Series
1026
isabella dan jerome terus masuk arena sambil diperhatikan oleh kedua-dua pihak dan birugenia mengumumkan perlawanan akan bermula dalam masa 10 minit . mereka berdua bersedia dengan senjatanya dan birugenia mengumumkan perlawanan dimulakan sekarang . jerome menyerang isabella dengan pedangnya tetapi gadis belgium itu menangkisnya dengan tonfa serta memukul penjahat terus sehingga jatuh .
mahou- shojo kelapan terus menyerang jerome tampa henti menyebabkan penjahat itu kehausan tenaga untuk berlawan . isabella tetap berwaspada dengan keadaan jerome yang bersifat aneh semasa berlawan dengannya . penjahat itu mengambil kristal berwarna coklat kemerahan dan menelannya untuk bertukar menjadi makhluk yang menyeramkan . miniara dan yuri terkejut rupanya jerome kang yang mereka berlawan sebenarnya boleh menjadi megalo jika ada sesuatu yang mengancam nyawanya dan menyuruh isabella mengalahkan makhluk mutan tersebut .
jerome kang menjadi megalo kumbang bertanduk dan terus berlawan dengan isabella . megalo itu terus menyerang gadis belgium dengan taijutsunya sehingga lengit . megalo itu menerjah ke arah gadis belgium dan mencekiknya tanpa ampun . sayaka tidak mampu melakukan apa-apa kerana ianya adalah perlawanan antara jerome dan isabella tetapi miniara yakin isabella mampu mengalahkan penjahat tersebut . semasa gadis belgium berada di ambang maut , ada cahaya yang menyinar di dahi gadis tersebut menyebabkan megalo itu terjatuh .
" kamu lebih hina daripada harimau mahupun singa dan kamu bunuh kawan kami tanpa ampun ! " gertak isabella kepada megalo kumbang bertanduk . isabella kini bersedia dengan tonfa bercahaya untuk membunuh megalo tersebut . megalo itu terus menyerang isabella tetapi dia mengelak serangan tersebut dan menendangnya dengan tendangan solar menyebabkan megalo itu cedera parah . isabella menyatukan dua tonfa menjadi boomerang sabit dan melontar ke arah megalo yang cuba menyerangnya walaupun berada di ambang maut .
boomerang itu mengenai badan megalo itu dan meletup dengan kuatnya . birugenia mengumumkan isabella adalah pemenang dalam pusingan kedua . tiwa , miniara dan yuri bersorak gembira manakala grifforzer dan yugande marah besar apabila jerome kang terbunuh dalam perlawanan tersebut . birugenia akan mengumumkan perlawanan ketiga akan diadakan di dewan gimnastik laflora tetapi penonton tidak dibenarkan masuk . siapakah lawan ketiga yang dinantikan oleh mahou - shojo seterusnya ? sila tunggu bab baru yang lebih mendebarkan ...
jerome kang telah menunjukkan wajah sebenar apabila berlawan dengan isabella yang merupakan mahou -shojo kelapan dari belgium . dalam bab terbaru , dia bertukar menjadi megalo kumbang bertanduk untuk mengalahkan isabella . mahou- shojo dari belgium semakin marah kerana penjahat itu membunuh kawannya dalam bab terdahulu dan kini dia membalas dendam dengan membunuh megalo kumbang bertanduk . megalo tersebut mati terkena boomerang tajam yang dilontar oleh mahou- shojo dari belgium serta birugenia mengumumkan kemenangan kepada isabella dalam perlawanan kedua .
Share this novel