Series
1026
yuri dan mentornya telah menemukan sean narutaki dan pengikutnya yang menculik narcissa di runtuhan hospital selepas makan sarapan . birugenia menyuruh elektro - man berhadapan dengan yuri fujiwara yang kini berada di gelanggang untuk perlawanan terakhirnya . gadis jepun ini dengan beraninya memasuki arena tanpa rasa gerun untuk berhadapan dengan penjahat dan perlawanan ini dimulakan sekarang menyebabkan kedua- dua pihak makin gemuruh siapakah yang bakal memenangi perlawanan tersebut .
yuri menjadi mahou - shojo di hadapan penjahat yang bersedia dengan penumbuk elektriknya dan birugenia mengarahkan perlawanan dimulakan sekarang . yuri menembak panah terhadap elektro - man tetapi panahan itu ditepis oleh tangan serta terus menyerang gadis tersebut . elektro - man terus menyerang gadis ini tetapi gagal kerana dia melompat ke atas dan menyerang penjahat dengan panah yang berisi serbuk letupan dan arsenik yang diberi oleh natsume kako sebelum perlawanan . panah yang dibedil oleh yuri telah mengenai tangan kiri elektro - man dan meletup dengan kuatnya .
" mustahil , kenapa tangan kiri elektro -man hancur dibedil panah ? " soal anthony ijima dengan penuh kecelaruan . mami menjawab pertanyaan penjahat sambil berkata , " panah yang digunakan oleh yuri fujiwara adalah panah letupan yang boleh menghancurkan apa sahaja . " anthony ijima sudah faham dengan kenyataan mami tomoe melihat elektro - man menggunakan tangan robot untuk mengalahkan yuri fujiwara kerana tangan kirinya sudah hancur ditembak panah meletup tadi .
yuri harus bersedia menghadapi situasi yang dahsyat kerana elektro - man makin galak untuk berlawan . elektro - man membedil yuri dengan bom roket tetapi yuri menepis lagi serangan tersebut menyebabkan bom itu hancur dan meledak . yuri menembak elektro -man dengan panah letupan terus mengenai perut penjahat itu hancur dan mengeluarkan darah . penjahat itu menyuntik dadah bernama ' sommerset flu ' dan terus mengasak yuri sehingga habis .
elektro - man menyerang yuri dengan tumbukan elektriknya menyebabkan dia lumpuh akibat arus elektrik . penjahat itu menghempas yuri ke tanah dan memijak badan gadis itu tanpa ampun . alina ketawa besar melihat anak didik madoka dibelasah tanpa ampun menyebabkan natsume dan madoka sangat marah terhadap bekas rakannya . penjahat itu mengambil batu tajam untuk membunuh yuri tetapi ada cahaya berwarna merah jambu mengenai mata elektro - man .
" kali ini saya mesti menang demi narcissa dan sahabatku ! " pekik yuri terhadap penjahat itu tetapi sean terkejut dengan keazaman gadis jepun mahu menyelamatkan kawannya . elektro - man melontar batu tajam ke arah yuri tetapi gagal kerana batu itu mengenai panah dan meletup dengan kuatnya . yuri terus menembak panah ke arah jantung elektro - man menyebabkan penjahat itu mati serta meletup seluruh badannya memberikan kemenangan kepada yuri fujiwara .
sean narutaki membebaskan narcissa seperti dijanjikan oleh madoka dan kembali ke khemah sementara bersama anak didiknya . "nampaknya mereka sudah menang tetapi 4 rakan seperjuangan kita mati . " kata anthony ijima dengan kecewanya . sean dan birugenia menceriakan anthony sambil berkata , " suatu hari nanti kita akan lawan mahou - shojo ! " mereka bertiga balik ke markas le roi meggido di laut mediterranean dan berehat untuk membuat strategi baru .
Share this novel