Series
1026
yachiyo nanami dan pamela tamaki yang menjadi mahou - shojo terus berlawan dengan radiguet dan alina . yachiyo menggunakan sabit untuk berlawan dengan radiguet manakala pamela menggunakan busur silang untuk berlawan dengan alina sambil diperhatikan oleh cikgu lolita dan bermulalah perlawanan yang menentukan hidup mati 2 orang mahou - shojo . sementara itu , tranza , grifforzer dan gray terus memburu tiwa dan lain - lain yang bersembunyi di suatu tempat rahsia .
alina menggunakan pisau belati yang diselaputi dengan chakra berwarna merah hati terus menyerang pamela tamaki tetapi dia terus membedil busur silang ke arah bekas kawannya . tembakan itu ditepis oleh alina dan terus menendang dada pamela sehingga tumbang . alina terus menerjah ke arah pamela dan menikamnya tetapi dihalang oleh pamela dengan sepakan padu menyebabkan dia terpelanting sejauh 2 meter .
pamela terus meluru ke arah bekas kawannya sambil berkata , " kenapa kamu bunuh yui , felicia , rena , azusa dan lain - lain ? " alina dengan sinis menjawab , " saya bukan kawan kamu ! tuan zedd jadikan saya khadam serta memberi apa yang saya mahu ialah menghantar kamu dan yachiyo ke alam akhirat bersama mereka kerana kalian benci dan tidak menghargai saya sebagai kawan kepada kamu ! " pamela menangis dan memeluk alina sambil berkata , " maafkan aku kerana apa yang saya dan rakan - rakan buat selama ini untuk kebaikan kamu sebab kamu semakin bijak semakin ramai musuh . "
alina terus mengeluarkan tangan yang diselaputi chakra berwarna biru kehijauan dan menikam perut pamela sambil berkata dengan marahnya , " kalian memang jahil dan hampas , saya sudah cukup pandai daripada kamu yang tidak mengakui kepintaranku dan menganggap saya ramai musuh daripada kalian yang digelar mahou - shojo ! " pamela yang cedera di perut terus menyerang alina dengan busur silangnya tetapi semua serangannya ditepis olehnya . alina mencabut pin bom tangan super dan melontar bom tangannya ke arah pamela serta meletup dengan kuatnya .
pamela yang cedera akhirnya maut di tangan alina boswell yang psiko dan terus beredar dari situ . cikgu marina dan para pelajar melihat mayat pamela dengan keadaan sayu dan sugul . cikgu marina membuka tangan mayat tersebut dan mendapati berlian sakti yang digunakan oleh pamela tamaki sudah hancur serta memanggil paramedik untuk menghantar mayatnya ke rumah mayat . sementara itu , perlawanan antara radiguet dan yachiyo nanami masih berlangsung .
bab ini mengisahkan perlawanan antara pamela dan alina yang mengimbau masa silam yang tragis yang dialami oleh pamela dan rakannya mendapati alina gray mengkhianati mahou- shojo demi kuasa. bab ini juga sangat sayu apabila pamela dibunuh oleh alina gray dengan sadisnya menyebabkan tiwa dan rakannya mesti berhadapan dengan alina gray di bab seterusnya kelak .
Share this novel