Series
1026
pada pagi yang redup , tiwa dan 5 orang sahabatnya sedang makan pagi bersama kyoko , mami , madoka , natsume dan semua pelajar di khemah sementara . mereka disajikan dengan sarapan ala ireland dan eropah oleh tukang masak dari akademi putera noah yang turut membantu pekerja- pekerja kantin laflora . selepas tiwa dan semua mahou- shojo makan pagi , mereka berenam berangkat ke padang rumput bersama kyoko dan madoka untuk menunggu 6 pahlawan upahan le roi meggido sebentar lagi .
isabella dibayangi kenapa biruginia masuk campur perlawanan antara dia dengan grey tidak usai lagi sejak semalam . madoka menepuk bahu gadis belgium sambil berkata , " kamu dianggap bertuah sebab kamu tidak cedera . " akhirnya gadis itu faham mengangguk faham dan bersedia dengan tonfanya . sejam kemudian , biruginia dan 6 orang pahlawan dari pihak le roi meggido sudah sampai ke tempat yang dijanjikan oleh mereka . biruginia memperkenalkan diri kepada madoka sambil berkata , " hari ini saya akan mengadili perlawanan antara 6 perwira le roi meggido dan 6 mahou - shojo budak hingusan ! "
narcissa sangat marah sambil berkata , " kamu jangan langsi sebut kami mahou- shojo budak hingusan sebab bosgun dan totpat sudah mati dikalahkan oleh yuri dan rosary ! " jerome sangat panas hati dengan kata- kata gadis perancis itu sambil berkata , " semua kawan kamu sudah diculik oleh kami untuk dijadikan sebagai tikus makmal oleh professor kemp tetapi tiada satu pun yang mempunyai potensi untuk mengalahkan kalian sebagai mahou-shojo serta dengan berkat kepintaran tuan zedd , kami memilih askar upahan yang jauh lebih ganas dan dahsyat daripada bosgun , totpat dan maribaron ." kata jerome kang kepada gadis perancis tersebut .
" siapakah yang ada potensi untuk mengalahkan kami berenam ? " tanya yuri kepada jejaka korea tersebut dengan perasaan ingin tahu yang menebal . jerome kang membalas soalan yang dilemparkan oleh gadis jepun sambil berkata , " smog , shiborena , ivan del rey , dan elektro - man akan menjadi lawan kalian serta bersiap sedia untuk ditewaskan ! " yuri , isabella dan narcissa tidak takut dengan ugutan lelaki tersebut dan bersiap untuk menghadapi perlawanan yang lebih mematikan daripada perlawanan sebelumnya .
birugenia membuat cabutan undi yang menentukan siapa yang bakal berlawan dengan siapa dengan adil . sejam selepas pengundian dibuat , birugenia menentukan perlawanan pertama dimulakan iaitu tiwa akan berlawan dengan lamia di atas kapal persiaran . gadis thailand itu masuk ke kapal persiaran bersama lamia dan bermulalah perlawanan yang menentukan menang kalah antara askar terbaik lord zedd serta mahou shojo bimbingan kyoko dan sayaka di bab seterusnya ...
dalam bab ini , tiwa dan 5 orang mahou- shojo terpaksa menghadapi perlawanan yang mematikan antara konco- konco tuan besar zedd yang kehausan darah . birugenia akan mengadili perlawanan antara mahou- shojo dengan pengikut tuan besar zedd . di samping itu , kemunculan smog , shiborena , ivan del rey dan elektro - man akan menjadikan perlawanan itu semakin meriah serta lebih mematikan berbanding perlawanan sebelumnya .
Share this novel