Bab 6
Petang yang aman di datangi pula hujan panas tadi muncul lah sebuah pelangi.Namun,tak seaman hati si pemuda yang duduk di balkoni rumahnya.Tangan digengam kuat abis semua orat jantan betina keluar menahan amarah.
Wazir memandang jauhhh dari arah balkoni villa itu.
"Ouhhh patutlah aku macam pernah nampak kau rupanya.."
# flashback #
"Ehem!!"deheman kuat Puan Melati melihat Dhia dan Wazir berpandangan antara satu sama lain.Lama pulak tu tak elok.Terjungkit bahu Dhia mendengar deheman itu.'Ouhh baru aku kenal kau siapa,patutlah macam pernah jumpa..tapi asal aku tak cam kau eh? ouh mungkin dulu kau masih macam budak budak HAHAHAHAHA'bual Dhia dalam hati.'Tapi asal dia nampak tak puas hati ngan aku jer??aku ada buat salah ke??'soalnya dalam hati.
'Pompuan ni ke anak abi tu??asal lain ha??'soalnya dalam hati.'Eleh abi dah meninggal baru nak tunjuk muka..masa abi sakit hilaaang macam tu je..erghh perangai'marah Wazir dalam hati.Puan Huda menyambung bicara.
"Nah,kamu baca Wazir"hulur Puan Huda dibalas gelengan kepala.
"Hurm kamu lah baca Dhia"tetap dibalas dengan gelengan kepala.Haihh budak budak ni.
"Habistu macam mana kita nak tahu isi surat ni??"soal Puan Huda.Akhirnya,Wazir mengalah,surat diambil di baca.
"Assalamualaikum anak anak abi,kertas ini hanya boleh dibuka selepas abi sudah tiada ya nak.Abi ada sedikit amanat untuk anak abi Dhia dan Wazir.Memandangkan abi tidak suka putar belitkan cerita..abi terus terang saja lah nak ye..nanti lepas abi dah takda..abi nak Wazir jaga Dhia sampai bila bila dengan ikatan yang sah.Abi percaya korang boleh hidup bahagia.Abi percaya Wazir boleh bimbing Dhia.Wazir...jaga anak abi elok elok ya"fuhh nasib baik Wazir boleh kawal riak wajahnya..kalau tak mahu terus dia pengsan.
Terkejut beruk Dhia mendengar isi kandungan surat tersebut.'ikatan yang sah'maksudnya kahwin lah kn..eii memang tak la aku nak kahwin lagi lagi ngan abang tiri sendiri kot..memang la dia tu helok tapi aku TETAP TAK NAK KAHWIN!!!Bukan sahaja mereka terkejut..yang lain turut tercenggang..punyalah lama berpisah tetiba suruh kahwin.Kertas dihulur kembali pada Puan Huda,meminta diri untuk ambil angin sekejap.Menahan amarah yang ditahan di dada.Mungkin nampak kurang sopan,tapi yang lain faham yelah tetiba suruh kahwin kot.Dah cukup bagus budak berdua tu tak mengamuk kat sini,kalau takkk.Uishh naya Pak Karim!!
Berlalu je Wazir,Puan Melati bersuara.
"Betul ke abang yang bagi surat tu?"soalnya inginkan kepastian.Puan Huda hanya membalas dengan anggukan.Muka anaknya sudah pucat akibat terkejut.Dhia juga meminta diri mengambil angin di luar ingin menenangkan dirinya yang terkejut.Sedang berjalan dia berbunyi orang bercakap.Wazir!!Ditajamkan telinga mendengar apa yang dibebel oleh Wazir.
"Ya Allah Ya Tuhanku,geram nya akuuu!!punyalah lama tak jenguk abi,tetiba muncul time abi meninggal huh!!time abi sakit takde pulak datang!!abi pun satu yang bagi amanat suruh kahwin ngan pompuan tu kenapa??eishh taknak aku!!nanti kalau aku sakit pun belom tentu dia boleh jaga,abi yang sakit pun tak pernah dijenguk inikan pulak aku erghh!! memang tak la!!"hambur Wazir sendiri puas hati.Tak perasaan ada makhluk di belakangnya yang sudah terbakar dek ayat nya tadi.Eh ni bukan setakat terbakar tau!!hangus rentung semua ada!! ooo boleh tahan celupar eh mulut kau!!nak jee aku ambik cili tonyoh kat mulut kau yang busukk tu!!
Langkah diatur untuk menghampiri mamat mulut puaka itu.
"Amboii..sedapnyee mulut orang tu mengata kita ya,dah banyak sangat ke amalan sampai cakap kat orang macamtu skali?"soal tenang Dhia.Terkejut Wazir tiba tiba Dhia muncul namun sempat dikawal machonya.AHHAAHHAHA.
"Hrmm, awak pun sama la..bagus sangat ke curi curi dengar orang bercakap hah?"soal Wazir sinis.Situasi sedikit tegang..volume suara sekor sekor pulak makin tinggi.
"Heii!! Cuba awak bagitau saya macam mana nak jumpa?macam mana nak jenguk orang sakit?kalau saya tak tahu pun orang tu tinggal mana?!buat apa?!!sakit apa?!!!kitorang terputus kenalan sejak 5 tahun lepas tau!!sepatutnya orang yang jaga abi tu lah kena bagitau kitorang!!"suara Dhia makin meninggi.Wazir menjeling tajam ke arah wanita itu.
"Ehh!!pahal kitorang pulak yang kena bagitau..awak family dia kan!!awak usahalah cari sendiri takkan itu pun nak kena ajar?!! ouhh lupa awak sebenarnya marahkan abi kn sebab kahwin dengan ibu saya kann?!! heii!!jadilah matang sikit tak payah perangai kanak kanak sangat boleh tak?!!"vokal Wazir juga makin meninggi.
"Heii awak ni memang kurang adab eh? tak belajar adab ke masa sekolah dulu?! tu lah orang kata kecik kecik taknak mati dah besar menyusahkan orang!!perangai macam berukk!!"hambur Dhia.Dijeling Wazir tajam.
Eii pompuan ni!!kau panggil aku beruk?!
"Eii pompuan!!berani kau panggil aku berukk eh!!dah buta ke apa tak reti bezakan antara beruk dengan manusia!!Erghh pompuan buta macam ni nak jadi bini aku kirim salam jela baik tak payah!!muka pun bukan cun sangat"ejek Wazir.Ooo kau ingat kau sorang je boleh guna aku kau?! heii aku pun boleh lah!!ni Dhia tau jangan main main!!
"Wei samdol!!kau ingat aku terrrrringin sangat ke nak kahwin dengan kau?!!Aku tak kebulur pun lah!!Setakat muka macam kau ni bersepah tepi jalan lahh!!"bidas Dhia
Masing masing duk mengutuk sesama sendiri tak perasaan 'pertandingan vokal' mereka terdengar sampai ke ruang tamu.Baru Wazir hendak membidas Dhia kembali Puan Huda dan Puan Melati muncul membatalkan niatnya.
"Apa bising bising ni?"soal Puan Melati lembut.
"Takde pape pun mi"balas Dhia.
"Dah la Dhia,jom kita balik"ajak Puan Melati.
"Okey mi"balas Dhia pendek.Puan Huda dan Puan Melati berlalu pergi.Wazir membisik di telinga nya.
"Pergilah balik dan jangan datang lagi"pesan sinis Wazir.Terus dia berlalu meninggalkan Dhia bersendirian.
"Eiiii geramnyee aku mamat nihh!!aritu punya lah sopan pijak semut pun tak mati..kenntut pun tak bunyi...ni tak abih semua keluar!!perangai macam berukk!!"hambur Dhia sepuasnya.Ni kalau dia cerita kat Anis konpem minah tu tak percaya.
# end flashback #
Bibir Wazir mengukir senyuman teringatkan pergadungan tidak matangnya dengan Dhia tadi.
"Eh,pahal aku senyum sesorang nihh..arghhh parah ni!!"rungut Wazir meramas rambutnya.
hurmm si Wazir tu dah suka dengan Dhia ke eh?? hope korang enjoyy *sorry kalau ada typo
Share this novel