Bab 13

Drama Series 37011

Bab 13

Pagi ni Dhia bangun je tengok tengok Wazir dah takde atas katil.'Mungkin dah pergi jogging kut'fikirnya.Katil dikemas tuala diambil untuk bersihkan diri.

Belum sempat dia memulas tombol pintu bilik air,pintu bilik air sudah terbuka dari dalam.Terjengul wajah Wazir dekat dengannya.

"Arghh!"jerit Dhia terkejut.Wajah Wazir betul betul didepan nya.

Bukk!!

"Aduhh!"Wazir turut terkejut dengar jeritan Dhia..akibatnya kepala dia terhantuk di pintu.

Kwang kwang kwang!!

Rasa bersalah berselubung di hati Dhia melihat gunung merah di dahi Wazir.Bengkak!! Wazir menyeringai sakit.

"A.. awak ok?"tanya Dhia cemas.
"Aduhh..apa awak ni pagi pagi lagi dah buat orang"Wazir memegang benjol di dahi.Sakit.

"So..sorry,saya tak sengaja saya terkejut tiba tiba muka awak yang keluar"jujur Dhia.Dia cuba untuk memegang benjolan di dahi suaminya namun dihalang Wazir.

"Aipp jangan sentuh! sakit tau tak!"halang Wazir marah.Dhia masih menayangkan muka bersalah nye.Tak sampai hati pula dia tengok.

"Dah la pergi mandi"suruh Wazir.Dhia menurut walaupun hatinya masih bersalah melihat benjolan besar merah di dahi suaminya.

Wazir senyum mengingatkan kejadian tadi.Bila difikirkan balik..benda kecil je..sakit tu memang sakit tapi kesian dia melihat muka comel bersalah isterinya.

Di intai benjolan di dahi disebalik cermin.
'Tak pe lah.. kenangan'ujarnya dalam hati.Wazir senyum.Dia turun ke bawah untuk sarapan.

"Eh Dhia mana?"soal Puan Huda melihat Wazir seorang sahaja menuruni tangga.Tidak perasan akan benjolan di dahi Wazir kerana telah ditutup oleh rambut.Saja Wazir buat begitu.

"Erm tengah siap"balas Wazir pendek.
"Pergilah teman dia dulu..nanti turun sama sama"suruh Puan Huda.
"Hurm ye lah"Wazir masuk bilik semula.

Telefon di main sementara menunggu Dhia selesai.Bunyi pintu bilik air dibuka dialih kan wajahnya ke arah Dhia yang lengkap berpakaian.Dibuat muka garang melihat wanita itu.

'Aduhh dia marah kat aku ke?..Aku bukan sengaja pun'rintih Dhia dalam hati.Walaupun mukanya garang tapi dia sudah tak tahan nak ketawa melihat wajah takut Dhia.

"Dah!! jom turun sarapan!"ajak Wazir dengan suara garang.Di ikut langkah suaminya turun ke bawah.
________________________________________________

Hari ini,hanya Puan Huda,Puan Melati,Wazir dan Dhia sahaja yang bersarapan.Azim dan Lisa sudah pulang kerumah mereka.Aina dan Husna pula pergi kerja.Jadi tinggal mereka sajalah,sebab tu Dhia tak pakai tudung.

Rimas Wazir rasakan rambut yang menginap di dahinya dikuak belakang.Tak perasan benjolan merah dia telah dilihat Puan Huda dan Puan Melati.

"Tadi umi dengar bising bising dekat atas"ujar Puan Melati tersenyum senyum.
"Haah..tak lama lagi nak dapat cucu lah kita"sambung Puan Huda pula.Terhenti Wazir menyuap makanan.Dhia pulak masih dengan blurnya.

"Eh ibu dengan umi jangan pikir bukan bukan"dengar ayat Wazir itu barulah Dhia faham.'lambat betol otak aku ni'kutuk dirinya sendiri.

"Eh..ibu umi.. sebenarnya tadi kepala Wazir terhantuk kat pintu..sebab tu bising tadi dan..dahi Wazir benjol merah sikit bukan sebab benda lain"jelas Dhia.Puan Huda dan Puan Melati masih tersenyum senyum.

"Yelah"balas Puan Huda pendek.Selesai sarapan,mereka duduk di ruang tamu.Kata Puan Huda dan Puan Melati mereka ada sesuatu nak cakap.

"Memandang kan korang hanya ada 3 hari je lagi cuti..jadi baik pergi harini lah"Berkerut dahi Dhia dan Wazir..masing masing tak paham apa yang dikatakan Puan Huda.

"Umi dah tempah tiket penerbangan honeymoon korang ke Sabah pukul 4 petang ni"ujar Puan Melati.Terbeliak mata Dhia dan Wazir mendengar nya.HONEYMOON?!! Diorang tak pernah terfikir nak pergi honeymoon.

"Dan ibu pula dah booked hotel untuk korang selama empat hari tiga malam"sambung Puan Huda pula.Makin lah terkejut pasangan tu.

'Aduh patutlah aku rasa tak sedap hati je bila umi datang kelmarin'rungut Wazir dalam hati.
'Senang senang je kerja diorang eh aturkan semua ni.. patutlah aku rasa macam ada benda nak jadi sejak kelmarin lagi!!' Dhia turut merungut dalam hati.

"Ermm sebenarnya kitorang..."tak sempat Dhia habiskan ayat bantahan nya mulutnya sudah ditutup dengan tangan Wazir.Tersengih Puan Huda dan Puan Melati melihat gelagat pasangan itu.

"Ermm kitorang tak kesah pun ibu umi.. kitorang ikut je apa yang ibu umi suruh"beritahu Wazir senyum.Dhia turut terpaksa senyum.

"Ermm..ibu umi kitorang naik atas dulu lah nak kemas barang"kali ni Dhia pula yang menarik tangan Wazir.Di ikut je langkah isterinya.
________________________________________________

"Kenapa awak tak tolak awal awal permintaan ibu dengan umi?!"soal Dhia tegang.
"Ha?apa yang awak cakap ni?"berkerut dahi Wazir tak paham.Dia duduk di atas kerusi,telefon dikeluarkan..malas melayan amarah isterinya.

"Eh eh eh! Dia buat buat tak faham pulak"Makin angin Dhia.Turun naik dadanya menahan amarah.
"Awak denda suruh saya kemas barang barang kita sebab awak memang dah tahu pasal honeymoon tu kan?!"tuduh Dhia.

"Dan awak memang dah setuju pun nak pergi honeymoon tu kan?! awak ni memang gatal lah!!"sambungnye lagi.Wazir bangun,telefon dicampak di atas katil,Dhia didekati.

"Eh!! sedap mulut awak je tuduh saya eh.Apa?! awak ingat saya kebulur sangat ke nak pergi honeymoon dengan awak?!"suara Wazir keras.Walaupun mereka sedang berbalas mulut namun masih dikawal volumenya supaya tidak didengar Puan Huda dan Puan Melati.

"Lagipun..sampai hati ke awak tolak arahan diorang.Dah la diorang dah siapkan macam macam untuk kita dan kita nak tolak macam tu je?!"bidas Wazir.Panas pulak hatinya dituduh begitu.

Memang dia tak tahu menahu pasal honeymoon tu.Dhia menjeling tajam.Wazir keluar dari bilik dengan hati yang masih membara.Dia keluar dengan keretanya pergi ke sesuatu tempat untuk menenangkan hatinya.

'Berlawan cakap dengan perempuan memang takkan pernah habis'gerutu nya dalam hati.Puan Huda yang nampak Wazir keluar tadi tak sempat dia nak tegur.

"Nak ke mana pulak budak tuh?"soal Puan Huda sendiri.Panas hati Wazir..panas juga hati Dhia.Disiap kan barang barang yang perlu dibawa.

Macam mana lajunye tangan dia bergerak,macam tu lah laju nye mulut dia membebel.Dia masih tak puas hati.Memang tak la dia nak pergi honeymoon dengan Wazir mau hari hari gaduh ohh penat!
________________________________________________

Bunyi bising disebuah rumah di pangsapuri itu sudah menjadi kebiasaan.Kelihatan pinggan mangkuk kaca bebas terbang ke sana ke mari.

"U pergi mana baru balik?! U mesti pergi berjudi lagi kan?! Dah la guna duit orang!! Ganti balik duit I !!"jerit wanita itu.

"Hei!! suka hati aku lah nak pergi mana pun kau sibuk pahal?!"jerkah Faris.
"Asyik memekak je! serabut betol!!"sambung nya lagi.Makin naik amarah wanita itu.

"U tahu tak i menyesal kahwin dengan u!! U memang laki tak guna!! Laki yang tak bertanggungjawab!!"jerit wanita itu sekuat hati.

"Pangg!!" tamparan Faris hinggap di wajah wanita itu". Sampai terteleng dibuatnye.Keluar cecair pekat dihujung bibir.

"Heii apa kau cakap? tak guna? tak bertanggungjawab? hei kalau aku ni laki tak guna..tak bertanggungjawab takde lah aku kahwin dengan kau!! bodoh!!" balas Faris kuat.

"U kena kahwin dengan i sebab i dah mengandung kan anak u"wanita itu masih berani bersuara.

"Heh! sebab kau tu perempuan murah!!"hambur Faris.
"Pangg!!" giliran Faris pula mendapat penampar percuma.

"Hoi!! Kau nak salahkan aku pulak ke kau jadi macam ni? Kau tu yang curang dulu memang patut dapat balasan macam ni"ujar Faris sinis menarik rambut wanita itu menyebabkan wanita itu terdongak ke atas.

Wanita itu menyeringai sakit.Terkumat kamit mulutnya ingin berkata.

"Apa? kau nak cakap yang kau menyesal kahwin dengan aku? kau nak balik pada bekas tunang kau tu hah?!"soal Faris makin kuat menarik rambut wanita itu.

"Oii!! sudah sudah lah tu Nadia! Kau tak payah berangan lah! Bekas tunang kau tu takkan terima kau balik!!"kata Faris sinis.Merah merah muka Nadia menahan sakit.

"Memang patut perempuan curang macam kau ni dapat balasan macam ni.Nasib baik family kau bagitau kat family dia tu. kalau tak,tak pasal pasal dia dapat isteri yang dah ditebuk tupai"dilepas rambut isterinya kasar.

Biliknya dituju untuk tidur walaupun...dah tengah hari..ade aku kesah?! Terduduk jatuh Nadia.Memegang rambutnya yang ditarik.Sakitt.

Dia menangis teresak esak dia mengingatkan kejadian dulu.Wajah Wazir terlayar di kotak memorinya.Teringat kenangan kenangan manis bersama bekas tunang nya itu.

Jiwa nya sangat runtuh setiap kali teringatkan kisah lalu.Rasa bersalah itu masih kekal dihatinya.Namun,apalah nasib nya.. dapat kehidupan sebegini.Perut nya yang membesar diusap perlahan.Disambung mengeluarkan air mata kesedihan.

thanks guys tolong jangan lupa doakan saudara saudari kita di Palestiney ye. one more thing guys..saya nak bagitau ni..mungkin lepas ni saya tak update kerap macam sekarang.Saya kena settle kan homework yang banyak tu dulu..hehehe enjoy!! bye! sorry kalau ada typo

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-05-27 19:39:17 

frankly speaking dear. citer u, mmg awesome. x sabar i nk baca next chapter

YAZNI-ERNIE
2021-05-27 19:02:40 

ok...to my lovely....u alway's wat i excited tau....

YAZNI-ERNIE
2021-05-27 18:06:36 

dear...ooo...dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience