BAB 1

Romance Completed 26464

Wafa mengeluh berat. Tubuhnya dihempas di atas katil. Hari ni saja sudah tujuh syarikat yang dia pergi untuk memohon kerja tapi satu pun tak dapat. Semuanya kerana syarikat mahukan pekerja yang berpengalaman. Macam mana lah nak ada pengalaman kalau dia baru jer habis belajar.

Sudah lima bulan dia menjadi penganggur. Ingatkan lepas habis belajar boleh terus kerja dan bantu ibunya di kampung. Rupanya dia silap. Mencari pekerjaan bukan semudah yang disangka. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Berapa ramai graduan universiti yang menganggur dekat luar sana tu. Nak buat macam mana, dah nasib badan.

Tok..tok..tok..

Pintu bilik Wafa diketuk daripada luar.

" Masuk " laungnya.

Pintu bilik terbuka. Muncul wajah Lisa di muka pintu.

" Macam mana? Dapat tak? " soal Lisa.

Wafa menggeleng lemah.

Lisa adalah kawan baik Wafa sejak daripada kecil lagi. Di kampung, mereka berjiran. Rezeki mereka dapat tawaran sambung belajar di universiti yang sama. Cuma Wafa masih belum ada rezeki dapat kerja. Lisa sudah pun bekerja tiga bulan yang lalu.

Rumah yang mereka sewa sekarang ni pun dibayar oleh Lisa sementara Wafa cari kerja. Nasib baiklah Lisa jenis yang tak kisah. Kalau orang lain mungkin dia sudah dihalau keluar daripada rumah. Silap-silap dia terpaksa bermalam di bawah jambatan.

" Takpalah. Mungkin ada belum rezeki kau. Esok cuba cari lagi ya " pujuk Lisa.

" Sorry Lisa. Aku masih belum dapat bayar lagi duit sewa rumah ni " .

" Ish takpalah. Aku tak kisah pun. Nak buat macam mana kan. Kau tu pun aku dah anggap macam adik aku sendiri. Tak sempit pun pintu rezeki aku kalau aku tolong kau. Kau jangan lah risau. Tak adanya aku nak halau kau keluar daripada rumah ni " .

Wafa tersenyum nipis. Dia terharu mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.

" Terima kasih Lisa. Aku happy sangat ada kawan macam kau. Yang ada bila aku susah " .

" Sama-sama. Dan tak payah nak berdrama sangat ea " .

" Lisa, aku ingat kalau aku tak jumpa jugak kerja dalam bulan ni aku nak balik kampung. Mungkin dah tak ada rezeki aku dekat KL ni " .

" Lah kenapa cepat sangat nak mengalah ni? Usahalah dulu. Insya Allah aku yakin mesti dapat punya " .

" Aku kalau boleh taknak bebankan kau lagi. Kalau aku keluar dari rumah ni, dapatlah kau cari housemate yang baru. Ringan sikit beban kau bayar sewa rumah ni nanti " .

" Janganlah cakap macam tu. Yang penting kau usaha okay? Rezeki tu mesti ada punya " pujuk Lisa.

Wafa mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience