megalo joaquin si puntianak mengamuk !

Mature Content Series 1026

tuan zedd telah menghantar megalo dan tentera upahannya untuk melanggar tiwa dan lain - lain di belakang bukit . tiwa dan lain - lain menjadi mahou- shojo dan menghapuskan semua tentera upahannya sehingga tewas menyebabkan tranza terkesima dengan kekuatan mereka . " aku akan kerahkan megalo joaquin si puntianak membunuh mereka ! " kata tranza dengan marahnya . selepas tiwa dan lain - lain mengalahkan tentera upahan tuan zedd , mereka dikejutkan dengan megalo yang mempunyai kekuatan yang dahsyat yang bersembunyi dalam keranda tersebut .

2 minit kemudian , keranda itu meletup dan muncullah megalo puntianak bernama joaquin memandang tiwa , meihua , yuri dan rosary dengan sinisnya sambil berkata , ' hari ini kalian akan kalah kerana tentera suruhanku akan cincang kamu sampai mati ! ' rosary menepis kata - kata penjahat sambil berkata , ' kita akan lihat siapa akan tumbang lebih awal dalam perlawanan nanti ' ! tanpa membuang masa mereka berempat terus berlawan dengan megalo joaquin si puntianak di kawasan terbuka sambil disaksikan oleh para pelajar yang seusia dengan tiwa .

megalo joaquin menyerang mereka dengan jutaan kelawar tetapi mereka tidak berputus asa . rosary melontar bom cahaya dan memaksa meihua dan tiwa menyerang megalo tersebut . megalo tersebut menggunakan jurus ruang dan waktu untuk mengelak daripada dibunuh oleh 2 gadis sihir tersebut menyebabkan miniara terkejut . megalo itu ketawa sambil berkata , ' saya mahu mahou - shojo kelapan yang berada di khemah sementara , mahou - shojo ! ' narcissa , yuri dan esmeralda sangat marah dengan kata - kata megalo tersebut dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akan disedut masuk ke dimensi lain .

sementara itu , meihua dan tiwa berada di dimensi lain dan melihat alam itu sangat berbeza dengan alam yang mereka duduki . tiwa tidak tahu bagaimana mahu keluar dari dimensi tersebut menyebabkan meihua memikirkan caranya . sejam kemudian , meihua mengeluarkan gulungan sakti yang diberikan oleh mami untuk mengeluarkan mereka berdua dari dimensi lain . tiwa menikam gulungan sakti mengenai dimensi ruang dan waktu menyebabkan mereka keluar dari dimensi tersebut tanpa diketahui oleh megalo tersebut .

akhirnya tiwa dan meihua dipertemukan oleh narcissa dan lain - lain di pertengahan lorong . tiwa bertanya kepada esmeralda sambil berkata , " kenapa kalian mahu pergi ke khemah sementara ? " gadis sepanyol itu menjawab sambil berkata , " megalo joaquin sudah tahu mahou- shojo kelapan ada di khemah tersebut ! " mereka bertujuh terus menuju ke khemah sementara untuk menghalang magalo tersebut membuat onar dan mencederakan semua pelajar tanpa belas kasihan .

kehadiran megalo joaquin si puntianak yang dihantar oleh tuan zedd telah memicu bahaya besar terhadap mahou shojo kerana makhluk ini boleh menghantar seseorang ke dimensi asing . dengan berkat gulungan sakti yang diberikan oleh mami tomoe kepada tiwa dan meihua , mereka berdua berjaya melepaskan diri daripada dimensi asing . mereka bertujuh akan mencari mahou shojo terakhir untuk mengalahkan le roi meggido serta rakan komplotnya yang membunuh akemi homura , yachiyo nanami dan pamela tamaki dalam perlawanan sebelumnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience