anton kopflen

Mature Content Series 1026

lelaki ini terus meluru ke arah tempat rosary menangis dan menyoal gadis tersebut sambil berkata , " kenapa kamu menangis , adik manis ? " gadis inggeris itu menjawab , " sifu saya sudah mati lepas berlawan dengan alina gray ! " lelaki itu mengusap kepala gadis tersebut sambil memperkenalkan dirinya . " namaku anton kopflen dan saya bukan orang jahat ". tangisan rosary semakin menghilang selepas diusap oleh lelaki tersebut dan meninggalkan jirat di belakang bukit tersebut sambil berbicara antara satu sama lain .

tiwa , mariona , miniara dan lain - lain terjaga serta memberitahu cikgu mary mengenai rosary yang pergi ke jirat akemi homura di belakang bukit . beberapa minit kemudian , tiwa terkejut rosary ditemani oleh lelaki berambut panjang dan menyoalnya . " siapa lelaki itu , rosary ? " tanya tiwa dengan dengan perasaan inkuiri yang tinggi . gadis inggeris ini menjawab , " dia ialah anton kopflen yang merupakan bekas rakan subahat tuan zedd . " akhirnya tiwa sudah tahu lelaki itu adalah bekas rakan subahat tuan zedd dan mempelawanya masuk ke khemah .

anton kopflen terus memperkenalkan dirinya kepada semua pelajar termasuk madoka , mami , kyoko dan lain - lain . sementara itu , kakak meihua menyediakan capuccino dan pretzel kepada lelaki tersebut dan mempelawanya untuk makan . rosary yang keletihan akhirnya tidur bersama mereka di khemah sementara sementara menunggu pagi . pada pagi tersebut , semua pelajar termasuk rosary menikmati sarapan yang disediakan oleh tukang masak kantin di khemah sementara manakala para guru sedang memerhati gerak - geri musuh di luar khemah sambil makan .

selepas para pelajar sarapan, anton terlihat pesawat siluman yang terbang di ruang udara pulau kecil yang berhampiran dengan akademi laflora yang hancur 90 peratus angkara radiguet dan musuh- musuh madoka menghantar megalo joaquin si puntianak , tentera tulang , askar tanah liat , lelabah mutan dan khinzir hutan mutan untuk memburu tiwa dan sahabatnya . lelaki itu memberitahu kyoko bahawa tiwa dan sahabatnya mesti melindungi semua orang daripada menjadi korban keganasan radiguet dan musuh- musuh madoka yang membunuh semua gadis sihir dalam perlawanan terdahulu . kyoko menyuruh tiwa , rosary dan lain - lain menghadapi perlawanan yang dahsyat dan mengerikan .

anton kopflen menyuruh semua pelajar bersembunyi manakala sayaka serta mariona menyiapkan senjata baru untuk narcissa , miniara dan esmeralda di tempat rahsia sebelum megalo joaquin menghancurkan tempat tersebut bersama raksasa suruhan le roi meggido yang kini berada berdekatan dengan khemah sementara yang didirikan oleh pekerja pantri serta jurutera upahan . tiwa dan sahabatnya menjadi mahou - shojo untuk berlawan dengan musuh mereka .

kemunculan lelaki bernama anton kopflen di malam tersebut menjelaskan apa yang berlaku sebelum rosary menjadi mahou- shojo di bawah bimbingan akemi homura .rosary tidak lagi berasa paranoid kerana lelaki tersebut bebas daripada dikawal oleh lord zedd yang mabuk darah dan berkhidmat untuk mahou- shojo selepas kematian akemi homura .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience