Series
1026
selepas mereka berlatih dengan gurunya , tiwa dan lain-lain balik ke asrama kerana hari sudah malam . madoka dan lain-lain pula balik ke pejabat lamanya . bosgun yang menyamar sebagai tukang cuci mula memerhatikan sayaka miki untuk diculik sambil berkata , " lebih baik aku tunggu tengah malam untuk menculik dia " . tiwa dan lain -lain sedang makan di asrama bersama rakan -rakan lain .
sementara itu , yang meiling berjumpa dengan sayaka miki di pejabat lamanya mengenai tindak-tanduk profesor kemp yang melancarkan perang terhadap anak muridnya yang menjadi mahou-shojo . tranza pula memerhati kakak meihua sedang makan bersama madoka dan lain -lain secara senyap dan melaporkannya kepada bosgun untuk menculik 2 orang gadis kelak .
selepas makan , kakak meihua balik ke asrama ditemani oleh sayaka miki . dalam perjalanan pulang ke asrama , mereka berdua bertembung dengan bosgun dan tranza yang bersenjata cuba untuk menggertak mereka . gadis cina terus menyerang bosgun dengan pencak wushunya tetapi bosgun merenjatnya dengan pistol perenjat sehingga pengsan manakala sayaka miki pula berlawan dengan tranza .
beberapa minit kemudian , tranza berjaya mengalahkan sayaka miki dengan teknik stunnernya dan terus membawa mereka berdua ke kubu megiddo untuk dijadikan tebusan oleh le roi megiddo yang sedang menanti mereka . sementara itu , madoka mendapat mesej yang tidak dikenali melalui viber dan membukanya . semasa dia membaca mesej tersebut , rupa-rupanya tranza mengarahkan anak murid mereka datang pagi esok untuk selamatkan mereka berdua .
tiwa , meihua dan rosary sedang tidur manakala yuri serta narcissa pula pergi tandas sebelum tidur . beberapa minit kemudian , mami tomoe masuk ke asrama wanita yang diduduki oleh tiwa dan lain- lain untuk memberitahu khabar buruk kepada mereka . gadis itu memberitahu yuri bahawa sayaka miki dan kakak meihua diculik oleh penjahat .
yuri makin panik mendengar berita itu tetapi mami menyuruhnya bersabar dan pergi tidur dahulu kerana esok tranza bakal menunggunya di kubu tersebut . sementara itu , sayaka dan meiling yang diculik dikawal oleh totpat dan grifforzer . tuan zedd pula menyiapkan megalo atlet untuk membunuh gadis sihir bersama ratu bandora serta para penjahat lain .
ini adalah bab ketujuh yang penuh dengan debaran di mana sayaka miki dan yang meiling diculik oleh konco - konco le roi megiddo sebagai tebusan . keberanian tiwa dan rakan- rakannya menjadi mahou - shojo untuk menyelamatkan gurunya dan kakak meihua menjadi ancaman kepada le roi megiddo .
Share this novel