Bab 9
Beberapa hari kemudian,
"Assalamualaikum"Anis memulakan perbualan melalui video call.Ye la kan dia dah balik rumah mak dia.Dah nak kahwin knn.
"Waalaikumsalam kau buat apa?"soal Dhia.
"Takde buat pape..aku bosan laaa.."rungut Anis.
"Esok dah tak bosan dah..esok kan majlis kau berlansung..aku pulak takde kat sana..sorry"ucap Dhia.Anis senyum.Tak habis habis dengan sorry dia hahaha.
"Takpelahh kau ni aku paham..wei kau belum cerita kat aku tau pasal adik beradik tiri engkau"Anis mengingatkan.Dhia senyum,menarik nafas panjang dan mula bercerita.
"Ok, sebenarnya macam ni..umi dan abi aku berpisah sejak aku umur 12 tahun.So time tu...aku marah gila dengan abi aku.Lepas diorang pisah..aku jarang gila jumpa abi aku tau.Lagi aku marah bila dapat tau abi aku kahwin dengan best friend umi aku sendiri.Ibu si Wazir tu sebenarnya kawan umi aku yang jadi ibu tunggal 4 orang anak dengan kematian suami.Tapi umi aku tetap layan ibu si Wazir dengan baik.Tapi bila aku besar makin matang..baru aku faham itu lah lumrah manusia.Aku jumpa pun abi masa kahwin Abang Aliff..dia bawak satu family dia..pastu time Kak Naura kahwin..and masa Kak Zahra kahwin..tu pun 5 tahun lepas"Dhia berhenti seketika mengambil nafas.Anis masih kushyuk mendengar dia bercerita.
"Lepas tu kitorang tak pernah jumpa dah.Dan kitorang tak tahu pun yang abi aku lumpuh sebab kemalangan jalan raya 4 tahun lepas.And baru aku perasan yang masa aku jumpa Wazir tu dah lama 5 tahun lepas kott!! Patutlah aku rasa macam pernah nampak dia.Dann yang paling penting..abi aku tak pernah bagitau dia tinggal mana kerja apa and kitorang terputus kenalan sejak 5 tahun lepas!!Aku cuba untuk maafkan abi aku..n.. alhamdulillah aku dah dapat maafkan dia"sebak Dhia mengingatkan abi nya yang telah meninggalkan nya buat selama lamanya.
Ditahan sehabis baik air mata supaya tidak luruh namun gagal.Anis yang melihatnya turut sebak.
"Tup tup aku yang dah lama tak jumpa dia dapat jumpa mayat dia je tau takk!!"tangisan nya mula pecah.
"N lastly aku kena kahwin dengan Wazir!! Abang tiri aku sendiri?!! No!! tak kiralah dengan sapa pun aku kena kahwin yang pasti aku TAKNAK kahwin.Aku terlalu takut kalau nasib aku sama macam umi"sedih Dhia.
"Sabar Dhia..sabar semua ni dugaan untuk kau sebab Allah sayang kau"pujuk Anis menenangkan Dhia.Dhia mengelap air mata dan tersenyum pahit.
"Eh dah la..lewat dah ni kau kena tidur esok kena bangun awal"pesan Dhia menutup sedikit mukanya dari kamera.
"Ye lah aku pergi dulu..jaga diri tau.. assalamualaikum"Anis tahu sahabatnya ingin masa sendirian ketika itu.Talian dimatikan.Salam Anis dibalas dalam hati.Berjuraian air mata kembali membasahi pipi Dhia.Sungguh hatinya sakit.Kak Naura..I need you!!Dhia terlena dalam keadaan masih sebak.
________________________________________________
Hari yang paling 'dinantikan' oleh Dhia dan Wazir telah pun tiba.Segak Wazir memakai baju melayu putih salju menyerlah kan lagi ketampanan nya.Majlis akad nikah yang diadakan di hotel 5 bintang mula digeruni saudara mara.Wazir termenung di bilik persalinan.
"Kenapa kau termenung ni?"soal Zahil menepuk belakang Wazir.Dia juga lengkap memakai baju melayu putih.Dia memegang tangan Wazir.Mak oii sejuknye!! Baru rendam dalam ais ke apa?!.Betol punya nervous kawan aku ni HAHAHAHA harap muka je hensem.AHAHAHAHAHAHA.
"Tak takde ape lah"jawab Wazir senyum nipis menyembunyikan perasaannya.Zahil mencebik.
"Eleh..macam aku baru kenal kau..semua pasal kau aku tahu eh..bro..kau perlu cuba lupakan dia..betul betul punya CUBA bukan cakap je"bidas Zahil.Wazir sengih..hilang sedikit nervous di dada.Dada nya berdegup kencang macam nak tercabut dah tu kembali berdetak normal lepas dibidas Zahil tadi.Ketukan di pintu bilik membuatkan perbualan mereka tamat.Terjengul muka Aina.
"Angah ibu panggil suruh keluar..tok kadi dah sampai dah"Wazir angguk.Zahil merenung wajah Aina.Aina melarikan diri daripada bertembung mata dengan Zahil.Terus Aina menutup pintu dan pergi.Mereka berdua keluar menuju ke arah tok kadi.Kelihatan tok kadi sudah bersiap sedia.
________________________________________________
"Eh Dhia dah jom keluar"ajak Anis masuk bilik persalinan Dhia.Tercenggang dia melihat kawanya tengah main telefon.Kalau pengantin lain mau tengah redakan nervous..ni kau boleh main phone.Kau memang nak kena dengan aku kan.Dhia hanya menjeling sekilas.
"Eh kau boleh lagi main phone?! Bukannya nak get ready!!"marah Anis merampas telefon Dhia.
"Eiii apa kau ni..malas lah aku"Dhia menolak tangan Anis yang menariknya.
"Eh malas?!!Takde takde..kau jangan buat perangai gila kau eh"Anis masih lagi menarik tangan Dhia yang mengelak darinya.Dah macam kanak kanak ribena diorang ni duk main tarik tolak.
"Eh korang buat apa ni..cepat lah tok kadi, pengantin lelaki semua dah tunggu tau!!"gesa Naura membuka pintu menghentikan aksi tolak tarik tadi.Masing masing tersengih kambing.Dhia hanya mengikut tangan Anis yang menariknya kalini.Naura mengikut di belakang mereka.Dhia berjalan perlahan lahan.Debar kat dada tak payah nak cakap lah macam nak meletop dia rasa!!Namun masih mengekalkan senyuman 'ikhlas' buat tetamu.Wazir sedikit tercengang melihat wajah Dhia yang disolek nipis, bertudung labuh menutup dada dan berbaju kurung riau putih salju.Ye la masa try baju haritu dua dua malas keluar dari bilik persalinan.Tengok dalam bilik persalinan je.Dhia masih tidak perasan dirinya ditenung bakal suami.
Dhia mengambil tempat di pelamin yang telah disiapkan untuknya.Hampir hancur bouquet yang dipegangnya tanda dia nervous.Dengan sekali lafaz Dhia Alisya Binti Mohamad Basri telah menjadi isteri yang sah kepada Muhammad Wazir Adha Bin Mohammad Saiful.Setitik dua air mata Dhia jatuh juga.Bukan kerana terharu tapi kerana dia perlu berpisah dengan keluarganya lepas ni..dah tak bebas nak keluar macam dulu.Tak best la.Selesai solat sunat, isteri nya dirapati.Diambil cincin yang di pegang Husna,adik bongsunya.Disarungkan cincin permata itu ke jari Dhia namun masih sempat dia berbisik.
"Kalau nak senyum tu biarlah ikhlas sikit..kalau tak ikhlas baik tak payah senyum"Dhia menjeling tajam,cincin diambil dan disarungkan ke jari Wazir.
"Tak payah cakap oranglah kalau diri sendiri tu pun sama je"balas Dhia juga berbisik.Wazir mencebik.
Majlis diteruskan dengan mengambil gambar gambar sebagai kenangan.
"Ermm cuba pengantin lelaki peluk pengantin perempuan pulak"suruh jurugambar mereka.Wazir dan Dhia mengerut dahi tidak puas hati.Tubuh Dhia dipeluk.
"Eii cepat cepat la ambik gambar tu!!Aku sekeh jugak cameraman ni kang!!"ujar Dhia geram namun suaranya hanya kedengaran antara dia dan Zahir.
"Eh awak diam boleh tak..dah la mulut tu bau busuk"sindir Zahir.Dhia menahan geram.
"Eleh cakap orang!!Ketiak awak tu dah macam boleh perah basahnye dah la ketiak bau macam loji!!"sindir Dhia geram.
"Eh diam!..sebelum saya cium awak!"tegas Wazir perlahan.Terus Dhia diam kang tak pasal pasal kena cium naya Pak Karim!!Wazir simpan senyum melihat wanita yang baru dinikahi nya itu diam. Ish ish ish budak berdua ni time tengah ambik gamba pun boleh bergaduh.Majlis diteruskan dengan mengambil gambar keluarga dan kawan kawan.
________________________________________________
Selesai majlis akad nikah, lepas Zohor, Dhia dan Wazir mula bersiap untuk majlis persandingan.Gaun kembang biru laut disarung di tubuh.Shawl biru laut dipadankan dengan gaun kembang itu.Solekan nya masih dikekalkan dengan simple look.Sama seperti Wazir,baju melayu biru laut dilekatkan di tubuh tegap nya menyerlah kan lagi ketampanan nya.Majlis persandingan yang bertemakan ocean dilansungkan dengan meriah sekali.Terbit senyuman di wajah kedua mempelai..tapi kalau betul betul dilihat sebenarnya masing masing mempamerkan senyuman tidak ikhlas.Yelah kahwin dengan orang yang kita tak nak ingat senang ke nak control perasaan?
Majlis selesai pada pukul 6 petang.Tetamu yang ramai tadi mula beransur pulang.
"Dhia..umi balik dulu lah..jaga diri jaga suami kamu tu"pesan Puan Melati pada anak bongsunya.Dhia hanya senyum angguk.
"Kami pun dah nak beransur ni..korang jaga diri tau.Solat rehat dulu..baru datang rumah ibu"kata Puan Huda pula.
"Baik bu"jawab Wazir pendek.
"Takpelah kami balik dulu lah ye"kata Puan Melati
"Iye lah kami pun sama"jawab Puan Huda.Mereka semua mula bersalam salaman untuk meninggalkan hotel itu.Dhia dan Wazir naik ke bilik yang telah disediakan oleh pihak hotel untuk berehat.
Pintu bilik dibuka,Wazir membaringkan dirinya atas katil melepaskan penat.Dhia terus melangkah ke bilik air untuk menukar baju dan mandi selesai mengambil pakaian tukaran nya.Wazir hanya melihat pergerakan isteri nya.Selesai mandi dan menukar pakaian,Dhia keluar dengan membawa gaun kembang yang dipakainya tadi disangkut di tempat penyangkut.Dilihatnya Wazir memejam mata di atas katil.Bau wangian syampu yang dipakai Dhia membuka mata Wazir.Ditenung isterinya yang sedang menyisir rambut..'cantiknyaa' bisik hati kecilnya..namun hanya sementara.Dahinya berkerut.
"Kenapa awak tak solat?"soal Wazir membuatkan pergerakan Dhia terbantut.Apa dia nak jawab ni?!!
"Erm erm saya.."melihat Dhia tergagap Wazir tersenyum lebar.
"Ouhh saya tahu..awak ABC ye?"Wazir gelak besar.Merah padam muka Dhia.Dia tak puas hati ambil bantal dan dilempar pada Wazir yang sedang mengambil tuala namun Wazir sempat mengelak.
"Alahh melepas lah saya macam ni"ketawa Wazir makin meledak melihat muka Dhia yang merah dan tak puas hati bila dia dapat tangkap bantal bantal yang dibaling.Masuk bilik air dengan ketawa nya yang masih bersisa.Dhia yang belum habis malu tu membuka telefon melihat gambar gambar yang ditangkap Anis tadi.Nampak bahagia dia dan Wazir dalam gambar itu.Dia tak nafikan yang Wazir memang hensem tadi.Tersengih sengih dia.
Bunyi pintu bilik air terbuka memalingkan wajahnya ke arah Wazir.Wazir menyangkut tuala yang basah dan mengambil sejadah untuk menunaikan solat Asar.Tidak dipedulikan pandangan isterinya.Dhia memerhatikan tindak tanduk suaminya sampai lah suaminya siap.Wazir yang perasan menegur.
"Saya tahu saya hensem tapi tak perlu lah awak tenung saya sampai macam tu sekali"ujar Wazir bangga.Dhia mencebik.Mereka bersiap la kadar untuk pulang ke rumah Puan Huda.
Masuk je dalam kereta Wazir, aircond dihidupkan.
"Eh eh,jangan bukak aircond!!"arah Dhia cepat cepat tutup balik aircond.Wazir kerutkan dahi.
"Apasal pulak? Panas la nanti"soal Wazir.
"Tak boleh! Nanti saya pening pastu muntah..uwerk..uwerk awak nak?"Dhia menunjukkan gaya muntah.
"Ish ish ish"Wazir menggeleng geleng kepala.
"Dah dah bukak tingkap je"arah Dhia.Wazir membuka tingkap.
"Lagipun nanti dapat fresh air lagi best"ujar Dhia senyum..menjeling sekilas pada Wazir.
"Susah betol laa bila perempuan period ni..macam macam ragam"ujar Wazir.Dhia menjeling tajam.
Dihalakan wajahnya keluar tingkap.Malas memandang muka Wazir yang tak habis habis nak buat dia malu.Wazir senyum dan tertawa melihat wajah masam Dhia.Kereta digerakkan menuju ke villa milik Puan Huda.
thanks guys sudi baca karya tak seberapa saya. jangan lupa tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. *sorry kalau ada typo
Share this novel
nite dear. best. i baru baca. tqvm