kemunculan profesor kemp dan para penjahat lain

Mature Content Series 1026

selepas tiwa dan meihua keluar dari hospital sejak semalam , mereka berdua bersatu kembali bersama sahabatnya di sekolah . madoka dan lain -lain pula sedang mengawasi tindak-tanduk profesor kemp yang mencurigakan . sementara itu , cikgu joel dan kyuubey mengajar tiwa dan lain-lain mengenai tanggungjawab mahou -shojo terhadap rakan sekeliling di sekolahnya .

profesor kemp pula sedang menghasilkan megalo atlet di makmalnya . totpat , zedd dan rakan seperjuangannya teruja untuk berlawan dengan tiwa dan lain -lain . tetapi tidak bagi bosgun yang menganggap apa yang beliau lakukan tidak sesuai dengan caranya serta pergi ke balkoni untuk menenangkan fikiran . " bosgun , steven ijima mahu berjumpa dengan kamu " , bisik tranza kepada bosgun . beliau pun pergi berjumpa dengan steven ijima di dewan strategi .

" ada apa anda mahu berjumpa dengan saya ? " soal bosgun kepada steven . lelaki australia ini menjawab , " saya ada senjata baru untuk anda , bosgun " . beliau pun memilih senjata baru untuk membunuh tiwa dan lain - lain sambil diperhati oleh steven . " tuan , saya pilih mega bazooka dan mesingan galil ," kata bosgun terhadap lelaki berpangkat kapten .

" bagus , bosgun . esok kamu ada tugasan iaitu kamu culik sayaka miki dan yang meiling untuk mengumpan yang meihua dan lain-lain untuk bertarung dengan grifforzer , radiguet , alina dan kamu , " kata steven terhadap bosgun yang patuh pada katanya . sementara itu , sayaka miki berlatih dengan yang meihua di dojo manakala madoka melatih yuri memanah di tepi hutan sambil diperhatikan oleh meiling dan winnie .

" nampaknya kemahiran memanah yuri makin meningkat " , bisik meiling kepada winnie . tetapi winnie hanya mengangguk faham sahaja kerana madoka telah menjadi guru kepada yuri . sebelum petang menjelma malam , kyoko melatih tiwa bagaimana menggunakan lembing sakti bersama akemi homura . rosary dan nasissa pula berlatih menggunakan senjata api di tepi tasik sambil diperhati oleh pelajar junior di atas bukit .

sementara itu , bosgun berbual dengan tranza dan alina boswell sambil minum espresso dan nachos di menara istana tersebut . bosgun menyoal tranza mengenai bagaimana zedd dan rakan seperjuangannya sangat rapat dengan professor kemp sedangkan bosgun hanya rapat dengan maribaron dan jerome kang sambil menjamah nachos . tranza menjelaskan kepada bosgun bahawa professor kemp menganggap zedd, totpat , ratu bandora , le roi megiddo dan grifforzer seperti keluarga sendiri .

akhirnya bosgun faham dengan penjelasan tranza serta menghabiskan serpihan nachos yang ada pada pinggannya . selepas makan , bosgun terus ke kamarnya untuk menggilap mesingan dan menyuntik vodka ke dalam peluru bazooka . alina boswell dan tranza pergi menghadap professor kemp untuk tugas yang bakal menantinya .

bab 6 ini mengisahkan kemunculan profesor kemp yang akan mencetuskan pertarungan antara mahou -shojo muda pimpinan tiwa dan sahabatnya dengan le roi megiddo dan semua penjahat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience