Bab 24

Drama Series 37011

Bab 24

'Apa aku nak jawab nii?!!' hati Dhia meronta ronta.
"Erm..erm..sa..saya.."ligat otaknya berputar memikirkan jawapan.

Sungguh dia tak ada jawapan untuk soalan itu! Wazir masih sabar menunggu balasan Dhia.

"Errr...HA? YE YE OPAH!! OPAH PANGGIL DHIA?! KEJAP!!"kalut Dhia menarik tangannya dalam gengaman Wazir.

Dhia bangun dari duduk.Kalut menyangkut sejadah dan telekung.Wazir kerut dahi.

"Bila opah panggil?"soal Wazir pelik.
"Tu ta..tadi opah panggil"jawab Dhia kalut.Ingin cepat keluar dari bilik.

"Tak dengar pun"
"Ade lah...awak ni"Dhia buka pintu bilik ingin lari.Namun sempat Wazir menyambar lengannya.

"Awak nak lari ke? Awak belum jawab lagi soalan saya tadi"Wazir masih inginkan jawapan tentang soalannya tadi.

"Err..err..eh! Ke..kesian opah tunggu saya"Dhia merentap perlahan lengannya dan keluar dari bilik.

"Fuhh! Pahal tetiba tanya camtu? Nasib baik otak aku berjalan cepat!"lega Dhia dapat menjauh dari Wazir.

Keluhan besar dilepaskan oleh Wazir.Kopiah di kepala dicabut.Terasa lemah.Soalan tadi tiba tiba sahaja muncul di fikirannya.Saja dia ingin bertanya.

Namun,entah mengapa sekarang ini dia inginkan jawapan Dhia tentang perasaan terhadapnya.Sejadah tadi di sangkut.

_______________________________

"Uwaaa!! Uwaaa!!"
"Shuu..okey okey ni susu.Yam yam sedapnya"Zahra bicara sendiri.Tersenyum dia melihat anaknya syok minum susu.

"Ha..cucu nenek belum tidur?"soal Puan Melati duduk disebelah Zahra di ruang tamu.
"Belum umi.Nangis nak susu"

"Tak pelah"Puan Melati senyum.
"Hurmm..Aliff anak dah tiga.Naura anak dah masuk dua.Kamu pulak dah ada kembar.Tapi entah dapat ke tidak umi cucu dari Dhia"

"Umi...Dhia tu kan baru je kahwin"
Bayinya sudah nyenyak tertidur diletakkan di sebelah.

"Iye Umi tahu tu..Umi cuma takut ada pape je yang jadi"

"Umi.. janganlah cakap macam tu.Kita doa baik baik je untuk diorang"pujuk Zahra.

"Kamu tahu kan.Nak suruh dia kahwin pun susah.Lagi lagi nak cucu.Kan kita paksa dia kahwin..umi takut dia buat benda bukan bukan"rungut Puan Melati.

"Benda bukan bukan apa umi?"soal Zahra pelik.

"Yelah..buatnye dia buat kontrak antara diorang.Nikah beberapa bulan je lepastu pisah.Banyak tau dalam drama macam tu.Lagi lagi nikah paksa macam diorang"ujar Puan Melati sedih.

"Ya Allah umi"Zahra tepuk dahi.Ingatkan benda bukan bukan apalah tadi.

"Zahra ingatkan apalah tadi tau.Ni konpem pengaruh drama ni.Ish ish ish"kepalanya digeleng geleng.

"Eh betol apa umi cakap.Walaupun dalam drama..tapi umi yakin dalam realiti pun ada terjadi"kata Puan Melati sungguh.

"Iye..memang lah ada.Tapi Zahra confirm yang Dhia takkan buat macam tu"pujuk Zahra.Puan Melati diam.

"Kita doa yang baik baik je lah eh untuk diorang"Puan Melati hanya angguk lemah.
___________________________

Wazir mengambil tempat disebelah Dhia di kerusi.Dhia memandang sekilas wajah itu.

'Nampak macam frust jew..dia marah aku ke??'hati Dhia tertanya tanya.Puan Salmiah yang perasan cucunya mengalihkan perhatian dari televisyen.

"Wazir...esok kau bawak la Dhia pergi kebun.Bawak Dhia ronda ronda kampung ke"cadang Puan Salmiah.

"Hurm.."itu je yang dibalas Wazir.
"Opah ada kebun?"soal Dhia teruja.
"Haah.Kebun buah buahan" balas Puan Salmiah angguk.

"Wah bestnye! Mesti luas kan kebun tu"

"Takde la luas mana pun.Bolehlah, daripada dibiarkan je tanah tu baik buat kebun.Ada jugak manfaatnya.Lagipun duduk rumah sesaja bosan"cerita Puan Salmiah.

Dhia angguk setuju.Tak sabar nak pergi esok.
"Ha satu lagi...nanti engkau pegi kebun tu Wazir..bawak balik buah sikit tau"pesan Puan Salmiah lagi.

"Hurm.."tetap juga itu dijawab Wazir.Tak pasal pasal sebuah bantal mendarat di kepalanya.
"Aduh..apa ni opah.Asyik buat orang je"rungut Wazir.

"Dari tadi aku duk bercakap kau balas 'hurm..' je.Berat sangat ke mulut tu nak bukak.Mata tu asyik tengok TV je"bidas Puan Salmiah.

Ha kan tak pasal pasal dah kena dengan Cikgu Salmiah.Ni bekas cikgu disiplin la.Jangan main main.

Wazir mengeluh.
"Iye iye tuanku.Patik menurut perintah.Nanti patik bawak balik buah dari kebun ye tuanku"ujar Wazir gaya menyindir.

Dhia kemam bibir ingin ketawa.Puan Salmiah mendengus.Makin dilayan makin gila cucunya itu.

"Opah masuk tidur dulu lah ye.Esok dah start busy nak buat kerja"ujar Puan Salmiah.Wazir angguk.Puan Salmiah melangkah masuk ke bilik.

Dhia terpinga pinga.
"Kerja?? Kerja apa??"bisik Dhia sendiri.Dhia turut bangun ingin masuk ke bilik namun lengannya disambar.

Wazir menarik lengan Dhia kasar.Terduduk Dhia betul betul rapat dengan Wazir akibat tarikan lelaki itu.

"Apa awak nih!"marah Dhia perlahan.Wazir senyap.Dhia ingin bangun lagi namun tidak berjaya.
"Duduk sini lah.Teman saya"suruh Wazir.

Leka dia menonton bola sepak.Dhia mengeluh.Dituruti juga suruhan suami.Entah bila masa siaran drama tadi bertukar bola sepak pun Dhia tak tahu.

Tangan Dhia kemas di gengam.Dah berputar bebola mata Dhia mengantuk.Wazir masih segar.

"Awak saya ngantuk lah.Saya nak masuk tidur" Wazir angguk lepaskan tangan Dhia tanpa memandang si isteri.
________________________________

Almari dibuka.Tiga comforter ditarik. Dibentangkan di sebelah katil.Kenapa?

'Sebab kan sejak duduk rumah kitorang, kitorang tidur asing asing.Takkan la tetiba nak tidur sama!! memang tak aa!!'

Sedang comforter dibentang.Pintu bilik dibuka dari luar.Berkerut dahi Wazir.Wazir berdiri sebelah Dhia.

"Buat apa ni?"soalnya.

"Main masak masak nak join?"Wazir jeling dengan balasan selamba Dhia.Tangan Dhia ditarik bagi memberhentikan kerja wanita itu.

"Kenapa bentang comforter ni?"soal Wazir tegas.

"Nak tidur lah!"Dhia dah bercekak pinggang.Mana taknya dia dah ngantok tau tak!!! Sibuk nak soal siasat!

"Kenapa nak tidur situ? Katil tu tak cukup muat ke untuk kita?"soal Wazir.Dhia terkebil kebil.
"Err.."

"Dah tak payah nak buat alasan.Tidur je kat katil tu.Takde maknanya saya nak buat pape kat awak.Jangan risau"lampu bilik ditutup.

Wazir dah berbaring atas katil..tapi Dhia masih berdiri.Wazir mengeluh.Selimut ditarik.
"Dah meh sini"dengan laju tangan kasarnya menyambar lengan Dhia.

Menyebabkan wanita itu terbaring membelakanginya.Dhia menelan air liur kesat.Dia melihat lengan Wazir yang kemas memeluk pinggang nya.

"Dah tidur"suruh Wazir.Dia juga sudah ngantuk.

Mereka tidur.

Sepi...

Wazir tersedar menjenguk wajah Dhia.

'Dah lena.. comelnyeee.HAHAHA cium kang'hati Wazir bersuara.

Cepat cepat otaknya kembali ke asal.Mahu kembali tidur.Ngantokkk.

sorry kalau ada typo jangan lupa doakan saudara saudari kita di Palestine ye. bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience