Bab 27

Drama Series 37011

Bab 27

Selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah.Dhia menyimpan telekung dan sejadah.Sedang Dhia membetulkan rambut nya yang sedikit kusut itu,Wazir mendekat.

'Okey lah tu mungkin dia nak guna cermin ni jugak'Dhia menyedapkan hati.Tapi tak jadi bila terbit senyuman yang sukar diertikan di bibir Wazir.

Cepat cepat Dhia bangun dari kerusi meja solek.Namun lengannya disambar,dirinya ditarik rapat ke dinding.
"Aduh..apa awak ni sakit lah!"Dhia mengurut lengannya yang sudah dilepaskan Wazir tadi.

Wazir masih dengan senyuman nya.Dia mendekatkan wajahnya dengan Dhia.Terbeliak mata Dhia dibuatnya.
"Eh eh awak nak buat apa nih?!"soal Dhia pucat.

"Nak laksanakan tanggungjawab saya"jawab Wazir makin mendekat.Dengan pantas Dhia mencapai bantal di hujung katil menjadi penghalang antara dia dan Wazir.

"Eh no no no no!!"larang Dhia.Wazir senyum senget.
"Kenapa pulak?Tadi kan opah dah bebel pasal tanggungjawab..lupa??"tanya Wazir.Makin pucat muka Dhia.

"Ye..yes me..memang la pasal tanggungjawab tapi..bu..bukan pasal tanggungjawab ni.."balas Dhia gagap takut takut menunduk kan kepala.

"Hurm...yeke.."Wazir makin mendekat.Hanya beberapa inci jarak wajahnya dengan Dhia.Tetiba dia menjauh.Terus meledak ketawa.
"HAHAHAHAHAHAHA"ketawa yang disimpan dari mula lagi.Lagi lagi bila tengok muka Dhia yang pucat dan takut itu.

"Waaa!!"bunyi tangisan yang pecah mematikan ketawa Wazir.Wazir angkat kepala.Sudah basah lecun wajah isterinya dengan air mata.Wazir panik.Kalau Puan Salmiah tahu ni memang kena dia.Dhia ditarik dalam pelukan.

"Eh eh kenapa ni.Jangan lah nangis"belakang Dhia diusap usap bagi menenangkan wanita itu.
"Kenapa buat macam tu...saya takut lah"serak suara Dhia jadinya.Dhia tidak membalas pelukan Wazir.

Wazir garu kepala.Prank gone wrong!!
"Alaa..ok ok sorry.Saya gurau je"Dhia masih tersedu sedan.
"Okey okey tak buat macam tu dah.Okey?"Wazir melepaskan pelukan.Wajah Dhia lecun dengan air mata.

Dhia hanya diam.
"Janji?!"ujar Dhia menaikkan jari kelingking nya.Wazir senyum dan menyatukan jarinya.
"Janji"Wazir senyum sama dengan dengan Dhia.Mereka meleraikan jari.

"Dah lap air mata tu.Kalau opah nampak nanti naya kita"ujar Wazir.Dhia mengambil tisu di meja solek dan lap air mata yang tersisa.
"Saya keluar dulu"ujar Dhia keluar dari bilik dengan suara yang ceria.

Wazir senyum.Dia memandang baju nya yang basah dek air mata Dhia tadi.
"Hailah...terpaksa la tukar baju"bajunya ditukar.Selesai menukar baju,Wazir mengangkat bantal tadi yang menjadi perisai Dhia yang dah jatuh ke lantai dan diletakkan kembali atas katil.

Dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.Wazir duduk di sebelah Dhia yang ralit menonton televisyen.Puan Salmiah memalingkan muka melihat Wazir.

"Diorang dah bertolak ke?"soal Puan Salmiah.Dhia terkebil kebil.'Siapa yang bertolak??'tanya hatinya.
"Hurmm..dah kot"balas Wazir.Puan Salmiah angguk angguk.

Sedang mereka menonton televisyen.. kedengaran bunyi hon kereta.Puan Salmiah menjenguk kepalanya ke arah tingkap.Kelihatan dua buah kereta masuk ke perkarangan rumahnya.

"Eh dah sampai? Awalnya"ujar Puan Salmiah.Wazir turut menjenguk.Puan Salmiah berlalu ke luar ingin menyambut.Wazir turut ikut.Tapi Dhia pulak kelam kabut lari masuk bilik.Cepat Wazir menahan nya.

"Nak gi mana?"
"Nak ambik tudung lah.Takkan nak keluar free hair kan along ada"jelas Dhia.
"Ouh"Wazir melepaskan pegangan nya tadi.Berlari anak Dhia ke bilik mengambil tudung.

"Assalamualaikum"ujar Puan Huda keluar dari kereta Aina.Aina dan Husna turut keluar dari kereta menuju ke Puan Salmiah.Diikuti dengan kereta satu lagi,Azim dengan mendukung Mia yang dah tidur dan Lisa yang memimpin tangan Akif.

"Waalaikumsalam"balas Puan Salmiah.Dhia keluar dengan tudung tersarung di kepala.Dia berdiri di sebelah Wazir.Mereka semua bersalaman antara satu sama lain.

"Oyang!!"jerit Akif meminta ingin didukung oleh Puan Salmiah.Puan Salmiah turutkan sahaja.
"Jomlah kita masuk"ajak Puan Salmiah.Mereka semua masuk ke rumah Puan Salmiah.

Dhia berlalu ke dapur ingin membuat air.Selesai,dia keluar menghidangkan air.Dhia duduk di sebelah suaminya.Puan Salmiah meletakkan Akif di bawah.

"Eish berat noh engko ni.Tak larat aku nak dukung"ujar Puan Salmiah duduk.Cicitnya tadi ditarik duduk di atas riba.
"Akif lain kali jangan suruh oyang dukung lagi tau.Oyang dah tua tak larat"perli Azim selamba.

"Hamboi sedap kau perli aku ye"marah Puan Salmiah.Lengan Azim ditampar kuat.
"Adoii opah sakitlah"Azim menyeringai sakit.Mereka semua tertawa dengan reaksi Azim.

"Ha kau Husna.Kau ni bila nak kerja?"soal Puan Salmiah.
"Aik apa opah ni...Una kan belajar lagi.Nak kerja apa nya??"balas Husna.

"Ouh ye tak ye..lupa pulak aku"Puan Salmiah tersengih.
"Apa lah opah ni.Dah la tak kuat dah...boleh pulak jadi nyanyuk.Ish bahaya ni!"tidak habis lagi Azim mengusik Puan Salmiah.

"Entah opah ni.Kena pegi hospital ni.Bahaya!! Buat nya keluar pegi kedai tetiba lupa jalan balik rumah macam mana?? Ish ish ish"Wazir turut mengusik Puan Salmiah.Tergeleng geleng kepala nya sendiri.

"Amboiii...korang ni tak habis habis ya! Mulut tu memang dah lama tak kena cili"ujar Puan Salmiah geram sambil menarik pipi kuat Azim dan Wazir yang saling duduk disebelahnya.

"AAAAAAAAAAA OPAHHH SAKITT"jerit dua beradik tu serentak.Terburai tawa mereka yang turut melihat adegan itu.
"Tau pun sakit"Puan Salmiah melepaskan tangannya dari pipi dua beradik itu.

"Aduhh.."rungut Wazir.Bersungguh dia dan Azim menggosok pipi yang dah merah.Puan Huda tersenyum melihat anak anaknya itu.

"Kau pulak Aina bila nak kahwin.Along dengan angah kau dah selamat dah.Kau la pulak"ujar Puan Salmiah.

"Eh..kita pulak terkena.Erm..jodoh belum sampai lah opah"balas Aina pula.
"Memang la tak sampai kalau engko tak cari"bebel Puan Salmiah.Aina hanya diam.

"Lain lah macam opah kan.Jodoh opah dah sampai.Nuh Pak Ali hujung kampung tu setia tunggu opah sampai skarang"Azim masih galak mengusik Puan Salmiah.

"MASYAALLAH !! ENGKO NI"tak semena mena Azim mendapat pelempang free dari bekas guru disiplin itu.
"Adoiii opah!"Makin kuat Azim menggosok pipi nya yang terasa panas itu.

"Along..pipi along ada kesan lima jari la"ujar Husna membuatkan mereka semua meledak ketawa.
"Uwaa"Mia yang berada di dukungan Lisa tersedar akibat ketawa mereka yang kuat tadi.

"Alolo anak baba dah tersedar ye.Jom sayang kita masuk bilik.Baba pun nak merajuk ni"ujar Azim mengambil Mia dari dukungan Lisa.Azim berlalu masuk ke biliknya.Mereka yang lain tersenyum senyum.

"Nih aku nak cakap.Ana tak boleh buat roti jala"ujar Puan Salmiah.
"Kenapa Kak Ana tak boleh buat roti jala Mak? tanya Puan Huda.
"Demam katanya"balas Puan Salmiah.

"Ouh takpelah opah.Kitorang kan dah sampai.Nanti kitorang boleh tolong buat"ujar Lisa.

"Ha baguslah kalau macam tu.Nasib baik korang sampai awal.Nanti rehat lah dulu.Awal lagi ni..nanti buat lah.Jangan siap lewat sangat.Nanti tak cukup tidur pulak"pesan Puan Salmiah.

"Oookey opah"balas Aina.
"Aku masuk dulu lah.Nak baring..sakit pulak belakang nih"ujar Puan Salmiah bersusah payah untuk bangun.Akif bangun dan duduk di atas riba Lisa pula.

"Meh saya tolong Mak,ibu masuk bilik dulu ye"ujar Puan Huda pula.Mereka yang lain angguk sahaja.
"Aina,Husna,Dhia..kita rehat dulu eh,jap lagi kita buat roti jala.Kak Lisa masuk dulu eh"kata Lisa.

"Okey Kak.Kitorang pun nak rehat ni.Jom Una"ajak Aina.Lisa,Akif,Aina dan Husna berlalu ke bilik.Tinggal lah Dhia dan Wazir sahaja.

Dhia turut bangun ingin masuk ke bilik.Namun tidak terjadi.Wazir sempat memegang tangannya.
"Nak gi mana?"soal Wazir.

"Nak masuk bilik la.Kan jap lagi nak buat roti jala"balas Dhia.Walaupun sebenarnya dia masih lagi tertanya tanya kenapa nak buat roti jala.

"Okey sebelum masuk bilik..awak kena langsaikan hutang awak dulu"kata Wazir dengan senyuman sinis.

"Ha..a..apa?"tanya Dhia gagap.
"Awak belom jawap lagi soalan saya haritu"
"So..soalan..mana?"
""Apa perasaan awak dekat saya?"soal Wazir merenung mata Dhia.

Dhia terdiam! Dia ingin bangun lagi namun tidak berjaya.
"Please jangan lari.Jawab soalan saya"ujar Wazir penuh mengharap.
"Erm..erm..sa..saya tak tahu"balas Dhia perlahan.

"Tak tahu? Kenapa tak tahu?"tanya Wazir.
"Entah..saya tak pasti apa perasaan saya dekat awak"balas Dhia.Wazir diam.
"Sorry...saya nak masuk bilik"ujar Dhia menepis perlahan tangan Wazir.Wazir mengeluh berat.
__________________________

Dapur rumah Puan Salmiah dipenuhi dengan suara gelak ketawa.Lisa, Dhia,Aina dan Husna membuat roti jala bersama sambil bergurau senda.

"Hoiii kenapa ni?"tanya Azim menepuk belakang Wazir.Adiknya itu sedang termenung di beranda rumah Puan Salmiah.Wazir tersedar dari termenung.

"Hah?? takde pape la"jawab Wazir meraup wajah.
"Eleh takde pape konon..cita lah dekat aku"kata Azim berpeluk tubuh dan bersandar pada tiang beranda.
"Betul lah takde pape.Nih pipi kau dah okey ke?"tanya Wazir.

"Hurm..dah kurang sikit merah"balas Azim menunjukkan pipi kanan nya.Wazir tergelak kecil.
"Padan muka kau.Aku sejak balik sini pun banyak kali kena dengan Cikgu Salmiah kita tuh"ujar Wazir.

"Hahaha biasalah tu orang tua.Dah jomlah masuk.Malam malam ni sejuk"ajak Azim menarik bahu Wazir masuk ke dalam rumah.Wazir turut saja.Wazir senyum bagi menyorok perasaan nya tika ini.

haii readers. sorry chapter ni pendek sikit. jangan lupa doakan saudara saudari kita di Palestine ye. hope korang enjoyy!! bye!!

Share this novel

Guest User
2025-05-24 20:44:23 

next kak

Mia Zara
2024-05-12 19:06:45 

next episode


NovelPlus Premium

The best ads free experience