Series
1026
tiwa yang keletihan terus bangun dan menyerang tranza dan alina dengan potongan mega . kedua-dua penjahat itu mengelak serangan lantas menendang gadis tersebut sejauh 7 meter . cikgu marina terkejut bagaimana penjahat itu susah ditewaskan walaupun tiwa menyerang berkali- kali . alina mengambil penusuk sambil berlari ke arah tiwa sambil berkata , " ini adalah pengakhiran kamu ! " bekas rakan yachiyo itu menikam tiwa dan tikaman ini tidak mengenainya .
" kenapa tikaman itu tidak kena ? " tanya alina dengan marahnya . tiwa lantas menjawabnya sambil berkata , " saya sudah persiapkan diriku untuk mengalahkan kamu dengan menakik perut kamu dengan lembingku . " alina terduduk rebah dan menyuntik ubat ' trojan dust ' untuk membunuh tiwa . mami terkejut dengan alina yang menyuntik ubat pelik menyebabkan semangatnya terus naik memaksa meihua , yuri , rosary dan lain - lain membantu tiwa dalam mod mahou - shojo .
mereka berlima terus membantu tiwa sedangkan miniara belum tiba lagi menyebabkan akemi terpaksa mengubah strategi perlawanan . alina semakin garang apabila tranza, radiguet , gray dan grifforzer datang membantu bersama askar - askar tanah liat dan robot gergasi bernama destroyer untuk menghapuskan mahou -shojo . rosary , yuri dan mami menghancurkan robot gergasi manakala tiwa serta meihua menumpaskan semua askar tanah liat . sementara itu , esmeralda berlawan dengan alina boswell dan grifforzer . tranza terkesima bagaimana robot gergasi destroyer dan askar tanah liat hancur ditewaskan oleh anak didik madoka memaksa penjahat bersenjatakan mesin gan menyerang mahou - shojo .
radiguet , grey , tranza dan sekumpulan penjahat menyerang tiwa dan lain - lain . penjahat bersenjatakan mesingan galil ,p90 ,m4 dan aug menyerang rosary , yuri dan meihua menyebabkan mereka bertiga berlindung di bawah runtuhan bangunan tersebut . tranza membedil bazuka ke arah tiwa dan nasissa tetapi gagal kerana dilindungi oleh ratusan lembing yang diseru oleh gadis thai . radiguet dan tranza naik minyak lalu melanggar mereka berdua sambil diperhatikan oleh madoka dan lain - lain . sementara itu , para penjahat terus menyerang mereka bertiga dengan mesingan menyebabkan rosary menukar strategi bersama meihua dan yuri yang berlindung di bawah runtuhan bangunan . " mereka sangat berbahaya dan kamu berdua tidak boleh serang terus melainkan kalian berdua ada mesingan ," kata rosary kepada mereka berdua . lantas gadis inggeris memberi mesingan xm8 serta fn scar kepada mereka berdua untuk serang balas . ketua penjahat membedil bom tangan dengan mesingan m4 menyebabkan bangunan itu rosak serta meletup menyebabkan mereka tidak sempat menyerang balas lantas menyuruh para penjahat lain mencari mereka sama ada masih hidup atau tertimbus hidup - hidup dalam tanah .
para penjahat itu terus mencari mereka bertiga di runtuhan bangunan . meihua membedil bom tangan dengan mesingan fn scar menyebabkan 8 penjahat tewas manakala rosary dan yuri terus menyerang penjahat dengan senjata api menyebabkan semua penjahat terbunuh . 5 penjahat yang terkejut dengan kehebatan mahou - shojo terus berundur bersama rakan seperjuangannya yang cedera . mereka bertiga pun keluar dari runtuhan bangunan dan terus membantu tiwa , nasissa dan esmeralda di medan pertarungan .
saksikanlah pertarungan ngeri antara tiwa dan konco- konco le roi meggido di akademi laflora yang hancur 80 peratus . dalam bab ini , alina gray menyuntik ubat pelik untuk menaikkan semangatnya memaksa mami tomoe mengubah strategi perlawanan supaya tiwa dan rakan - rakannya dapat menghentikan amukan alina gray yang membunuh yachiyo nanami dan pamela tamaki dalam bab terdahulu .
Share this novel