Series
1026
birugenia berbincang dengan tuan zedd mengenai perlawanan tersebut selama 1 jam . narcissa dan lain- lain menjamu selera di tempat terpencil bersama natsume serta madoka supaya dia bertenaga untuk menghadapi pertarungan yang mematikan . sejam kemudian , tuan zedd telah memutuskan narcissa akan berlawan ivan del rey di dewan gimnastik laflora yang musnah 80 peratus . selepas makan , narcissa terus pergi ke tempat yang dijanjikan oleh birugenia sambil ditemani oleh madoka tetapi dengan syarat penonton tidak boleh masuk ke arena .
birugenia mengarahkan ivan del rey masuk ke dewan untuk berhadapan dengan narcissa kerana gadis itu sudah lama menunggu pihak lawan untuk berlawan . lelaki ini tersenyum sinis terhadap narcissa lantas bertukar menjadi megalo tenuk memaksa narcissa bertukar menjadi mahou - shojo . "nampaknya , mereka berdua sudah bersedia untuk berlawan dan perlawanan dimulakan sekarang ! " gertak birugenia . gadis perancis itu membedil megalo tenuk dengan senapang lantak tetapi serangan itu tidak melukakan makhluk tersebut sebaliknya makin garang apabila dicederakan .
megalo tenuk itu cuba menghipnosis narcissa dengan biola yang digesek tetapi narcissa terus menyerangnya tanpa berfikir panjang . narcissa yang dihipnosis oleh megalo tenuk menjadi gimnas dalam mimpinya . " mustahil , bagaimana megalo tenuk boleh menidurkan narcissa dalam posisi menyerang ? " tanya miniara kepada kyoko . kyoko tidak tahu menjawab tersebut kerana soalan itu berada di luar pengetahuan mahou - shojo dan terus melihat perlawanan antara narcissa dan megalo tenuk .
di alam mimpi , narcissa selaku gimnas berdiri di hadapan tiwa dan kawan - kawannya yang menyokongnya serta dante . narcissa melakukan senaman lantai dan mendapat markah penuh . acara kedua iaitu melombol , narcissa berjaya melombol dengan sempurna dan mendapat markah penuh . semasa memasuki acara palang tidak rata , dia sudah percaya dia boleh melakukannya lantas dia menyempurnakan acara tersebut dan mendapat markah penuh . selepas menyelesaikan 3 acara tersebut , dia menuju ke acara terakhir itu titian imbangan .
narcissa melompat ke titian imbangan dan terus melakukan imbangan selama 80 saat . selepas 80 saat , dia berjaya mendapat markah penuh dan terus meluru ke arah dante lantas memeluknya . selepas memeluk dante , dia tidak perasan itu bukan dante sebaliknya ivan del rey yang menyamar sebagai pelajar itali terus memakan mimpi indah narcissa yang menjadi gimnas . dalam realiti , megalo tenuk berjaya menyerap mimpi narcissa sehingga dia kalah teruk dalam perlawanan itu . birugenia mengumumkan megalo tenuk memenangi pusingan ketiga dan penjahat itu beredar ke tempat lain dan meninggalkan mahou- shojo yang kalah tertidur di gelanggang .
kyoko, tiwa dan yuri cuba menyedarkan narcissa dengan jurus pembatal ilusi tetapi mereka bertiga tidak tahu narcissa sudah marah kerana dia dikalahkan oleh ivan del rey dan pergi dari sini . kyoko memujuk tiwa bahawa masih ada harapan untuk kita memenangi perlawanan tersebut kerana yuri , miniara dan meihua adalah sandaran terbaik untuk menentang askar upahan tuan zedd . siapakah yang akan berentap dalam perlawanan keempat ? nantikan di bab seterusnya ....
dalam bab terbaru ini , narcissa akan berlawan dengan ivan del rey yang boleh bertukar menjadi megalo tenuk . perlawanan ini memberi kelebihan kepada megalo tenuk kerana makhluk mutan ini menghipnosis narcissa dalam mod serangan melalui gesekan biola yang mengasyikkan tetapi menidurkan pihak lawan . gadis perancis ini memasuki alam mimpi di mana dia menjadi gimnas yang berdiri di hadapan penonton termasuklah dante . selepas menghabiskan 4 acara gimnastik , dia pergi ke arah dante untuk meraikan kejayaan memenangi semua acara gimnastik . megalo tenuk menyamar sebagai dante dan terus memakan mimpi narcissa menjadi gimnas . akhirnya megalo tenuk memenangi perlawanan ketiga dan narcissa kalah teruk kerana perlawanan itu tidak memihak kepadanya . selepas disedarkan oleh tiwa , yuri dan kyoko , gadis perancis itu marah besar dan pergi dari arena perlawanan tersebut .
Share this novel