Series
1026
radiguet dan yachiyo sering membalas serangan masing - masing sambil diperhatikan oleh cikgu marina dan para pelajar . gadis itu menerkam penjahat dengan sabit dan mengenai bahunya sehingga keluar darah serta terus menyerang tanpa henti . apabila gadis itu cuba membunuh radiguet dengan marahnya , muncullah tranza yang membantu radiguet yang cedera . " radiguet , usah paksa diri dan biarkan saya lawan dengan yachiyo nanami ! " seru tranza kepada radiguet . penjahat itu terus berundur memberi peluang kepada rakan komplotnya untuk menentang yachiyo nanami .
yachiyo terus berhadapan dengan tranza yang bersedia dengan bom tangannya . penjahat itu terus melontar bom tangannya dan gadis itu mengelak serangannya serta mara ke arah musuhnya malah menembak gadis itu dengan mesingan p90 sehingga pelurunya habis dan semua serangannya ditepis olehnya . gadis itu menyerang ke arah tranza tetapi penjahat itu mengelak serangan serta menembaknya dengan bazuka menyebabkan dia terpelanting sejauh 5 meter dan cedera parah .
yachiyo yang cedera parah bangun dan mengambil sabitnya tetapi tranza memijak tangan yachiyo sambil berkata , " kawan kamu dibunuh oleh alina dan kali ini saya bunuh kamu ! " yachiyo tidak mempedulikan kata - kata penjahat itu dan berlawan sehingga detik terakhir . tranza terus menyerang yachiyo dengan sepakan kilat menyebabkan perut gadis itu hancur dan rebah terduduk seketika . yachiyo yang nyawanya ditarik menangis sambil berkata , " kalian , maafkan saya kerana kemampuanku untuk mengalahkan tranza dan alina terlalu rendah malah saya harapkan tiwa dan lain - lain mesti mengalahkan mereka lain kali . " penjahat itu menembak gadis itu dengan senapang runduk dragunov sehingga kepalanya hancur dan beredar dari situ . cikgu marina sebak melihat yachiyo dibunuh dengan sadis malah memberitahu paramedik menghantar gadis itu ke rumah mayat .
sementara itu , grifforzer , grey dan 2 orang rakan komplotnya sedang mencari tiwa dan lain - lain di serata sekolah . walau bagaimanapun , mereka masih gagal menemui mereka dan mengarahkan megalo kereta kebal mencari mereka . beberapa minit kemudian , megalo tersebut menemui tempat persembunyian mereka dengan membedil kedudukan mereka . tiwa dan rakannya sempat melarikan diri kerana tempat itu dibedil oleh megalo tetapi disekat oleh 5 orang penjahat yang mahukan darah mahou shojo muda . " kalian tidak boleh lari lagi sebab tempat ini dikepung oleh kami " , ejek grifforzer kepada tiwa . gadis thailand itu menyoal grifforzer dengan marahnya sambil berkata , " kalian mahukan nyawa kami selepas bunuh yaa- chan dan pamela ? " tranza menjawab sambil berkata , " ya , kami mahukan darah mahou shojo untuk mencipta gashadokuro untuk menghancurkan sekolah kamu ! "
bab yang akan dikeluarkan nanti mengisahkan perlawanan antara yachiyo nanami dan tranza yang penuh tragik kerana yachiyo mati akibat tembakan senapang runduk dragunov yang dilepaskan oleh tranza. di samping itu , kedatangan megalo kereta kebal yang dihantar oleh tuan zedd juga meriuhkan suasana peperangan antara mahou - shojo yang diketuai oleh tiwa dan le roi meggido sudah bermula .
Share this novel