Bab 8
"Ermm..tak..maksud Dhia..Dhia taknak buat banyak banyak majlis..ka.. kalau boleh Dhia nak satu kan semua majlis tu dalam satu hari je..erm..kita tak payah tunang terus nikah je..lepas tu majlis akad nikah buat time pagi..ermm sanding pulak..lepas Zohor..boleh?"soal Dhia takut takut.Tersenyum lega dia bila melihat wajah Puan Huda dan Puan Melati mengangguk.Fuhh nasib baik!!
"Kami ingatkan apa lah yang Dhia taknak tadi"lega Puan Huda bersuara.
"Kalau Dhia nak macam tu kami ikutkan je..tapi jangan taknak kahwin pulak..susah nanti"sambung Puan Huda.Dhia hanya tersenyum pahit.Wazir mengeluh penat menunggu.Aku ingatkan apa lah minah ni nak cakap,kalau setakat nak cakap benda tu takpayah lah over sangat.
Dhia dan Wazir masing masing keluarkan telefon..yelah bosan tak tau nak buat apa.
"Dhia,Wazir pergi try baju"suruh Puan Melati.Dhia menurut malas.Wazir pula cepat melangkah ke bilik persalinan.Cepat try cepat balik.
________________________________________________
Bunyi interkom di kaunter pembayaran di tekan.
"Ye Kak"tanya Meera.Dhia menelan air liur kesat,rasa macam nak demam pulak rugi dia tak makan ubat kat rumah tadi.Puas Anis pujuk suruh dia makan ubat tapi dia tetap taknak.Dia kan ANTI dengan ubat.
"Tolong ambilkan saya panadol kat pantri"suruh Dhia.
"Baik Kak"langkah diatur ke bilik Dhia selesai mengambil panadol.Pintu diketuk dua kali.
"Masuk.."lemah suara Dhia.
"Nah akak..ni panadol.Ya Allah,akak ok tak ni?!! nape muka pucat je ni?!!"jerit Meera terkejut melihat muka Dhia pucat.
Dhia senyum pahit.
"Akak okey je..terima kasih"ucap Dhia.Meera keluar dari biliknya.
Pintu butik Dhia Alisya Collection dibuka.Langkah diatur perlahan lahan.Kaunter pembayaran di tuju.
"Dhia ada tak?"tanya kepada Meera.
"Ada..tapi Kak.."tak sempat Meera habiskan patah
perkataan nya orang itu telah masuk ke bilik Dhia.Terhenti langkahnya di muka pintu melihat sejukur tubuh terbaring pengsan di atas lantai.
"Meera!! Meera!! panggil pekerja pekerja lain kita tolong angkat Dhia masuk kereta saya!! cepatt!!"gesa orang itu.
"Baik Kak Anis"cepat cepat Meera memanggil pekerja wanita lain.
________________________________________________
Fail ditangannya dicampak atas meja.Habis berselerak meja kerjanya.Meramas rambut tanda dia sangat tertekan sekarang.
"Wo wo kenapa stress sangat ni?" tanya Zahil mengambil tempat di hadapan Wazir.Zahil ialah seorang yang sangat rapat dengan Wazir.Keluarganya dan keluarga Wazir satu taman masa kecil dulu.Jadi semua dia buat bersama Wazir dah macam sahabat.
"Kau boleh tanya aku kenapa stress?!"soal Wazir geram.Zahil sengih kambing.
"Alah rileks la..orang nak kahwin ni happy tau bukan macam kau masam je".
"Macam mana tak masam kalau nak kahwin dengan adik tiri sendiri?!!"soal Wazir.
"Alah..kau sangka baik je la..semua yang berlaku ni ada hikmah nya tau tak"bidas Zahil.
"Iye..memang lah ada hikmah tapi..ishh tak nak lah aku kahwin dengan dia"protes Wazir sungguh sungguh.
"Elehhh..alasan je tur!! Kau sebenarnya bukan taknak kahwin dengan dia tapi kau memang tak nak kahwin sebab hati kau masih kat pompuan tu kan!!"bidas Zahil
"Wei kau dengar nasihat aku ni..kau lupakan je pasal benda dulu tu..kau kena move on tau..kau kena bukak hati kau untuk perempuan yang lebih layak untuk kau"sambung Zahil lagi.
Wazir diam.Fikirannya bercelaru!! Serabut!! Dia tak nafikan apa yang Zahil tadi betul!! Dia takut untuk jatuh cinta kembali lepas apa yang terjadi padanya 2 bulan lepas.
"Aku..a..aku takut kalau aku jatuh cinta dengan dia nanti tau tak..aku tak nak pisang berbuah dua kali.Kecewa tu aku sorang je tanggung tau tak!!Sakit! Sakitt sangat!!"rintih Wazir menahan sebak.
"Sabar bro semua ni berlaku dengan izin Dia.Semua yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya.Kau kena tahu bro,Allah ambik yang baik dari kita sebab dia nak bagi yang terbaik untuk kita"pesan Zahil menepuk belakang Wazir.
Ditinggal sahabatnya melayani perasaan sendiri di bilik.Dia menuju kembali ke ruang kerjanya.
________________________________________________
Terkebil kebil dia membuka mata.Siling putih ditenung.Asal macam rumah sewa aku je? Sejak bila aku balik??Tadi kat butik lagi.Baru dia teringat dia jatuh pengsan ketika ingin mengambil fail di almari.Dilihat Anis disebelahnya.
"Ish ish ish, kau ni betul punya taknak kahwin tau..sampai demam panas doo!!"ejek Anis.Dia membantu Dhia bangun dari baringan.Dhia menjeling tajam.
"Tu la tadi aku suruh makan ubat taknak kan dah mendapat"Dhia buat buat pekak dengan bebelan Anis.
"Nasib baik aku tak bagitau umi kau tau tak!! Buat perangai lagi!!"marah Anis.
"Eh eh jangan la..alaa sorry la..manalah aku tahu sampai demam panas"pohon Dhia.Malas dia hendak menjawab bila umi dia tahu dia demam.Jadi baik diam diam sudah.
"Tapi..walaupun kau sampai demam panas ni..kau yang mintak tak payah tunang kn..ape tak sabar sangat ke??"usik Anis.Dhia menampar geram peha Anis.Anis merungut sakit.
"Buat apa aku tunang dengan dia..aku bukan suka dia pun.Lain la macam kau..suka sama suka"balas Dhia selamba.
"Eleh kau"Anis mencebik.
"Weh..Aku nak cakap sorry tau..Aku rasa aku tak boleh pergi wedding kau..kerja Aku banyak..sorry"ujar Dhia bersalah.
"Eh takpelah..Aku paham..lagipun kau pun nak kahwin jugak banyak preparation kena buat..sokey"senyum Anis.
"Thanks babe!! Aku risau giler takut kau marah aku tau"ujar Dhia ceria memeluk Anis.
"Welcome"Anis membalas pelukan Dhia.
sorry gais lama tak update. tolong doakan saudara saudari kita di Palestine ye. terima kasih. *sorry kalau ada typo
Share this novel