Bab 14

Drama Series 37011

Bab 14

Dari dalam perjalanan sampai lah sekarang dah sampai hotel masing masing diam.Tak bercakap sepatah pun.Wazir pergi check in,Dhia hanya memerhati satu kunci bilik ditangannya.

"Eh,saya tak nak satu bilik dengan awak"tegur Dhia pada Wazir yang menarik bagasi bagasi mereka.Wazir berhenti melangkah,berpaling menghadap Dhia.

"Tak nak sebilik dengan saya?"soal Wazir.
"Tak nak"geleng Dhia lurus.

"Kalau macam tu pergi check in bilik sendiri!"terus dia melangkah ke lif dengan menarik bagasinya sahaja.

Terbuntang biji mata Dhia dia ditinggal sendiri.
"Eleh! marah aku lagi lah tu!"bicara Dhia sendiri.Di kejar Wazir yang dah masuk lif.

'Fuh nasib baik sempat'lega Dhia dalam hati.

Bagasinya diletakkan di antara dia dan Wazir,dijeling tajam pada lelaki itu.Wazir hanya bersahaja membuat muka macam takde apa yang berlaku.

"Ting!!' pintu lif terbuka.Cepat cepat Dhia meluru keluar dengan bagasinya dulu.

Terus menuju ke bilik mereka.Tapi, dia lupa kunci bukan dengan dia.Dilihat langkah lambat Wazir berjalan.

'Dah macam slow motion..saje lah tu nak kenakan aku'marah Dhia dalam hati.

Wazir membuka kunci bilik.Masuk je dia dalam bilik dihempas kuat pintu bilik dan kunci.
Buat buat lupa isterinya di luar.

"Eii dia ni saje ni nak buat aku naik angin tau"marah Dhia.

Diketuk kuat pintu bilik itu.Tak kesah lah orang lain nak marah pun.Yang penting hatinya yang sedang membara ni.

"Open the door!!"jerit Dhia kuat.Di ketuk berkali kali namun masih tidak terbuka.Tetiba pintu dibuka dari dalam..terpeluk Wazir dihadapannya.

Bau wangian perfume yang menusuk hidung menyedarkan Dhia.Terus dia membetulkan kedudukan nya.Dikawal riak gelabah nya.

"Dah terdesak sangat ke?"soal Wazir muka tak berperasaan.

Wazir duduk di atas katil.Tinggal Dhia di muka pintu.
"Kurang asam"gumam Dhia.Pintu bilik ditutup.

"Saya rasa awak ni salah bilik lah"ujar Wazir memandang Dhia.Berkerut dahi wanita itu tak faham.

"Ye lah..tadi kan awak kata tak nak sebilik dengan saya.Tapi kenapa awak ikut saya jugak?"sindir Wazir.Dhia buat bodoh je.

Wazir bangun bersiap untuk keluar,sengaja tidak mengajak Dhia sama.

Dhia tahu suaminya nak keluar jalan jalan tapi malas lah dia tegur nanti bergaduh jugak nanti,baik dia baca novel.Hurm masing masing ego.
_______________________________

Sedang dia menikmati minum petang di restoren,hujan turun dengan lebatnya dilihat dari cermin lut sinar restoren mewah tu.

Dah la tempat dia duduk ada aircond.
Sejuk menggigil dirasakan terutamanya jari jemari nya.

Wazir bangun meninggalkan restoren.Dalam perjalanan pulang,hujan makin lebat badannya terasa sangat sejuk.

Pintu bilik dibuka dan ditutup,diselubung badannya dalam selimut dari kaki sampai kepala.Dhia yang leka baca novel tidak berpaling memandang suaminya yang dah terketar ketar tu.

Beberapa minit kemudian,baru Dhia perasaan suaminya sudah pulang.'

Apa berselubung macam tu..berlakon mati ke??..eleh dah la tak ajak aku keluar tadi!!..padan muka Tuhan bayar cash..hujan lebat masa kau keluar sorang sorang tadi!!'gumam nya dalam hati melihat tubuh Wazir dalam selimut tu.

Tidak peduli akan suaminya,disambung kembali membaca novel.Azan Maghrib menyedarkan Dhia yang masih leka membaca novel.

Bergegas dia pergi mandi.Keluar bilik air Dhia menepuk dahi.Lupa pula kejutkan suaminya.Digoncang sedikit badan Wazir yang masih di baluti selimut.

"Bangun.."Wazir masih lena.

Makin kuat digoncang badan Wazir.
"Bangunn!!"suaranya turut kuat.Masih tidak sedar suaminya.Kali ni ditepuk badan Wazir kuat.

"BANGUNNN!!"jerit Dhia di telinga Wazir.Wazir membuka mata perlahan lahan.Kepalanya terasa pening dan berat.

'Bangun pun kau'lega Dhia.
"A..apa?"soal Wazir bersuara serak.

"Dah Maghrib la bangun solat"jawab Dhia.Telefon dibuka ingin memesan grabfood malas untuk keluar makan.

Tanpa menjawab apa apa,Wazir bangun mandi serta ambil wudhuk.Makin menggigil badannya terkena air.Solat Maghrib dikerjakan penuh kushyuk.

Dhia yang perasan badan suaminya menggigil mengerutkan dahi.

'Dah kenapa dia ni?'soalnya dalam hati.

Usai solat,Wazir duduk kan tubuh nya yang lemah di birai katil.
Dipicit picit kepalanya yang berdenyut kuat sambil mata tertutup.

Pesanan makanan yang di pesan Dhia sudah sampai.Sementara Wazir mengerjakan solat Isyak..Dhai menghidangkan makanan.

"Nak makan?"soal Dhia pada Wazir sejurus Wazir selesai menunaikan solat.

"Tak nak"balas Wazir pendek.Dibaringkan tubuhnya atas katil.Dia rasa betul betul lemah dan tak larat nak buat apa apa dah ditambah pula kepalanya makin kuat berdenyut.Dia tertidur.

"Ook"Dhia menikmati makanan seorang diri.Selesai makan..Dhia melangkah ke arah suaminya.

'Mimpi apa sampai berkerut dahi ni?'soalnya dalam hati.

Disentuh dahi Wazir lembut.'Panas!!'jerit hati Dhia.

"Lah..kenapa tak bagitau aku kau demam?"soal nya sendiri.
"Patutlah muka pucat..badan menggigil je aku tengok..aishh".

"Kau tunggu jap..aku pergi beli ubat"ujar Dhia seolah olah dia sedang bercakap dengan Wazir.

Dhia bersiap ala kadar.Dia turun ke farmasi membeli ubat demam.Sempat juga dia singgah membeli bubur.

Disiapkan bubur dalam mangguk.. diletakkan di atas meja sisi katil bersama ubat.

"Wazir.. bangun..awak demam ni"kejut Dhia lembut walaupun tangannya menggoncang kuat badan suaminya.

Nasib baik Wazir bangun..kalau tak jenuh dia perlu kejut seperti tadi.Wazir bangun bersandar di kepala katil.Kepalanya masih sakit dan berdenyut.

"Nah,makan bubur ni dulu lepas tu makan ubat"ujar Dhia lembut.Disuakan bubur ke mulut pucat Wazir namun lelaki itu menggeleng tidak mahu.

"Lah..makan la sikit..nanti badan takde energi tau"pujuk Dhia lembut.Di layan Wazir seperti kanak kanak.Habis semangguk bubur ayam dia suap.

"Okeh..minum air sikit"suruh Dhia.Wazir hanya menurut.

"Okey..masa untuk makan ubat"kali disuakan ubat demam ke mulut Wazir.Tapi ditolak sekeras kerasnya oleh Wazir.

"Awak tau tak? saya pun tak suka makan ubat tapi kalau dah teruk saya makan je.Awak pula? Dah panas macam ni pun masih taknak makan ubat..habistu macam mana nak sihat"bebel Dhia.

Wazir menyambut juga akhirnya ubat yang disua Dhia lagi sekali.Di minum air putih menghilangkan rasa pahit.

"Okehh..good boy..sekarang dah boleh tidur"ujar Dhia ceria.Air yang tersisa di bibirnya dilap oleh jari Dhia.Terbit rasa bahagia di hatinya Dhia melayani nya sebegitu.

Dia memang jenis mudah sakit tapi susah nak sembuh lagi lagi dengan dirinya yang tidak mahu makan ubat.Wazir senyum bahagia.

Dhia mengemaskan selimut yang menutupi tubuh Wazir.Di menutup aircond dan menutup lampu.Dia turut berbaring disebelah Wazir.Masing masing terlena.

gais sorry kalau ada typo. tenqiu sudi baca karya saya. jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. enjoyyy!! bye!

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-05-28 23:11:26 

ermmm.i'm, ur aunty kan...don't forger it, dear

YAZNI-ERNIE
2021-05-28 22:21:37 

hi my lovely niece. mlm ni ader update x. aunty dr pagi lg tertunggu, u.

YAZNI-ERNIE
2021-05-27 23:53:38 

ki ki ki


NovelPlus Premium

The best ads free experience