Bab 1

Drama Series 37011

Bab 1

Bumm!!

Terdorong dia kedepan sipi sipi je nak kena stereng kereta.'Aihh sapa pulak dah yang langgar kereta aku nii?!!'marahnya dalam hati.Keluar dari kereta dengan hati yang panas menjadi luluh melihat kereta kesayangannya calar teruk.

Nasib baik tengah lampu merah
"Assalamu..a..laikum cik..ma..afkan saya,
s..s..saya tak sengaja". Takut takut pemuda itu berkata melihat wajah garang wanita itu tadi.

"Mata awak letak mana?!" suaranya masih diperlahankan volumenya cuma kedengaran tegasss.Dibesarkan mata melihat makhluk yang telah merosakkan moodnya.

"Maaf..ermm macam ni..nak gaduh pun tak guna..lagipun kejap lagi lampu hijau dah..nah cik ambik dulu kad ni..nanti call saya ya..kita settle semua nanti..boleh?"pemuda itu cuba mententeramkan gadis bertudung itu.

'Bila difikirkan balik..betul juga..lagipun benda dah jadi hurmm'
"Baik!! nanti saya akan call awak.. TAPII!! jangan. tak jawab pulak!! saya saman awak nanti!!"katanya berbaur ugutan.

Pemuda itu simpan senyum melihat ugutan gadis itu.
"Okey saya janji" terus wanita itu masuk kembali ke dalam keretanya memandangkan lampu sudah bertukar hijau.

________________________________________________

Selesai makan malam..Wazir duduk di ruang tamu rumah ibunya.Fikirannya masih memikirkan kisah tadi.Gadis itu seperti pernah dia lihat.

"Woii kau pehal mengelamun macam ni?? Haa aku tahu..ni mesti dah ada awek kn!!"sergah Azim dengan serkap jarangnya.Abang sulongnya itu memang tak pernah senang tengok dia rehat..konpem nak kacau je kerjanya.

"Memandai jer kau..takde makna ahh"dipukul lembut abangnya dengan bantal.Azim hanya tersengih.
"Eh Waz, kau tak pernah terfikir nak cari awek ke?? kesian ibu ngan abi nak menantu?"soal Azim.

"Buat apa? Kak Lisa kan dah ada..okey lah tu"balas Wazir selamba.
"Woi mangkuk!! tu bini aku..cakap pasal bini engkau lahh!!"disekeh kepala adiknya.
"Adoii sakitlahh"
"Padan muka..orang tanya betul betul jawab main main".

"Aku rasa belum masanya nak cari bakal isteri la"mereka kembali ke topik asal.
"Belum masanya? maksud kau?"
"Yela belum masanya..aku masih muda kot"jelas Wazir.
"Muda? 26 tahun kau cakap muda?!..Wei orang 26 tahun dah ada anak sorang tau"jelas Azim.

"Tu orang ...bukan aku"tegas Wazir.
"Eii gerammm aku ngan kau ni!! cakap memang tak pernah nak serius..macam cakap ngan beruk!!"geram Azim disekeh kepala Wazir kuat.
"Beruk?..kau cakap aku beruk?!!"terkejut Wazir dia disamakan dengan beruk.

"Haah!! Kau dengan beruk sama je 2 × 5"balas Azim membaling bantal pada Wazir lalu terus melangkah naik ke biliknya.Hilang kelibat Azim tadi membuatkan Wazir terpikir..kata kata abangnya tadi.
________________________________________________

Kad di tangan di belek belek..masih berkira kira mahu call atau pun tidak.'Kenapa Aku rasa macam pernah tengok dia ehh?'soalnya dalam hati.
"Dhia kad sapa tu?" muncul Anis disebelahnya mengecutkannya.Anis tersenyum sumbing.
"Ni kad orang yang langgar kereta aku tadi"terang Dhia.
"Ouhh nak tengok..Wow!! weih.. MUHAMMAD WAZIR ADHA BIN MOHAMMAD SAIFUL..COO SUNRISE HOLDING!!!"jerit Anis.

Tergelak kecil dia melihat sahabatnya itu.
"Haah aku tau" balas Dhia pendek.
"Kau dah call dia ke belom?" soal Anis.
"Belum dah malam ni esok je la aku call"
"Okey..tapi kn kalaulah dia jadi jodoh kau kn best..masing masing kaya..fuhh senang hidup!!"gelak Anis dihujung ayatnya.

"Erghh memang tak la aku nak kahwin"balas Dhia selamba lalu meninggalkan sahabatnya sendiri di ruang tamu.Bilik dituju untuk tidur.

korang sorry sangat lama menyepi.sorry sangat jangan marah tau.btw KDK nak continue balik tapi ada masalah sikit menyebabkan outhor terpaksa unpublished dan publish semula.so insyaallah korang akan baca KDK bab 1 balik.harap korang tak marah outhor.harap korang sudi nak baca karya outhor yang tak seberapa ni.harap jugak korang masih sudi nak sokong KDK. Terima kasih *sorry kalau typo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience