Series
1026
selepas menepis serangan gashadokuro , gadis itu tiba- tiba pengsan kerana keletihan memaksa winnie dan karina memapahnya ke dewan untuk diberi rawatan . sementara itu , esmeralda dan miniara mengeluh keletihan kerana mereka berdua tidak mampu menentang gashadokuro kerana makhluk bayangan itu terlalu kuat bagi mereka . beberapa minit kemudian , tiwa dan 4 orang rakannya tiba di medan perlawanan bersama kyuubey serta akemi untuk membantu mereka berdua yang nyawa- nyawa ikan .
kyuubey mengarahkan akemi dan 7 anak didiknya bergabung tenaga untuk mengalahkan gashadokuro dengan meminjam tenaga daripada mereka bertujuh melalui jampi dalam bahasa mongolia . selepas meminjam tenaga daripada tiwa dan sahabatnya , akemi terus menyerang gashadokuro dengan minigun sehingga kehabisan peluru tetapi tersasar jauh . gashadokuro menghunus pedang jenawi dan memotong tanah ke arah sifu rosary menyebabkan tiwa terkejut . alina bersorak gembira sambil berkata , " kamu sudah mati katak , akemi homura ! "
radiguet terkejut sambil berkata , " cahaya apakah ini ? " lantas mami menjawab , " akemi boleh menyeru makhluk bayangan dengan meminjam kuasa mahou - shojo dan mengalahkan alina boswell . " makhluk bayangan yang diseru oleh akemi sekelip mata ditumbuhi daging dan senjatanya . " adakah ianya susano -o atau gilgamesh ? " tanya meirong kepada cikgu lolita . cikgu lolita menjawab , " ini adalah gilgamesh yang diseru oleh akemi homura . " gilgamesh terus menyerang gashadokuro tanpa henti menyebabkan wartawan akademi laflora membuat liputan di sekolah tersebut .
sementara itu , para pelajar lelaki di akademi noah menonton perlawanan antara akemi dan alina di makmal komputer . alexey dan leonardo yang kebetulan lalu di bilik tersebut dipanggil oleh para pelajar senior untuk menyaksikan perlawanan itu . mereke berdua masuk dalam bilik komputer dan menyaksikan pertarungan antara sifu rosary dan bekas rakan seperjuangan madoka . di akademi laflora , akemi bertarung dengan alina sehingga mereka kehausan tenaga untuk menang . akemi muntah darah kerana kuasanya semakin menipis memberi peluang kepada alina untuk menyerang balas . " keadaan makin teruk , kita lakukan sesuatu , " seru tiwa dan lain - lain untuk membantu akemi homura dalam kelesuan . di dewan akademi laflora, momoko memberi kertas sihir kepada karina dan winnie untuk membantu mereka mengalahkan gashadokuro lantas pergi membantu mereka .
yuri , tiwa dan narcissa berhadapan dengan gashadokuro sambil diperhatikan oleh 4 sekawan . gashadokuro terus menyerang 3 sekawan dan sifu rosary dengan panah kilat menyebabkan bahu sifu rosary berdarah . tiwa terus mengamuk dan menyeru ribuan lembing untuk menyerang gashadokuro tetapi serangannya dipantulkan menyebabkan dia diselamatkan oleh karina yang kebetulan membantu mereka mengalahkan gashadokuro . " kalian mesti tolong sifu rosary " , seru tiwa kepada karina dan lain - lain , semua pelajar membantu akemi homura dengan kuasa misteri untuk mengalahkan gashadokuro . alina gray terus menyerang akemi tiba- tiba ada sesuatu di belakang gilgamesh iaitu zahhak . gilgamesh dan zahhak terus menyerang gashadokuro sehingga kalah teruk.
cikgu lolita bersorak gembira kerana akemi homura menewaskan alina gray dengan bantuan tiwa dan semua pelajar . gray , tranza dan radiguet membawa alina ke markasnya . narcissa membawa akemi yang lemah ke dewan untuk berehat manakala tiwa dan rakannya diraikan oleh semua pelajar di akademi laflora sambil diperhatikan oleh momoka togame yang menunggu kehadiran mereka .
akemi homura akan berlawan dengan alina boswell yang semakin menggila menyebabkan kyuubey menukar strategi perlawanan untuk menghentikan alina boswell yang menghancurkan sekolah tiwa dengan memberi kuasa kepada akemi homura untuk menyeru makhluk humanoid bernama gilgamesh dan zahhak . akemi berlawan dengan alina sehingga nyawanya terancam demi tiwa dan semua pelajar di akademi laflora . akhirnya akemi menang dalam pertarungan ini menyebabkan alina terpaksa berundur dalam kecederaan bersama radiguet , grifforzer dan tranza .
Share this novel