pertarungan berdarah bahagian kedua

Mature Content Series 1026

sayaka terus memeluk meihua yang cedera dan beredar dari medan pertempuran memberi kemenangan kepada jerome kang di pusingan kedua . kyoko dan sayaka sedang merawat meihua di belakang asrama sambil diperhatikan oleh jururawat yang kebetulan membantunya . sayaka membaca mantera dalam bahasa latvia supaya kecederaan anak muridnya akan sembuh . " meihua , kamu tidak apa-apa ? " tanya sayaka dengan penuh ingin tahu .

" cikgu , saya rasa mahu rehat di asrama sebab saya letih " . gembira muka sayaka melihat meihua lega dari kecederaannya dan membawanya ke asrama untuk berehat . sementara itu , bermulalah pusingan ketiga iaitu rosary akan menentang totpat yang menentukan menang kalah perlawanan tersebut . gadis inggeris mengeluarkan mesingan m60 manakala totpat bersedia dengan pelancar bom busuknya . anak didik akemi homura itu menembak totpat dengan mesingan tanpa belas kasihan menyebabkan penjahat itu menggila dan naik marah .

totpat menembak bom busuk dengan pistol besarnya menyebabkan rosary sesak nafas dan menendangnya sehingga tumbang serta mengambil mesingan lantas menembaknya . rosary terus berlari untuk mendapatkan mesingan yang dirampas oleh totpat tetapi gagal kerana penjahat menembaknya sehingga kehabisan peluru . totpat memegang kepala rosary dan mencekaunya tanpa belas kasihan sambil diperhati oleh akemi dan tiwa . rosary terus memijak kaki totpat dan menjatuhkannya ke atas tanah dan melontar bom tangan ke arah penjahat dan meletup .

jerome dan maribaron terkejut totpat telah dibunuh oleh rosary dan memberikan kemenangan kepada anak didik homura . " rosary , kamu telah bunuh totpat dan menang akhirnya , " sampuk tiwa . gadis itu membalasnya sambil berkata , " terima kasih , temanku " dan berjalan terus ke arah akemi homura sambil menyaksikan perlawanan keempat iaitu maribaron akan berlawan dengan narcissa tidak lama lagi bersama madoka , yuri dan tiwa .

maribaron dan narcissa saling menendang antara satu sama lain untuk memanaskan badan . gadis perancis itu menyeru pistol gergasi dan terus membedil maribaron . walau bagaimanapun , penjahat itu mengelak serangan itu dan melontar lembing ke arah ke arah gadis tersebut . narcissa terus membedil lembing itu sehingga hancur dan menembak maribaron . penjahat itu mengeluarkan bom tangan super dan melontarnya ke arah gadis yang cuba menembaknya dan bom itu mengenai narcissa lalu meletup serta terpelanting ke tanah .

maribaron ketawa melihat narcissa hampir rentung menyebabkan tiwa dan kyoko marah . akemi dan mami membawa gadis perancis yang hampir rentung ke hospital . yuri pula terkejut bagaimana meihua dan narcissa boleh dikalahkan oleh 2 orang penjahat yang mustahil dikalahkan . apapun , yuri mesti bersedia untuk menebus kekalahan 2 rakannya dalam perlawan terakhir yang bakal menentukan menang atau kalah mahou -shojo.

saksikanlah pertarungan yang paling mendebarkan antara mahou- shojo muda dengan konco - konco le roi meggido bakal membuatkan jantung kalian berdebar - debar untuk mengetahui siapakah pemenang dalam pertarungan yang penuh dengan taktik kotor yang dilakukan oleh kumpulan penjahat yang serakah untuk membunuh mahou- shojo yang diketuai oleh tiwa merupakan anak didik kepada madoka kaname .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience