Bab 21
"Ting tong!! Ting tong!!"loceng villa mewah berbunyi.Nadia setia menanti diluar pagar yang tertutup rapat.Kelihatan seorang wanita tua mendekati pagar.
"Eh Cik Nadia.Jemput lah masuk.Puan ada kat dalam"pelawa Mak Siah mesra.Membuka pagar untuk anak majikannya.
"Terima kasih"balas Nadia gembira.
Mereka masuk ke rumah.Nadia tidak sabar untuk memulakan hidup baru.
"Erm Cik Nadia duduk sini dulu eh.Mak Siah panggilkan puan"beritahu Mak Siah.Nadia angguk.
Sedikit terguris hatinya dilayan seperti tetamu sedangkan ini rumahnya.Kelihatan Puan Linda sedang bersarapan pagi.Mak Siah mendekati majikannya.
"Siapa yang datang Mak Siah?"soal Puan Linda.
Sebersalah pula Mak Siah nak cakap.Jangan jadi pergaduhan sudah lah.
"Erm..Cik Nadia puan.Cik Nadia balik.Dia bawak beg pakaian dia sekali"jelas Mak Siah.
Terbeliak mata Puan Linda.
"Dia datang?!"soal Puan Linda kuat.Laju Mak Siah mengangguk.Takut dia.Puan Linda bangun dan pergi ke ruang tamu dimana anak perempuannya berada.
Nadia tersenyum melihat mama nya.Puan Linda memberikan muka garang.Dijeling tajam anak perempuannya.
"Mama.."panggil Nadia.
"Buat apa u datang sini? Nak tunjuk u hidup bahagia? Macam tu? Kalau u datang sini untuk tu semua baik u balik jelah"suruh Puan Linda.Melangkah ingin naik ke bilik.Moodnya habis terbang.
"Tak ma.I bukan datang sini untuk tu semua.I datang sini sebab nak masuk balik dalam keluarga ni"jelas Nadia.Terhenti langkah Puan Linda.Nadia didekati.
"Apa u cakap? U nak masuk balik dalam keluarga ni? Tak payah mimpilah! Kalau u nak masuk balik dalam keluarga ni tunaikan dulu apa yang perlu!!"jerkah Puan Linda.Membesarkan mata sepetnya.
Nadia angguk laju.
"Dah ma! Dah!! I dah tunaikan apa yang perlu.I dah cerai dengan Faris!!"jawab Nadia sungguh sungguh.Puan Linda membutangkan mata.
"Betol ke u ni?"soal Puan Linda inginkan kepastian.
"Ya ya! Betol ma,i dah cerai dengan Faris.Faris dah lafazkan talak pada i.Dia dah bagi talak tiga pada i ma"terang Nadia lagi.Tangan Puan Linda digengam.
"Are you sure my daughter?"soal Puan Linda lagi.
Dia tidak percaya dengan apa yang berlaku.
"Yes ma,yes!!"balas Nadia.Mereka berpelukan.
Melepaskan rindu.Puan Linda meleraikan pelukan.Wajah anaknya dipegang.
"U tahu tak.Lepas u kahwin ramai kawan mama kutuk mama.Tapi i happy skarang ni,u dah balik ke pangkuan i.I happy sangat!! I tak sabar nak bagitau papa u nanti"Puan Linda mengesat air matanya.
"U datang sini naik apa?"soal Puan Linda.
"I datang sini naik bas"balas Nadia.Puan Linda angguk.Nadia angguk.Happy,happy diterima kembali dalam keluarga kaya ni.Papanya mempunyai sebuah syarikat elektronik sendiri.
Memandangkan dia anak tunggal jadi dialah selama ini yang menghabiskan duit keluarganya.Sebab tu dia tidak pernah bekerja.Anak orang kaya kann..manalah biasa dengan kerja.
"Dah dah u pergi naik atas,mandi.Buang la baju baju buruk tu ye!"suruh Puan Linda ceria.Nadia angguk laju.Dia naik ke bilik.
_______________________________
Wazir leka menonton televisyen di ruang tamu.Dhia pula berada dibilik sedang menggosok pakaian pakaian yang akan dipakai semasa hari bekerja.
Yela harini kan cuti,jadi adalah masa sikit.Penuh satu bakul baju dia dan Wazir
Walaupun Wazir bukanlah pilihan hatinya tapi dia tetap melakukan tanggungjawab nya.
Selesai menggosok, pakaian pakaian tadi disangkut pada penyangkut yang disediakan.Dhia baring atas katil ingin melepaskan lelah.
Tekaknya kering inginkan air Dhia bangun ke meja kerjanya.Dia memang menyediakan air putih dalam biliknya,senang kalau tengah tengah malam dahaga boleh minum.
Leka Dhia menuangkan air tidak perasan air sudah melimpah atas meja.
"Eh eh Masyaallah"cepat cepat Dhia tutup bekas air.Air diteguk rakus.Selesai gelas diletakkan kembali.
Ingin baring kembali atas katil,namun malang kakinya tergelincir terkena air yang menitik dari meja dan kepalanya terhantuk kuat pada bucu meja.
"Arhhhh!!"
Bumm!!
Jeritan Dhia terdengar sampai ke ruang tamu.Terkejut sang suami yang masih leka menonton televisyen.
Wazir melirik pada tingkat atas.Rasa risau datang kepadanya mendengar jeritan Dhia.
Berlari anak Wazir ke bilik Dhia.Teragak agak untuk menolak pintu bilik itu namun ditolak juga.
Wazir masuk dilihat nya Dhia terbaring tidak sedarkan diri atas lantai di tepi meja kerja.
"Ya Allah!! Dhia Dhia!!"Wazir angkat kepala Dhia dan diletakkan atas ribanya.Ditepuk tepuk perlahan pipi putih itu.
Terasa ada cecair melekat pada tangannya yang memegang kepala Dhia.Terkejut Wazir melihat cecair merah ditangannya.
Cepat cepat dia mengambil tudung sarung merah milik Dhia dan dipakaikan pada isterinya.
Ingin dibawa ke hospital.
Nasib Dhia memakai baju lengan panjang mudah kerja dia.Diletakkan Dhia di bahagian penumpang belakang.Kereta dibawa selaju mungkin.
Ruang kecemasan dituju.
"Nurse tolong nurse, isteri saya tak sedarkan diri! Kepala dia berdarah!"Dhia ditolak masuk ke bilik kecemasan.
Sementara Wazir menunggu di luar bilik dengan perasaan cemas.Jantung nya berdetak seperti sudah mahu tercabut.
Dalam hatinya berdoa semoga isterinya tidak ada apa apa.30 minit berlalu.Doktor keluar dari bilik kecemasan.Cepat cepat Wazir bangun dengan perasaan cemas.Berdebar.
"Doktor,doktor macam mana dengan isterinya saya doktor? Dia okey ke? Takde pape kan?"soalan bertubi tubi keluar dari mulut Wazir.
Doktor yang dikenali sebagai Doktor Halim itu tersenyum.Sudah terbiasa dengan situasi suami suami yang cemas begini.
Doktor Halim angguk.
"Ye, isteri encik takde apa apa.Dia cuma terhantuk kuat,tapi alhamdulillah syukur kepalanya tidak berlaku pendarahan yang teruk.Masih lagi dalam keadaan yang baik.Dia masih lagi tidak sedarkan diri tapi dia dalam keadaan yang stabil.Insyaallah, mungkin kejap lagi isteri encik akan sedar"jelas Doktor Halim tenang.
Wazir menghembus nafas lega dengan penerangan Doktor Halim.
"Alhamdulillah.. err boleh saya tengok isteri saya?"soal Wazir.
"Boleh silakan"Doktor Halim memberi keizinan.
"Terima kasih banyak banyak doktor"ucap Wazir.
"Sama sama..kalau takde apa apa lagi,saya pergi dulu ya".
Wazir angguk.Wad isterinya dituju.
________________________________
Pintu bilik ditolak perlahan.Wazir duduk ditepi katil atas kerusi yang sudah disediakan sebelah isterinya.
Wajah tenang Dhia dipandang.Wazir mengeluh lega.
"Huuh..kau buat apa ni sampai boleh terhantuk ni?"soal Wazir lembut menyentuh kepala Dhia.Kesempatan itu dia mengambil untuk melihat segenap wajah gadis itu dengan dekat.
Wajah putih tanpa secalit make up,tanpa sebarang jerawat dan jeragat.Teringat muka bersalah,muka marah,muka sedih Dhia dikotak memorinya.Wazir tersenyum senyum sendiri.
"Eh kenapa dengan aku ni?"soal Wazir pada diri sendiri.Hilang senyuman nya tadi.
"Takkan aku dah suka dia kot..mustahil lah"tangan di kepala Dhia ditarik kembali.Telefon dikeluarkan sementara menunggu Dhia sedar.
Tiba tiba telefon nya berbunyi panggilan masuk.Cepat cepat dia menjawab takut menggangu Dhia.
Bergerak jauh sedikit membelakangkan Dhia.Telefon dilekatkan di telinga.
"Assalamualaikum bro,jom pergi main.Dah lama aku tak lawan dengan kau.Lagi lagi sejak kau kahwin ni"pelawa Zahil.
"Waalaikumsalam,tak boleh la.Aku ada hal ni.Kau ajak lah sape sape yang free lawan kau badminton tu"tolak Wazir.
"Lah yeke.Hal apa?"soal Zahil.
"Dhia..Dhia masuk hospital"jelas Wazir.
"Hah?! Hospital?! Weh ape dah jadi..kau jangan main gila Waz.Kot ya pun kau tak cintakan dia tapi jangan pukul dia!"tuduh Zahil kuat.
"Eh gila kau aku nak pukul dia.Aku masih waras la.Dia jatuh tadi kepala terhantuk.Sedap kau je tuduh aku eh.Ni mesti kes banyak tengok drama ni"bidas Wazir.
"Mana ade..tak lah aku terkejut kau cakap Dhia masuk hospital.Dia macam mana skarang?"tanya Zahil.
"Doktor cakap takde pape.Dia okey"jelas Wazir ringkas.
"Alhamdulillah.. baguslah kalau macam tu.Eh takpelah aku taknak ganggu kau.Pergi dulu bro, assalamualaikum"ucap Zahil.
"Waalaikumsalam"panggilan dimatikan.Dia berpaling menghadap Dhia.Alangkah terkejut nya dia melihat sepasang mata itu merenung dirinya tajam.
"Hish!! Awak ni kenapa tenung saya macam tu? Seram tau tak"Wazir mengurut dadanya yang terkejut tadi.Wazir duduk kembali di sebelah katil Dhia.
"Kenapa awak bawak saya kat sini?"soal Dhia.Dia sedar ketika Wazir sibuk bercakap di telefon tadi.
"Lah saya bawak la awak kat sini.Kan awak jatuh tak sedar diri,kepala pulak berdarah"balas Wazir.
"Saya tak sukalah datang hospital"rungut Dhia.
"Ehh ni awak bagitau pada umi dengan ibu tak?"soal Dhia menunjuk jarinya didepan lelaki itu.
"Ya Allah! Tak saya lupa.Kejap saya call"ujar Wazir hendak mendail nombor Puan Huda.
"Eh eh jangan jangan!!"halang Dhia keras.Terhenti perbuatan Wazir tadi.
"Kenapa?"berkerut dahi Wazir.
"Tak payah tak payah"Dhia merampas telefon Wazir.
"Ye lah tapi kenapa??"soal Wazir lagi.Tak paham dengan isterinya.
"Saya taknak diorang tahu.Nanti diorang
risau.Lagipun saya kan dah elok"jelas Dhia.
"Huh suka hati lah"putus Wazir.Menghulurkan tangannya pada Dhia.Faham dengan isyarat itu,Dhia meletakkan kembali telefon Wazir atas tangan lelaki itu.
Wazir jeling.Dhia tersengih sengih.
"Awak buat apa ni sampai jatuh,kepala berdarah?"soal Wazir memeluk tubuh.Dhia mengingat kembali kejadian tadi.
"Erm...seingat saya,saya tergelincir jatuh terpijak air.Lepastu kepala terhantuk kat meja"cerita Dhia.
"Mana datang air tu?"soal Wazir lagi.
"Air tumpah masa saya tuang air.Saya lupa nak lap"ujar Dhia menunduk kepala.
"Huh cuai!"marah Wazir
"Alaa tu pun nak marah.Benda takde pape pun kan"balas Dhia membela diri.
"Memang la takde pape..kalau jadi pape macam mana?"soal Wazir keras.
"Awak tau tak macam nak tercabut jantung saya tadi tengok darah kat kepala awak"sambung Wazir lagi.
"Elehhh yang awak nak risau sangat tu kenapa? Awak bukan sayang saya punn"Dhia jeling.Bukan dia yang meminta untuk jadi begini!!!
"Sayang tak sayang tu letak tepi.Awak sekarang ni tanggungjawab saya tau.Jangan buat buat lupa"Wazir mengingatkan.
Terharu Dhia mendengar.Gaduh gaduh pun tetap baik.Aww!! HAHAHAHA.
"Ok fine sorry..saya tak buat lagi.."janji Dhia meembuat muka comel.Wazir sembunyi senyum melihat muka isterinya.Nanti kantoi la HAHAHA.
"Dah la..jom kita balik"ujar Wazir lembut.
"Dah boleh balik ke?"ujar Dhia teruja.Wazir angguk.Dengan gembiranya Dhia turun dari katil.Mereka pulang ke rumah.
________________________________
Sampai di rumah.Wazir menutup pintu.Hendak naik ke bilik dan rehat.Dia penat.Di tingkat atas mereka berpecah untuk ke bilik masing masing.Dhia masih diburu rasa bersalah melihat Wazir diam.Dalam kereta tadi pun sunyi.
Dhia menangkap lengan Wazir semasa lelaki itu ingin masuk ke bilik.Terkejut Wazir,tak pernah pernah Dhia memegang lengannya.Wazir berpaling pada Dhia.Dia jongket kening.
"Marah saya lagi?"soal Dhia lembut.Mengerdip gerdip matanya membuat muka comel.Wazir tolak lembut tangan Dhia yang masih memegang lengannya.
"Pergilah masuk bilik,rehat"ujar Wazir mengusap rambut Dhia lembut.Dhia terkebil kebil.Wazir masuk ke bilik.Dihempaskan badan atas katil.
"Arghh apa kena dengan aku ni?!!"soal Wazir sendiri meramas rambutnya.Dia kusut!!
hai guys!! sorry lama tak update. hope korang enjoyy!! jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. sorry kalau ada typo. bye!!
Share this novel
noon, dear. tqvm. muss u, so much