Bab 11

Drama Series 37011

Bab 11

Selesai bersarapan pagi tadi,Dhia dan Wazir keluar membawa Akif dan Mia makan ice cream.Sekali tengok dah macam one happy family pulak Dhia berpegangan tangan dengan Akif bersambung dengan Mia dan Wazir.

Di intai Wazir di hujung matanya.'Helokk'jerit hati Dhia gedik.Satu perasan pelik menjalar ke hatinya bila berjalan begini ditepis Wazir.Dah la baju dia dan Dhia sedondon sama sama warna hijau.

"Uncle, auntie..Akif nak beli colour book boleh?"tanya Akif terkedip kedip matanya melihat kedai buku di dalam mall itu.
"Mia pun sama..Mia nak pensil mewarna baruu"Mia turut meminta.

"Boleh sayang..jom kita pergi"ajak Wazir lembut.Hampir tidak percaya Dhia dengan nada suara Wazir tadi.'

hurm..ada sifat seorang ayah'puji Dhia lagi dalam hati.Leka Akif dan Mia memilih barang barang yang mereka mahu.Dhia pula sibuk memilih novel novel yang ingin dibeli.Wazir dekati isterinya.

"Saya tak cakap pun saya nak belikan buku untuk awak jugak"bisik Wazir ke telinga Dhia.

"Eish,saya tahu lah..saya boleh bayar sendiri..apa awak ingat saya ni kedekut macam awak ke?"Dhia turut berbisik.

"Mana ada kedekut..kita keluar ni untuk Akif dan Mia bukan untuk awak..lagipun buat apa la beli novel tebal tebal macam ni mahal pulak tu"kritik Wazir.Dhia menjeling.

"Saya beli buku ni untuk baca la takkan buat main masak masak pulak.Lagi satu,baik saya baca novel dari bercakap dengan awak yang nak sakitkan hati saya je"ujar Dhia geram.

Wazir senyum,comel bila isterinya marah habis merah muka putihnya.Ditinggal Wazir sendiri di ruang novel.Tempat buku dan pensil mewarna dituju,
tidak lupa dia ambil novel novel yang ingin dibeli.

"Akif dengan Mia dah pilih nak beli apa?"soal Dhia lembut.
"Dah auntie,Akif pilih ni"tunjuk Akif buku buku mewarna ditangannya.

"Bagus..Mia?"soal Dhia lagi.
"Hurmm..Mia rasa Mia nak ni je"tunjuk Mia dua kotak pensil warna ke arah Dhia.

"Bagus..jom kita pergi bayar pastu balik nanti Akif dan Mia boleh main kat rumah"ajakkan Dhia di angguk laju Akif dan Mia gembira.Kelihatan Wazir menuju ke arah mereka.

Dirampas novel novel ditangan Dhia.Dhai mengeluh tak puas hati.
"Jom Akif kita pergi bayar..Mia tunggu dengan auntie kat luar tau"ujar Wazir.
"Okey"balas Mia pendek.

Diikut langkah Dhia menunggu di luar kedai.Lima minit kemudian, Wazir dan Akif muncul dengan paper bag di tangan Wazir.

"Jom balik"ajak Wazir.
"Jom!!"jerit Akif dan Mia serentak.

Tak sabar nak main kut balik nanti.Dhia hanya ikut langkah mereka ke kereta.

Perjalanan dari mall ke villa Puan Huda sungguh sunyi.Dua beradik yang duduk di belakang sedang topup tidur mereka.Wazir fokus pada pemanduan.

Dhia masih marah dengan novel yang dirampas Wazir tadi.Tiga minit sebelum sampai villa,Akif dan Mia sudah sedar dari lena.Turun dari kereta dengan gembiranya dapat buku dan pensil mewarna baru.

"Amboii gembiranya anak Baba"ujar Azim yang duduk di ruang tamu melihat anak anaknya berlari sambil memegang paper bag yang mengandungi buku dan pensil mewarna.

"Baba!! Baba!! tengok ni Mia ada pensil warna baaruu"uajr Mia teruja.
"Dah cakap tenqiu belom kat uncle dan auntie?"soal Lisa duduk disebelah Azim.

"Tenqiu uncle auntie"ucap serentak Akif dan Mia.
"Welcome"ucap Dhia senyum.
"Kitorang naik dululah"kata Wazir.Lisa dan Azim angguk.Dhia dan Wazir menuju ke bilik.
________________________________________________

"Nah"beri Wazir.Teruja Dhia melihat novel novel nya tadi dibeli Wazir.
"Omg! tenqiu"ujar Dhia terharu.

"Welcome,nanti bayar balik tau..tadi saya tolong bayarkan je"ujar Wazir selamba.Terbuntang mata Dhia.
"Hah?! eii awak ni kan baik tak payah beli"marah Dhia perlahan.

"Eii cukup bagus tau saya tolong bayarkan tadi..marah marah kita pula"Wazir 'membela' diri.
"Eii diam lah"marah Dhia namun tetap diambil novel novel tadi.

Rezeki kn jangan ditolak..maut jangan dicari.Wazir pergi membersihkan diri.Keluar dari bilik air dilihat nya Dhia tersenyum sengih sorang diri membaca novel di kerusi.

"Nak baca novel tu baca je lah..tak payah ambik package mereng sekali"kutuk Wazir.Dhia diam buat bodoh je.

Diorang ni tak macam pengantin baru langsung.Kalau pengantin baru mesti duk sweet sweet tapi diorang duk gaduh gaduh.Haiilahh.

"Dah baca tu jangan lupa bayar pulak"Wazir mengingatkan.
"Eishhh iye lahh!"jawab Dhia malas.

Masing masing buat kerja sendiri sampai lah lepas Asar.Dhia dengan novelnya.Wazir dengan telefon nya.

"Saya nak keluar jap..nak jumpa kawan"ujar Wazir
"Hurmm"balas Dhia pendek.Dia tiada halangan.30 minit lepas Wazir keluar,pintu bilik diketuk.
"Ye"jawab Dhia membuka pintu.Muncul wajah manis Husna.

"Akak,ibu panggil suruh turun"ujar Husna.
"Okey"Dhia angguk.Dicapai tudung sarung hijau lumut.Di atur langkahnya ke ruang tamu.Terkejut dia..berlari dia ke arah uminya.

"Umi..kenapa tak bagi tau nak datang"soal Dhia.Disalam tangan uminya.Dipaut mesra lengan Puan Melati.

"Umi saja je nak buat kejutan untuk Dhia"ujar Puan Melati.Namun,jauh di sudut hati Dhia..dia merasakan ada sesuatu akan terjadi.
"Umi tinggal sini sampai esok je"sambung Puan Melati lagi.

"Alah kenapa kejap je?"soal Dhia.Puan Melati hanya senyum.
"Wazir mana?"tanya Puan Melati.Tak sempat Dhia jawab muncul wajah Wazir di pintu rumah.

"Eh umi..kenapa datang tak bagitau"disalam tangan mak mertua.
"Saje je..umi datang ni tak lama..esok balik lah"ulang Puan Melati semula.'

Aduh!!apasal hati aku rasa tak sedap je ni'rengus Wazir dalam hati.Dipeluk bahu Dhia tanda dia mesra dan sayang pada Dhia.Ye lah kang tak pasal pasal umi dan ibu dapat hidu sesuatu...masak nanti...NAYA PAK KARIMM!!

hope korang enjoy!! jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. lupa pulak hehehe thanks tau sudi baca novel saya yang tak seberapa ni. sorry kalau ada typo

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-05-26 07:08:52 

tjis day, ader lg x, dear. citee ni, makin lama makin best la. frankly speaking

YAZNI-ERNIE
2021-05-26 07:04:08 

morning, dear. tqvm. i'm appreciate. love u, so much. muahh muahh muahh


NovelPlus Premium

The best ads free experience