Series
1026
yuri bersedia berlawan dengan bosgun dalam perlawanan akhir sambil diperhatikan oleh madoka dan sahabatnya . mereka berdua bersedia dengan senjatanya dan berlawan untuk menentukan siapa pemenangnya . bosgun melontar dua bilah pisau ke arah yuri dan gadis itu menembaknya dengan tembakan panah menyebabkan pisau pertama itu terjatuh . pisau kedua pula berjaya dielak oleh yuri dan ditepis dengan tembakan panah .
bosgun semakin marah dan mengeluarkan mesingan galil untuk menembak yuri sehingga peluru mesingan itu habis . gadis itu mengelak serangan serta melontar bom busuk ke arah penjahat yang menembaknya . bosgun terus memakai topeng pernafasan dan mencari yuri tetapi penjahat itu tidak perasan gadis itu memegang tangannya serta menjatuhkan dengan teknik judonya . bosgun terus bangun dan terus berlawan dengan yuri dengan tangan kosong . 40 minit kemudian , bosgun membedil dengan yuri dengan bazuka serta terpelanting ke tanah . yuri mengambil busur dan panah yang diisi dengan bahan letupan dan memanah bosgun tepat .
panahan itu menyebabkan badan bosgun separa hancur malah melontar bom tangan ke arah yuri sehingga terbakar . madoka terkejut dengan keadaan anak muridnya yang cedera tetapi bosgun mengambil mesingan dan membunuhnya . walau bagaimanapun , gadis itu terselamat dan terus mengambil bazuka dan menembak penjahat itu sehingga badannya hancur dan mati . jerome kang dan maribaron terkejut dengan kematian rakan seperjuangannya serta mengumumkan yuri adalah pemenang dalam pusingan terakhir . tiwa melihat rakannya rebah dan terus meluru bersama madoka , rosary dan akemi .
" nampaknya kita mesti berundur sebab 2 rakan mati dan kalah dalam perlawanan dengan mahou -shojo muda , " kata jerome kang kepada maribaron dan shazam lalu menghilangkan diri dengan kuasa teleport mereka . akemi memeluk yuri yang hampir rentung dan membawanya ke hospital dengan anak muridnya . rosary pula mengambil bazuka dan mesingan galil yang ditinggalkan oleh pengikut zedd sambil meninggalkan padang sekolah . beberapa minit kemudian , mereka tiba di hospital akademi laflora untuk menghantar yuri untuk mendapatkan rawatan di mana mami dan cikgu lolita sedang menunggu mereka .
tiwa , rosary dan kyoko keluar dari hospital manakala akemi dan madoka menemani 3 orang mahou -shojo di hospital . semasa di hospital , mami tomoe bercakap dengan seseorang di koridor hospital sambil diperhatikan oleh cikgu lolita . " siapakah orang yang bercakap dengan mami tomoe ? " bisik cikgu lolita dalam hatinya . mami tomoe mempelawa yachiyo nanami masuk ke wad di mana yuri dan narcissa dirawat oleh jururawat . " saya ialah yachiyo nanami yang akan menyembuhkan 2 orang anak didik mahou -shojo veteran . " ucap yachiyo kepada cikgu lolita . perempuan itu membalasnya sambil berkata , " saya ialah cikgu lolita yang mengajar tiwa dan semua pelajar di akademi laflora . "
akhirnya mahou -shojo muda yang diketuai oleh tiwa memenangi perlawanan dengan konco - konco le roi meggido menyebabkan totpat dan bosgun terbunuh dalam perlawanan tersebut . kemunculan yachiyo nanami dalam akhir bab ini berperanan sebagai doktor untuk menyembuhkan yuri dan narcissa yang cedera berlawan dengan maribaron serta bosgun .
Share this novel