Series
1026
madoka dan anak muridnya terus berjumpa dengan tranza dan semua pengikutnya di bukit . bosgun dan zedd menyambut madoka dan lain -lain di bukit tersebut sambil diperhati oleh le roi megiddo dan totpat . madoka berjumpa dengan tranza sambil berkata , " lepaskan cikgu lolita sekarang ! " . shazam pula berkata , " boleh , apa salahnya , madoka -san ."
grifforzer mengambil cikgu lolita dari bilik kurungan dan membawanya kepada madoka . beberapa minit kemudian , grifforzer datang dan menyuruh madoka mengambilnya . tetapi tiwa terlalu risau kerana penjahat tersebut cuba memerangkap mereka kerana janji mereka tidak boleh dipercayai dan banyak tipu helah .
tiba -tiba ada penjahat bersenjatakan mesingan galil , m4 dan p90 mengepung tiwa dan lain -lain menyebabkan madoka terkejut dan marah . " kenapa kalian mengingkari janji sedangkan pertukaran tahanan sudah selesai " , gertak madoka terhadap tranza . bosgun menambah lagi , " madoka ajar tiwa dan lain -lain menjadi mahou shojo untuk menentang kami " !
" kami tidak takut dengan gertakan kamu " , bisik madoka dengan marahnya dan menyuruh tiwa dan 4 orang rakannya menjadi mahou - shojo . bosgun pula menyeru megalo piranha dan askar tanah liat untuk menyerang tiwa dan lain -lain . akemi membawa cikgu lolita keluar dari medan pertempuran bersama mami , sayaka dan kyoko . 20 minit kemudian , semua penjahat upahan yang bersenjatakan mesingan diarah keluar dari medan pertempuran oleh tranza untuk memberi laluan kepada mahou -shojo generasi baru menentang megalo piranha .
bosgun berlawan dengan meihua manakala grifforzer berlawan dengan tiwa sehingga kehabisan tenaga . dua orang penjahat itu terus meluru ke arah 2 orang gadis tersebut tetapi mereka berjaya mengelak serangan tersebut dan tiwa menikam lembing ke arah lantai menyebabkan grifforzer tewas serta berundur dari medan pertempuran . bosgun pula berlawan dengan meihua dengan sengitnya di mana bosgun melontar bom tangan terhadap meihua tetapi dia mengelak serangan tersebut dan bom itu terkena dinding bangunan lalu meletup . bosgun melontar pedang terhadap meihua tetapi tersasar dan dia menendang bosgun jatuh dan berundur .
rosary , yuri dan narcissa pula berlawan dengan megalo piranha dan askar tanah liat . narcissa menghancurkan askar tanah liat dengan pistol gergasi sehingga hangus manakala tiwa dan meihua membantu mereka bertiga mengalahkan megalo piranha . raksasa itu mengeluarkan bebola api dan mereka sempat mengelak serangan tersebut menyebabkan struktur bangunan itu rosak teruk dan hampir ranap .
saksikanlah pertarungan antara mahou -shojo muda dan konco -konco le roi meggido untuk menyelamatkan cikgu lolita yang diculik .
Share this novel