lamia lawan tiwa

Mature Content Series 1026

kedua- dua pihak telah bersedia untuk berlawan sambil diperhatikan oleh birugenia . tiwa bertukar menjadi mahou shojo dan lamia bersedia dengan bebola besi berantai menandakan perlawanan sudah bermula . lamia melibas bebola besi ke arah tiwa tetapi gadis siam menangkis serangannya dengan menggunakan lembingnya . bebola besi itu mengenai lamia dan penjahat itu terjatuh ke laut memaksa tiwa berlawan dalam air dalam masa seminit .

tiwa dan lamia berlawan dengan serius sehingga mereka naik ke kapal semula . gadis siam itu terus menyerang lamia tetapi serangan itu disekat oleh penjahat yang menggunakan teknik aikidonya menyebabkan struktur kapal itu rosak . lamia terus mencari tiwa di dalamnya tetapi diserang hendap olehnya . tiwa menyerang lamia dengan serius sehinggalah penjahat itu mengambil pelancar bom tangan dan menembak gadis thai tersebut menyebabkan bahagian kapal itu musnah 50 peratus . lamia terus ketawa sambil berkata , " awak sudah mati hangus, tiwa pudpichya ! "

20 minit kemudian , tiwa bangkit dari runtuhan struktur kapal tersebut dengan tangan yang berdarah dan menuju ke arah lamia dan ketawa sinis terhadap lamia . penjahat itu terkejut dan membedil gadis siam dengan pelancar bom tangan tetapi sia-sia belaka kerana dia boleh menahan serangannya dengan lembing sahaja menyebabkan lamia menukar strategi dengan membedil tiwa dengan mesingan mg 3 . meihua dan yuri bertambah gerun apabila tiwa menepis serangan lamia sambil berkata , " inilah kami pertama tiwa mengamuk dengan kuasa sihirnya ! "

tiwa terus menyerang lamia dengan lembingnya menyebabkan mesingannya jatuh serta perutnya berdarah . tiwa terus mengambil mesingan dan membedil lamia sehingga dia terbunuh dan kapal itu meletup dengan kuatnya memaksa gadis siam berlari ke arah laut . birugenia mengumumkan tiwa adalah pemenang dalam pusingan pertama . kyoko dan sayaka bersorak gembira manakala yugande dan ivan del rey terkejut dengan kematian lamia menunggu untuk balas dendam dalam pusingan seterusnya . birugenia mengumunkan perlawanan kedua iaitu jerome kang menentang isabella di pinggir pantai .

" saya tidak menyangka gadis siam boleh kalahkan lamia walaupun kamu cedera 40 peratus , " sampuk miniara kepada tiwa . gadis kiwi itu memeluk tiwa yang kelihatan lemah dan membawanya ke kyoko untuk berehat . sementara itu di pangkalan le roi meggido , tuan zedd mengamuk sambil menumbuk mejanya sambil berkata , " tak mungkin , bagaimana tiwa boleh kalahkan lamia dengan taktik murahan sebegitu ?! " akhirnya penjahat itu ditenteramkan oleh shiborena dan profesor kemp di kamar peribadinya .

nantikan perlawanan yang menentukan hidup mati isabella yang menjadi mahou shojo kelapan dalam bab seterusnya .

dalam bab terbaru ini , lamia akan berlawan dengan tiwa di sebuah kapal persiaran lama yang diatur oleh birugenia dan merupakan perlawanan yang sengit untuk menentukan menang kalah antara mahou shojo dan pengikut le roi megiddo . perlawanan pertama ini telah dimenangi oleh tiwa manakala lamia terbunuh dalam perlawanan tersebut menyebabkan tuan zedd makin marah dan keliru kerana kehilangan lamia yang menjadi pemberi maklumat kepada organisasi le roi megiddo untuk menghapuskan mahou shojo .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience