"I nak u ceraikan i!!!" jerit Nadia kuat melempar bekas plastik tepat terkena pada sasaran.Dia sudah tidak tahan hidup miskin.Faris malas kerja.Asyik berjudi pulak tu.

Takde duit mintak dekat dia.Kalau takde kena pukul.Apa? ingat dia anak patung?Boleh tumbuk sesuka hati je??

Sudah lah dalam perutnya ada nyawa kecil.Dia juga tidak bekerja.Erghh memang tak la dia nak kerja.Buat penat je.Selama ni pun dia guna duit simpanan dia aje.

Dia ingin bercerai.Dia ingin kembali pada keluarganya.Keluarga yang mempunyai segala galanya.Yang mempunyai kemewahan yang boleh menyenangkan hidupnya.

Janji keluarganya jika ingin kembali pada mereka,dia perlu bercerai dengan lelaki itu.
Dia berkahwin dengan lelaki itu supaya orang tidak mengata dia mengandung anak luar nikah.

Jika dia bercerai pun tidak menjadi masalah.Dia kan dah kahwin so tak pelik lah.Janda pun janda lah ada dia kesah?

"Aduh!!"tengah sedap sedap Faris menonton televisyen.Tiba tiba ada bekas plastik mendarat di kepalanya.Di pandang tajam isterinya.

"Sakit lah bodoh!!"jerkah Faris.Menarik rambut panjang Nadia.

"Arhhh..sa..sa..sakit"Nadia memegang tangan Faris yang menarik rambutnya.

"Ape? Ape kau cakap tadi? Aku tak dengar lah.Boleh ulang sekali lagi?"suruh Faris.

Tangannya makin kuat menarik rambut isterinya.
"I..i..n..nak..u..ce..ceraikan i"payah untuk Nadia bertutur dalam keadaan mendongak.

"Huh!!"Faris melepas kasar tarikan rambut Nadia.Nasib baik tak tercabut rambut si Nadia tu.Lega Nadia.

"Bagus lah.Aku pun dah tak nak hidup dengan kau.Apa kau ingat aku teringin sangat ke dengan kau hah?! Pergi mampos lah!!"tengking Faris.

Nadia tersenyum sinis.
"Huh! Jadi u tunggu apa lagi?! Ceraikan lah i sekarang!!!"jerit Nadia kuat.

"Dah la hidup atas duit orang! Tak tahu malu!!"bidas Nadia.

Tercabar ego Faris rasa dengan kata kata Nadia.
"Ok fine kau nak aku ceraikan kau sangat kan?!"soal Faris.

"Yess!!"jawab Nadia membesarkan mata nya depan Faris.Sungguh dia tidak sabar untuk keluar dari kesusahan.

"Ok,NURUL NADIA ASYIKIN BINTI MOHAMAD BUKHARI,AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK TIGA!!"lafaz Faris.Setitik dua terpercik air liurnya di muka Nadia yang dekat dengannya itu.

"Good! Very good! Bagus lah u bagi talak tiga.Tak payah kita rujuk lagi!!"kata Nadia.

"Heh memang tak lah aku nak rujuk dengan kau.Orang yang bodoh je akan kahwin dengan janda macam kau ni"ditunjal tunjal kepala Nadia.

Nadia menepis tangan Faris.Dia masuk ke bilik, mengambil beg pakaian yang sudah disiapkan awal awal.Faris hanya melihat.

"Huh! I nak keluar dari rumah puaka ni!"ujar Nadia memikul beg nya di depan pintu rumah.

"Keluar lah! Keluar!"halau Faris menutup pintu rumah dengan kuat.Terhenjut bahu Nadia.

Tanpa mempedulikan lelaki itu lagi,dia pergi dari itu dengan beg pakaiannye.
________________________________________________

Buat kali pertama dia memasak untuk Wazir.Selama ni masing masing makan di luar,jadi balik rumah terus buat kerja sendiri.Hari ini Dhia masak makan malam untuk sang suami.

"Macam mana? Sedap tak?"soal Dhia berdebar.

Berdebar Dhia menunggu komen dari Wazir yang merasa asam pedas ikannya.Yelah takut tak kena dengan selera dia.Berkerut kerut muka Wazir.

"Kenapa? Tak sedap ke?"tanya Dhia laju melihat muka Wazir berkerut.

"Tak..tak..bukan tak sedap...cuma.."
"Uhuk! Uhuk!"batuk Wazir belum sempat habiskan ayatnya.

Cepat cepat Dhia menghulurkan air padanya.Laju dia meneguk.Dhia memuncung sedih.Masakannya tak sedap.

Wazir perasan muncung isterinya bersuara.
"Bukan tak sedap lah..cuma awak buat pedas sangat.Saya tak boleh makan pedas"jelas Wazir mengembalikan senyuman di bibir Dhia.

"Ye ke?!"tanya Dhia ceria.Wazir hanya angguk.
"Baguslah kalau macam tu.Nanti saya tak buat pedas dah"janji Dhia senyum.Happy dengan masakannya berjaya.Wazir senyum meneruskan makan.Dhia turut makan.

Selesai makan,Dhia mengemas meja.Dia mengangkat pinggan pinggan yang digunakan tadi ke singki.Diletakkan disebelah Wazir yang sedang membasuh tangan.

"Nah"ujar Dhia.

Wazir jongket kening.Tak paham.Dhia senyum meleret.

"Basuh la pinggan ni.Suami isteri kenalah saling tolong menolong.Takkan lah nak harap isteri je kan buat kerja rumah.Lagipun kan saya dah masak..awak basuh laa"beritahu Dhia.

Tanpa sempat Wazir membalas kata katanya dia sudah berlari anak naik ke bilik.Wazir mengeluh,diambil juga pinggan pinggan tadi dan basuh.

Nasib dia lah.Nak buat macam mana kan.
HAHAHAHAHA shiann.

enjoy gais!! jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. sorry kalau typo. bye!!

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-06-03 07:45:15 

morning dear. dh 2days, u x uodate. are u, ok...dear

YAZNI-ERNIE
2021-06-02 17:43:55 

ok, dear

YAZNI-ERNIE
2021-06-02 17:22:15 

oookkk....muss u, dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience