Bab 22

Drama Series 37011

Bab 22

Sunyi Dhia rasakan.Dia berpaling melihat Wazir di sebelah yang sedang bersarapan.
'Dari semalam diam je.Aku ada buat salah ke?'soal hati Dhia.

Wazir perasan akan pandangan isterinya tapi saja buat buat tak nampak.
"Awak kenapa diam je? Saya ada buat salah ke?"soal Dhia.

Wazir geleng tanpa memandang sang isteri.Dhia mengeluh.
"Habistu kenapa?"tanya Dhia lagi.Dia takkan puas hati selagi Wazir tidak menjawab soalan dia.

"Takde pape makan je la"balas Wazir pendek.Dhia sakit hati.Diteruskan juga makan.Wazir tahu isterinya marah tapi..entahlah..

"Esok kita balik kampung"Wazir berbunyi.
"Hah? Kenapa baru cakap? Kenapa tak cakap awal awal saya banyak kerja awak tau tak"rungut Dhia.

"Sorry saya baru teringat" balas Wazir pendek.
'Macam tu je?!! Eii geram nye akuu!! Dah la buat diam tetiba nak balik kampung!!'jerit hati Dhia.

Dhia menahan marah.Sabar ditiupkan dalam diri.
"Kita balik berapa hari? lama ke?"soal Dhia.

"Tak,empat hari je"balas Wazir pendek.Dhia mengeluh.
"Untuk apa?"tanya Dhia

"Jumpa opah saya"jawab Wazir.Air teh disisip perlahan.Dhia hanya memerhati gerak geri suaminya.

"Awak nak saya balik kampung?"soal Dhia.Wazir angguk masih tidak memandang wajah sang isteri.

"Kalau macam tu..pandang saya kejap"suruh Dhia.Wazir menarik nafas panjang.Wajah Dhia dipandang.Mereka saling berpandangan.

"Awak kenapa sebenarnya? Muka saya pun taknak pandang. Diam je..sejak semalam lagi.."soal Dhia lembut merenung mata Wazir.

Wazir alih pandangan.Dia geleng.
"Esok lepas Zohor kita bertolak"putus Wazir bangun dari meja makan.Mengawal debaran dada yang sedang menggila.

Wazir naik ke bilik.
"Eish dia tu kenapa?! Buruk sangat ke aku ni sampai taknak pandang langsung?!"marah Dhia.
Dhia mengemas meja makan.

Selesai,dia mula membuat kerja rumah.Mop lantai,basuh baju,sidai baju, vacuum rumah.
______________________________

"Ya Allah..kenapa dengan hati aku ni.."keluh Wazir duduk di birai katil.Dada disentuh.

"No no! Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia! No!
Kalau dia kecewa kan aku jugak macam mana?Bodoh lah aku!"

"Aku tak boleh ada perasaan kat dia! TAK BOLEH!!"putus Wazir.Wazir membuat panggilan.
Ingin keluar dari rumah menenangkan hati yang masih gelisah.

"Hello assalamualaikum,bro jom keluar.Teman aku,dah lama kita tak keluar lepak"ajak Wazir.

"Okey kita jumpa sana"Wazir keluar dari bilik.Turun ke bawah.Dia nampak Dhia sedang mengemop lantai.

Ingin menegur tetapi..hatinya menghalang.Pintu rumah dibuka.Dhia yang perasan berpaling memandang Wazir.

"Awak nak gi mana?"soal Dhia.Wazir berpaling seketika.Kasut dipakai.
"Keluar"balasnya pendek.Dia keluar dan menutup pintu rumah.

Kereta digerakkan ke tempat yang ingin dituju.Dhia hentak kaki geram.
"Eiii bukan nye nak tolong aku buat kerja rumah.Pergi keluar pulak dah!!"marah Dhia.

"Itu! Macam tu ke nak ajak balik kampung? Diam je.Tanya sepuluh patah yang dijawabnye sepatah je.Eiii geram nye akuuu!!"bebel Dhia.Kerja disambung.
_____________________________

"Babe lama i tak jumpa U.U pergi mana selama ni?"soal Bella.
"I..I..pergi holiday kat luar negara"tergagap Nadia jawab.

Matilah dia kalau kawan dia tahu pasal dia dah kahwin.Dah la mengandung anak 'segera'.Sekarang jadi janda pulak.

'Eish no no aku tak boleh bagitau sesiapa.Jatuh lah saham aku nanti!'tekad Nadia dalam hati.

"Wow bestnye!! Tapi kan kenapa i tengok badan u macam kembang semacam je..macam orang mengandung.."ujar Bella curiga.

Terus Nadia membetulkan baju ketat yang dipakai nya.Ditegakkan badan.
"Eh ma..mana ada...mungkin i naik berat badan kut"balas Nadia.

"Tapi kan u..."
"Eh jom lah kita shopping.Dah lama kita tak shopping.Harini biar i belanja u"pintas Nadia bangun dari kerusi.

"Aaaa tenqiu.U the best Nadia!!"ujar Bella teruja.
Tersengih Nadia.
Tidak mahu membicarakan tentang hal itu.Silap silap tembelang pecah.Mati dia.

Mereka mula membazirkan duit dengan membeli barang barang.Penuh barang barang di tangan mereka.
____________________________

"Kau ni kenapa? Ajak aku lepak tapi muka macam tengah frust.Kau okey tak?"soal Zahil tak puas hati.

"Okey.."balas Wazir pendek.Air dalam gelas dikacau kacau.

"Huh! Memang tak okey lah kalau balas pun macam tu je"rengus Zahil.
Okey..macam tak bermaya"ujar Zahil mengajuk gaya Wazir.

Wazir mengeluh.
"Ha! Ha! tengok tu!"tunjuk jari Zahil pada Wazir.Wazir jongket kening.

"Memang tak okey lah kalau mengeluh macam tu"sambung Zahil lagi.
"Kau ni kenapa?"

"Takde papelah"
"Eh eh,kau takyah nak sorok sorok dengan aku eh.Macam lah aku baru kenal kau.Ni mesti ada benda ni"bebel Zahil.

Wazir hanya memandang kosong sahabatnya.
"Cuba kau cerita dengan aku..mana tau aku boleh tolong"ucap Zahil.

"Entahlah aku pun tak tahu nak cakap macam mana dengan kau"balas Wazir perlahan.
"Aik kenapa pulak? Ni pasal siapa ni?"soal Zahil kerut dahi.

"Dhia.."jawab Wazir.
"Ohh kenapa dengan dia?"soal Zahil lurus.
Wazir geleng kemudian mengeluh.

"Kejap..aku rasa aku tau kenapa.."Zahil cuba meneka.
"Apa?"

"Kau dah suka dia kan..kau dah jatuh cinta dengan dia kan..."kata Zahil tersengih kambing.

"Huh.. entahlah bro.Aku tak tahu apa perasaan aku pada dia sekarang"balas Wazir buntu.

"Hurmm...payah jugak kalau macam ni ek"Zahil turut pening dengan sahabatnya itu.Ade ke tak tahu apa perasaan sendiri..adoii.

"Dah jom la kita jalan jalan..cuci cuci mata.Tenangkan fikirkan kau tu"ajak Zahil.
"Aku nak tolong pun..tak tahu nak tolong apa.."

Mereka bangun meninggalkan cafe yang berada di tengah tengah shopping mall itu.
Bahu Wazir ditepuk tepuk perlahan.

Mereka berjalan sampai ke butik pakaian sedondon.Mata Wazir tertancap pada baju kurung moden berwarna biru lembut.Baru kakinya hendak melangkah masuk.Ada suara menegurnya.

"Baby.."panggil wanita itu meleret.Ingin memagut lengan Wazir namun pantas lelaki itu mengelak.Terjekut juga Wazir dengan kehadiran wanita itu.

Faham dengan situasi,cepat cepat Zahil bertukar tempat dengan Wazir.Wanita itu memuncung.

Wazir menghantar isyarat mata pada Zahil lalu memakai kaca mata hitam.Zahil angguk tanda faham.

Butik yang menarik perhatian nya tadi dia masuk.Terus menuju ke arah baju kurung moden tadi.Matanya sekali sekala melirik pada luar butik ingin melihat apa yang terjadi.

"Eh baby! Baby!"panggil wanita itu gedik ingin mengikut masuk ke dalam butik namun dihalang Zahil.

"Eh aku rasa lah kan..kau ni rabun la..kena pakai spek.Ye lah sampai orang dewasa dengan baby pun dah tertukar"kutuk Zahil.

"Hello!! i tak rabun okey.Wazir i punya.U sibuk sangat kenapa?!"marah wanita itu lantang.
"Apa? Wazir tu kau punya?"soal Zahil.

Wanita tadi angguk.
"Kalau Wazir tu kau punya..kau akan jaga dia baik baik bukanye curang dengan dia!"bidas Zahil.

"U ni sibuk hal orang sangat apasal hah?!"marah wanita itu.
"Ehh mestilah aku sibuk.Yang kau curang tu kawan aku.Ofc lah aku sibuk"jeling Zahil.

"Lagipun untuk pengetahuan kau..Wazir tu dah kahwin.Dah ada isteri.Isteri dia cantik..baik..dan yang paling penting dia tak curang dengan Wazir!So get lost Nadia!"bidas Zahil.

"What?! Dah kahwin?! Cepatnya dia dapat penganti I!!"ujar Nadia geram.

"Ek eleh!! Kau belum putus dengan Wazir pun kau dah ada penganti kann"bidas Zahil.Dia turut masuk dalam butik.Malas mahu melayan perempuan gila itu.

"Eiii bencih bencih!!"jerit Nadia gedik disertakan dengan hentakan kaki.Tangan dikepalkan erat beredar dari butik itu.

Bella yang terdiam dari tadi mengejar Nadia yang meninggalkan dirinya.

Zahil mendekati Wazir.
"Kenapa bro?"soal Wazir memilih baju melayu.
"Dia terhegeh hegeh nak kat kau balik la.Tak sedar diri tu bini orang"marah Zahil.

Setakat ni masih tiada orang lagi tahu Nadia sudah bercerai kecuali Nadia dan ahli keluarganya serta Faris.

Wazir hanya diam.Dia pergi membuat pembayaran.
"Dah jom balik"ajak Wazir.Zahil mengikut.
_________________________________

"Assalamualaikum"ucap Wazir membuka pintu rumah.Kelihatan Dhia takde.Senyap je rumah.
'Takkan keluar kot...tak bagitau aku pun'soal hati Wazir sendiri.

Tersenyum dia melihat Dhia terlentang tidur atas sofa.
'Kesian dia..mesti penat sangat ni'.Rambut Dhia dibelai lembut.Sedar akan perbuatannya terus dia terhenti.

Langkah kaki terus dibawa ke bilik tanpa mengejutkan Dhia.

Terpisat pisat Dhia membuka mata.'Dah pukul brape ni?'.Jam ruang tamu dilirik.
'Pukul 1:30?!!'.
"Masyaallah!!"cepat cepat Dhia naik ke bilik membersihkan diri.

Selesai solat Zohor,Dhia terfikir.
"Eih..dia belum balik lagi ke??"soal Dhia menjengul kepala keluar bilik.Bilik Wazir dilirik dari jauh.

"Macam dah balik je..eishh diam lagi ke??!"bentak Dhia menutup pintu.
"Bosan la aku kalau hari hari macam ni"rungut Dhia.

"Nasib baik esok balik kampung.. takde lah bosan sangat"Dhia melipat telekung yang telah digunakan.Dia terus mengemas baju untuk esok supaya tidak kalut.
__________________________________

"Tok tok!!"pintu bilik diketuk.
"Dhia!! Dhia!!"panggil Wazir.Entah kali ke berapa sudah dia mengetuk pintu bilik isterinya.Terjengul wajah Dhia memakai telekung.

"Hah? Baru nak solat?"soal Wazir terkejut.
"Haah.Saya baru mandi tadi"jelas Dhia.
"Ya Allah,kita dah nak gerak ni.Baju dah siap packing belum?"soal Wazir.

Dhia sengih dan geleng.Wazir menarik nafas.Sabar...sabar..
"Dhia kita dah kena gerak tau tak.Cepatlah sikit"ujar Wazir.

Dhia senyum.Dia menarik baju t-shirt putih yang tersarung di tubuh Wazir masuk ke biliknya.Tolak Wazir jatuh bersila di depan almari.

"Okey macam ni..awak tolong saya packing baju.Saya solat jap..pastu saya siap!!"cadang Dhia.

Ternganga Wazir dibuatnya.Dia pulak yang kena.
"Ehh apasal pulak saya yang kena tolong awak packing baju ni?"soalnya tak puas hati.

Dhia masih senyum.
"Tadi awak suruh saya cepat kan..jadi awak tolong lah saya packing baju ni.Saya solat dan bersiap kejap.Barulah cepat kalau masing masing tolong menolong".

"Lagipun baju tu semua saya dah siap lipat..awak tinggal masukkan dalam beg je"sambung Dhia. Sepatutnya dari pagi tadi lagi dah siap tapi dia mengantuk sebab melayan drama sampai pagi.

Sebab tu bangun lewat.Memang sepatutnya mereka sudah dalam perjalanan.Tapi disebabkan dia semua jadi lain.

Dhia solat.Wazir mengeluh namun baju baju Dhia tetap dimasukkan dalam beg.

"Baju apalah yang banyak sangat ni.Balik kampung empat hari je,tapi bawak baju macam nak balik seminggu"bebel Wazir.

Dhia selesai solat.Dengan pantas dia bersiap.Sedang dia melilit shawl putih di kepalanya,Wazir bersuara..

"Eeiiuu..apa ni.."Wazir pegang 'benda' itu dihujung jari.Tersentak Dhia.

gais enjoy!! tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. sorry kalau typo. bye!!

Share this novel

Miss Hello
2021-06-28 16:51:24 

auntie I'm sorry sebab tak reply comments aunty...

YAZNI-ERNIE
2021-06-12 20:40:41 

salam isya' , dear

YAZNI-ERNIE
2021-06-08 21:11:25 

hi dear.....plz reply....


NovelPlus Premium

The best ads free experience