Bab 17
Rumah teres dua tingkat itu dipandang.Kawasan perumahan yang selamat.Ada pondok pengawal.
"Angkat lah barang barang ni duk berdiri tegak tu buat apa? Nyanyi lagu Negaraku?"sindir Wazir.
Wazir mengeluarkan barang barang Dhia dari bonet kereta.Dhia menjeling.Diambil barang barang yang sudah Wazir keluarkan di bawa masuk ke dalam rumah.
"Apa benda yang awak bawak ni? Banyak sangat lah.Dah macam nak pindah pergi London"bebel Wazir.
"Eh eh,biasalah perempuan banyak barang keperluan dia.Ada tudung,ada kasut,ada baju,ada seluar,ada.."
"Dah dah tak payah membebel.Angkat barang barang awak yang banyak ni"arah Wazir memotong percakapan Dhia.
Wazir melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh eh nak gi mana tu?? Tolong la angkat jugak"rengek Dhia.
"Angkat lah sendiri.Tu barang barang awak bukan barang barang saya"jawab Wazir dari dalam.Dhia merengus.
Diangkat juga barang barangnya yang banyak tu.Wazir duduk di atas sofa.Nasib baik dia beli rumah yang dah full furnished.Senang kerja dia.Tinggal sumbat barang barang mereka je.
Sengaja dia membeli rumah di kawasan perumahan sebegini.Walaupun dia lebih dari mampu tapi dia lebih memilih untuk hidup secara sederhana.Dhia yang tercungap cungap turut duduk di sofa sebelah nya.
"Awak ni dah kenapa? Masuk marathon ke?"sindir Wazir.
"Eh tak la, kena kejar dengan anjing tadi.Nasib baik tak kena gigit"Dhia menjawab geram.
Wazir senyum.
"Lain kali angkut lah lagi barang barang awak yang banyak tu ye"sindir Wazir lagi.Dhia menjeling.
"Dah jom naik,tengok bilik"ajak Wazir.Dhia hanya menurut.Di bahagian atas ada empat bilik.1 master bedroom dan 3 bilik biasa.
"Ok ni bilik saya tu bilik awak"tunjuk Wazir ke arah bilik biasa.
Dhia kerut dahi.Bukan pelik bilik asing asing dia pun memang nak macamtu.Nasib baik Wazir dah bagitau senang la kerja dia.Tapi masalah sekarang ni dia nak bilik master bedroom tuu!!
"Eh mana adil.Suka suka je awak tentukan master bedroom tu bilik awak"bantah Dhia.
"Suka hati saya lah.Rumah ni saya yang beli,bukan awak"balas Wazir.
"Eh takde takde.Mana adil macam tu.Nak pindah rumah ni pun awak tak bincang dengan saya.Lepastu master bedroom tu awak punya pulak.Bagi lah saya"bantah Dhia sekeras kerasnya.
"Ok fine,kalau macam tu kita main tiga kali osom.Siapa menang dia dapat master bedroom ni"anjur Wazir.
"Ok boleh takde hal"balas Dhia yakin.
"Ooosom"Wazir menunjukkan batu manakala Dhia menunjukkan air.Dhia menang!
"Yess!"pehh dah macam menang cabutan bertuah lagaknya.
"Ooosom"kali ini Wazir menunjukkan burung manakala Dhia menunjukkan air.
"Yahuu!!"hurm..sama jugak.Dah macam kanak kanak dapat mainan.
Markah yang seri!! Masing masing 1 markah.Perlawanan makin sengit.Masing masing memandang pihak lawan dengan tajam.
"Ooosom"Dhia dan Wazir sama sama menunjukkan batu.Sayang sekali!!Perghh sengit betul nihh!!
"Ooosom"kali ini pula masing masing menunjukkan air.Aduhh.Makin panas perlawanan berlansung.
"Ooosom!!"
"Yeahhh!!!"jerit Dhia kemenangan.Wazir hanya merenung sayu batu yang ditunjukkan nya kalah dengan air yang ditunjukkan Dhia tadi.
"Yeay yeay master bedroom.Master bedroom"ejek Dhia turun ke bawah ingin mengambil barangnya yang banyak tu.Wazir jeling tak puas hati.Diambil barang barangnya cepat dan naik ke bilik.
Sampai di muka pintu biliknya dia berhenti.Senyuman diukir kan.Berpaling ke arah Dhia yang sedang bersusah payah mengangkat barang barang.
"Yeay yeay barang sikit.Barang sikit"ejek Wazir pula.Terbuntang mata Dhia dia pula di ejek.Wazir masuk ke bilik dengan muka mengejek.Sekali tengok dah macam budak budak je dua ekor ni.HAHAHAHA.Selesai mengangkat barang barang.
Masing masing mula mengemas bilik sendiri.Penat.Dhia turun ke dapur ingin mengambil minuman bertembung dengan suaminya yang baru keluar dari tandas.Air diminum.
"Eh,lepas Isyak kita keluar beli barang barang dapur,nanti siap eh"ujar Wazir.Dia baru selesai menggunakan tandas.Maklum lah bilik dia takde bilik air.Hanya master bedroom dan dapur je ade bilik air sekali.Nasib lah nak buat macam mana?HAHAHAHAHA.
Dhia angguk.Wazir dan Dhia kembali naik ke bilik masing masing.Ingin solat Maghrib.Lepas solat Isyak mereka bersiap ingin keluar.
____________________________
T-shirt putih,seluar jeans hitam dan topi hitam terbalik dipakai atas kepalanya sudah cukup membuat hati Dhia cair.
Dhia asyik melihat suaminya di sebelah.Wazir yang perasan mengetip jari di depan Dhia.Terkejut wanita itu membuatkan Wazir tersenyum.
'Aishh,pakai macam ni pun dah helok tambah lagi dengan lesung pipit tu aww!!'hati Dhia bersorak gedik.
"Saya tahu saya ni hensem tapi janganlah tengok macam tu.Malu lah kalau orang tengok nanti"ujar Wazir.
"Eeeleh"malas Dhia mahu melayan perangai gila suaminya.
Diteruskan membeli barang barang.Sayur sayuran,buah buahan juga makanan ringan.Akhir sekali,di tempat barangan basah.
Leka Dhia memilih ikan Wazir datang menyelit.
"Eish..awak ni serabut la.Dari tadi lagi asyik ikut saya je"bebel Dhia
"Lah tadi kita nak tolong dia tak bagi.Ni nak marah marah pulak"jawab Wazir.
"Ishh..pergi main sana la.Saya busy ni jangan kacau boleh tak"suruh Dhia.
"Awak ni kan garang la.Takkan la period lagi kut..haritu dah da.."
"Pap!"tak sempat Wazir habiskan kata katanya.Kepala ikan melekat di mulutnya.
"Eish Dhia apa ni?!"marah Wazir perlahan.
Cepat cepat Wazir mengambil sapu tangan yang sentiasa dia bawa di poket.Dilap mulut yang dah melekat ikan tadi.Berkerut kerut mukanya.
"Alolo kerut kerut muka dia lap mutut ya.Shiannye"ujar Dhia mengejek.Panas hatinya.
"Yang awak cakap macam tu kenapa? Nak tempah kubur ke?!"marah Dhia.
Ikan didepan nya menjadi mangsa.Diambil dengan kasar.Hatinya menahan sakit.
"Eh..kalau betul lah saya nak tempah kubur.Awak pandai ke gali? Tak pandai kann"Wazir masih lagi mencari fasal.
Dhia jeling tajam.Dihentak kakinya kuat.Ikan tadi diletakkan dalam troli yang dah penuh.Ditolak troli ke kaunter pembayaran dengan laju.Wazir lari mengejar isterinya.
___________________________
Janggal yang dia rasakan.Sunyi je dalam kereta.Wazir menoleh pada isterinya di sebelah.Rasa bersalah menyelubungi dirinya.Niatnya tadi hanya ingin bergurau tak tahu pulak Dhia ambil serius.
Ishh perempuan ni memang complicated lah.Gurau pun anggap serius.
Dhia memandang keluar tingkap.Malas mahu memandang lelaki yang sedang memandu tu.
Sakit hati dibuatnya.Suka sangat cari pasal dengannya.Dah la cakap pasal benda itu depan orang ramai.Tak tahu malu ke?!! Kan dah kena tampar dengan ikan.Erghh!! menyakitkan hati betol!!
"Dhia.."panggilan Wazir hanya dibiarkan sepi.
"Dhiaa.."masih juga dibiarkan sepi.
"Wife!!"panggil Wazir kuat.Dhia mengeluh berat.
"Apa.."jawabnya perlahan.Wazir senyum.Jawab pun.
Lega sikit hatinya mendengar suara isterinya.
"Awak marah saya lagi ke?"tanya Wazir.
"Entah"balas Dhia pendek.Matanya masih memandang luar tingkap.
Wazir mengeluh.Merajuk pulak!!
"Listen Dhia...saya gurau je tadi ok.Saya tak tahu pulak awak ambil serius"pujuk Wazir.Dhia hanya diam.
Kebetulan dah sampai rumah,cepat cepat dia masuk ke dalam rumah.Master bedroom nya diserbu.Membiarkan Wazir mengangkat barang barang yang di beli tadi sendiri.
Wazir mengeluh berat.
"Aduh macam mana nak buat ni? Nak pujuk macam mana ni?!!!"serabut Wazir memikirkan rajuk Dhia.Semuanya berpunca daripada dia.
Barang barang yang dibeli diletakkan di atas meja makan.Perkenalan singkat antara dia dan Dhia makin mengusutkan fikirkannya.
"Aku kenal dia pun tak lama..macam mana nak pujuk nihh!!"geram pulak dia dengan diri sendiri yang kadang kadang gila itu.Dia tekad esok dia akan pujuk Dhia.Kalau ibu dia tahu ni memang kena bebel nih.
enjoy!! Jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine. sorry kalau ada typo. byee!!
Share this novel
tqvm dear
salam zohor to My Lovely Niece...bila nk update ni
ok. dear. tqvm. sorry disturb u....