pertarungan berdarah bahagian 1

Mature Content Series 1026

totpat yang sembuh dari kecederaan mahu bergabung dengan 4 orang penjahat untuk membunuh tiwa dan lain -lain menyebabkan madoka terpaksa mengubah strategi perlawanan supaya pelajarnya mampu menewaskan mereka . 5 orang penjahat sudah bersedia dengan senjatanya manakala tiwa dan lain -lain menunggu kebenaran daripada cikgunya untuk berlawan dengan mereka .beberapa minit kemudian , madoka mengizinkan tiwa untuk berlawan dengan mereka melalui perbincangan dengan kyoko dan akemi .

tiwa berlawan dengan totpat sambil diperhatikan oleh kyoko . masing-masing mengeluarkan senjata dan berlawan . gadis thai menyerang totpat dengan lembing tetapi penjahat itu menendang perut gadis tersebut dan memacakkan pedangnya ke tanah untuk menghasilkan ledakan padu . ledakan itu tidak mengenai tiwa dan gadis itu membalasnya dengan menikam lembing ke tanah untuk menghasilkan rekahan tanah untuk membantu tiwa mengalahkan totpat. gadis itu memalu serpihan tanah ke totpat menyebabkan ianya terjatuh ke bawah .

mujurlah maribaron membantu totpat daripada kemalangan . akemi tergamam bagaimana totpat diselamatkan oleh rakan seperjuangannya dan meneruskan perlawanan . " makhluk keparat , berani kamu main 'wayang ' dengan kami " pekik tiwa dengan marahnya sambil mengacukan senjatanya terhadap maribaron . maribaron membalasnya sambil berkata , " itu hanyalah pemanas badan dan kami bersedia untuk menewaskan kamu , mahou -shojo muda ." tiwa dan lain-lain sudah bersedia untuk mengalahkan penjahat yang kehausan darah .

tiwa dan lain - lain terus berlawan dengan dengan maribaron dan konco - konconya. tiwa berlawan dengan shazam dalam pusingan pertama . tiwa menyerang shazam dengan lembingnya tetapi penjahat itu menghalang serangannya dengan tongkat sakti . shazam memukul tiwa dengan tongkat saktinya sehingga pengsan tetapi gadis itu bangkit semula dan menyeru ratusan lembing untuk mengalahkan shazam . penjahat itu terkejut dan membedil ratusan lembing dengan tongkat sakti tetapi tiwa mempunyai helah iaitu menerkam shazam di udara .

shazam menepis tikaman tiwa dengan tongkat sakti tetapi tepisan itu mengenai dirinya dan tertimbus ke dalam tanah serta memberi kemenangan kepada tiwa . kyoko sakura bersorak gembira kerana anak muridnya menewaskan shazam dan bermulalah pusingan kedua iaitu meihua berlawan dengan jerome kang yang bersedia dengan pedangnya . meihua terus menyerang pemuda secara bertalu -talu sambil diperhatikan oleh gurunya . jerome menendang kepala meihua sehingga terjatuh dan pedangnya terpelanting sejauh 5 meter .

gadis cina itu bangkit dan terus menyerang lelaki itu tanpa senjata bertalu -talu menyebabkan lelaki itu jatuh ke tanah . lelaki itu terus bangun dan membedil meihua dengan mesingan mp7 berkembar menyebabkan gadis itu cedera teruk .gadis tersebut cuba bangun dalam keadaan berdarah memerhatikan jejaka itu berjalan sambil mengacukan pedangnya untuk membunuhnya . sayaka miki menjerit terhadap gadis cina sambil berkata , " kamu tidak boleh memaksa diri kamu untuk berlawan sebab kamu cedera teruk , meihua ! "

bab ini merupakan bab yang mendebarkan antara mahou - shojo generasi muda dengan konco - konco le roi megiddo yang akan menentukan menang kalah antara 2 pihak . diharap kalian bersedia untuk membaca bab baru yang ditulis oleh saya selaku penulis novel tersebut .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience