Series
1026
beberapa jam kemudian , tranza pergi ke penjara kharkhiv untuk mencari ratu bandora . " kamu ini siapa ? " herdik pengawal penjara dengan marahnya . tranza menegaskan sambil berkata " lepaskan ratu bandora kerana le roi megido akan bertemu dengannya di crimea " . pengawal penjara tersebut membawa ahli sihir itu kepada tranza .
"ambil ganjaran ini kerana membebaskan dia ", balas tranza kepada 2 orang pengawal penjara dan membawa kereta perisai untuk 2 orang penjahat tersebut . ratu bandora dan tranza menaiki kenderaan itu dan menuju ke crimea secara berkonvoi . sementara itu , radiguet dan beberapa gerombolan penjahat sedang menggodam sistem keselamatan di pelabuhan crimea .
sejam kemudian , penggera itu berbunyi dan ratusan pengawal pantai yang bersenjata memecah masuk pejabat itu dan mendapati komputernya telah digodam . radiguet dan lain-lain terus memasuki kapal laut tersebut kerana nyawanya akan terancam jika terus berada di sana . pengawal pantai terus membedil kapal laut yang dirampas oleh radiguet tetapi shazam membedilnya dengan bazuka menyebabkan mereka kalah .
tiba -tiba tranza dan ratu bandora sudah datang dengan kereta perisainya . kapal itu terus meninggalkan crimea dan menuju ke turki . " akhirnya kita berjaya meninggalkan ukraine dan destinasi seterusnya adalah akademi laflora yang terletak di laut mediterranean, " kata bandora dengan penuh sukacita . mereka pun bersorak gembira sambil berpesta . selepas berpesta , mereka merancang strategi untuk menceroboh akademi laflora .
" bos , nampaknya batu ajaib itu tersimpan di muzium akademi tersebut . bagaimana mahu mengambilnya ? " , tanya grifforzer kepada le roi megido . beliau menjawab , " kita akan menyamar menjadi pegawai muzium dan kita ambil batu ajaib gaya lupin ". grifforzer pun mengangguk faham sahaja dan perjalanan mesti diteruskan demi batu ajaib .
sementara itu , madoka dan 4 orang kawannya sedang melatih tiwa dan lain -lain untuk menjadi gadis sihir kerana cikgu lolita tahu le roi megido akan muncul tidak lama lagi . kyoko akan mengajar tiwa manakala sayaka mengajar meihua , nassisa dan yuri . akemi pula mengajar rosary cara menggunakan senjata api bersama mami .
madoka pula sedang bermain dengan pelajar wanita kelas pertama bersama kyuubey kerana tugas mereka adalah untuk melindungi batu ajaib daripada dimiliki oleh penjahat untuk melakukan onar di sekolahnya .selepas bermain dengan mereka , madoka membawa mereka makan di kafetaria bersama kyuubey . pekerja di kafetaria terhibur dengan kyuubey yang menjadi idola di akademi laflora tetapi madoka menganggap pelajar-pelajar di sekolah itu seperti adik kecil .
Ini adalah bahagian kedua cerita yang saya tulis dan pasti menarik untuk dibaca banyak kali . memang terbaik daripada novel cinta .
Share this novel